Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale

Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale, Property lawyer, Semenyih.

Kami adalah sepasukan peguam yang memiliki Sijil Amalan yang sah:
✔️ 14++ tahun dalam bidang guaman Hartanah
✔️ Telah bantu ribuan klien di seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti dari Jepun, USA, China, New Zealand & Brunei.

Salam Aidilfitri Di hari yang penuh keberkatan ini,andai ada salah dan silap,yang disengajakan mahupun tidak,kami mohon ...
20/03/2026

Salam Aidilfitri

Di hari yang penuh keberkatan ini,
andai ada salah dan silap,
yang disengajakan mahupun tidak,
kami mohon maaf dari hati yang ikhlas.

Taqabbalallahu minna wa minkum — semoga segala amal kita diterima Allah SWT.

Semoga Syawal ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah kita semua, insyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. ✨

Ikhlas,

Team Page Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan. 🌙

NIAT Permulaan bagi sesuatu.Ianya satu perkara yang sunyi.Tiada ada siapa dengar.Tak ada siapa yang akan bertepuk tangan...
23/02/2026

NIAT

Permulaan bagi sesuatu.

Ianya satu perkara yang sunyi.
Tiada ada siapa dengar.
Tak ada siapa yang akan bertepuk tangan.

Tetapi.......

Dari situlah semuanya dinilai oleh Yang Maha Esa.

Kadang-kadang manusia terlalu sibuk dengan hasil.
Jarang memperbetulkan niat.

Ini kerana,

Dalam hidup, segala urusan kerja dan urusan harian dianggap sebagai satu tanggungjawab.
Tetapi sedarkah kita,

Yang membezakan ianya ibadah atau rutin dan tanggungjawab hanyalah dengan satu perkara yang kecil, iaitu NIAT.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

Sesungguhnya, Ramadhan mengajar kita bahawa perkara penting dan besar boleh berlaku dalam suatu yang tidak kelihatan zahirnya.

Jom kita mulakan setiap perbuatan kita dengan niat - 'kerana Allah Ta'ala'.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua & diterima segalanya sebagai amal ibadah.

InsyaAllah

Selamat Menyambut Ramadhan
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Ia tentang mendidik hati.
Tentang melembutkan jiwa.
Tentang belajar kembali erti sabar, kasih sayang dan keikhlasan.

Dalam diam, Ramadan ajar kita untuk lebih peduli.
Lebih banyak memberi daripada meminta.
Lebih dekat dengan Allah daripada dunia.

Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar rutin tahunan,
tetapi titik perubahan untuk jadi insan yang lebih baik.

Selamat Menyambut Ramadhan,

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Ia tentang mendidik hati.Tentang melembutkan jiwa.Tentang belajar kembali...
18/02/2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Ia tentang mendidik hati.
Tentang melembutkan jiwa.
Tentang belajar kembali erti sabar, kasih sayang dan keikhlasan.

Dalam diam, Ramadan ajar kita untuk lebih peduli.
Lebih banyak memberi daripada meminta.
Lebih dekat dengan Allah daripada dunia.

Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar rutin tahunan,
tetapi titik perubahan untuk jadi insan yang lebih baik.

Selamat Menyambut Ramadhan,

Rumah Bukan Sekadar Sebuah Impian, Ia Juga Liabiliti Yang Perlu Difahami & Diurus.Ramai orang bercakap tentang membeli r...
13/02/2026

Rumah Bukan Sekadar Sebuah Impian, Ia Juga Liabiliti Yang Perlu Difahami & Diurus.

Ramai orang bercakap tentang membeli rumah dengan penuh emosi.

“Rumah pertama.”
“Hadiah untuk keluarga.”
“Lambang kejayaan.”

Semua itu tak salah. Memang ianya sesuatu yang datang dengan keterujaan.
Tetapi ada satu perkara yang jarang dibincangkan secara serius.

Rumah bukan sekadar impian.

Ia liabiliti undang-undang dan kewangan yang mengikat puluhan tahun.
Loan sehingga 30 – 35 tahun.

Ianya berkaitan komitmen bulanan tetap.
Dokumen kontrak jual beli (SPA) yang mengawal setiap hak dan tanggungjawab.

Namun dalam banyak kes, proses pembelian berlaku terlalu cepat.

Teruja dengan lokasi.
Teruja dengan harga.
Teruja dengan “booking hampir penuh”.

Jarang yang bakal pembeli atau pembeli duduk dan benar-benar tanya:

Apa sebenarnya yang saya tandatangan?
Apakah risiko jika berlaku kelewatan?
Apakah tanggungjawab saya selepas tandatangan?
Adakah saya faham semua clause yang ada?

Ramai pembeli anggap semua ini “standard”.

Masalahnya, dalam undang-undang, “standard” tidak pernah bermaksud “tanpa risiko”.

Setiap klausa ada implikasi.
Setiap tarikh ada kesan.
Setiap tandatangan ada tanggungan.

Impian memang emosional.

Tetapi liabiliti tidak pernah begitu.

Liabiliti tidak peduli tentang keterujaan.
Liabiliti tidak peduli tentang niat baik.
Liabiliti hanya terikat pada apa yang dipersetujui secara sah.

Dan dalam transaksi bernilai ratusan ribu atau jutaan ringgit, keghairahan tanpa kefahaman yang betul berkaitan klausa undang-undang yang ada boleh menjadi beban jangka panjang tanpa disangka.

Rumah bukan sekadar kunci dan dinding.

Ia satu kontrak yang mengikat hidup, bukan sahaja kita tetapi juga insan yang kita sayangi.

Impian tak salah.
Tapi liabiliti tak pernah emosional.

Kalau kita serius tentang memiliki, kita juga perlu serius tentang memahami apa disebalik dokumen yang kita tandatangan.

Nak faham dengan lebih lanjut tanpa risaukan caj konsultasi? PM kami.. insyaAllah kami jawab soalan anda sebaik mungkin.

Salam Jumaat.

Arghhhh....Serabut la dengan task & tanggungjawab yang banyak dan menekan....ermmm++++++++++++++++++++++++++++++++++++++...
20/01/2026

Arghhhh....Serabut la dengan task & tanggungjawab yang banyak dan menekan....ermmm

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hah, kalau korang rasa serabut walaupun baru start Tahun 2026, ni kami kongsi kata-kata pujangga untuk korang apply dalam kehidupan.

Tenang is good kata orang Parit Jawo

Terima Kasih Kepada Anda Semua!Kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami di 2025. Semoga 2026, akan lebih berma...
01/01/2026

Terima Kasih Kepada Anda Semua!

Kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami di 2025.

Semoga 2026, akan lebih bermakna dan menjadi tahun yang lebih mendekatkan kita kepada impian juga harapan - dunia & akhirat.

Selamat Tahun Baharu 2026!

Follow perjalanan 2026 kami untuk tips hartanah yang terbaik untuk anda.

Address

Semenyih

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share