Perunding Harta Pusaka Islam Johor

Perunding Harta Pusaka Islam Johor Menyediakan dokumen wasiat, hibah dan urus pusaka. Hubungi 0111-9416778

*HIBAH ATAU FARAID?*KREDIT: Ahmad Termizi Abdullah1. Lebih baik hibahkan semua harta semasa hidup. Nanti mati, tak payah...
14/05/2024

*HIBAH ATAU FARAID?*

KREDIT: Ahmad Termizi Abdullah

1. Lebih baik hibahkan semua harta semasa hidup. Nanti mati, tak payah susah-susah nak faraid lagi.

2. Faraid dah ada, buat apa susah-susah nak buat hibah.

3. Kedua-dua statement melampau di atas adalah *TIDAK TEPAT*.

4. Hibah dan Faraid ada peranan masing-masing. Jangan dilebihkan yang satu & meninggalkan yang satu lagi.

5. Hibahkanlah harta kita kepada orang yang kita sayang secara ikhlas. Pastikan cukup rukun & syarat hibah, dan disahkan oleh undang-undang. Pastikan penerima hibah menerima harta hibah, menguasainya, dan bebas berurusan dengan harta yang kita hibahkan.

6. Dalam masa yang sama, tinggalkanlah juga harta kita kepada waris faraid supaya mereka tidak papa kedana dan meminta-minta.

7. Fahamilah bahawa faraid adalah formula penyelesaian bagi kes pembahagian harta pusaka yang digariskan oleh Allah. Walaupun begitu, kita boleh merancang pembahagian harta kita setelah kita memahami pembahagian secara faraid.

8. Jadikanlah ilmu faraid sebagai asas untuk kita merancang pembahagian harta.

9. Ada orang yang kita sayang, mungkin tidak berhak menerima secara faraid seperti anak angkat, anak susuan, cucu dari anak perempuan, anak saudara daripada adik beradik perempuan, dan sebagainya.

10. Mungkin ada harta yang mahu kita wakafkan supaya menjadi amal jariah yang berterusan kepada kita. Tinggalkan harta ini utk difaraidkan tidak akan memenuhi hasrat asal kita tadi.

11. Pengurusan harta pusaka juga boleh jadi tidak teratur jika tiada perancangan semasa hidup.

12. Sememangnya instrumen perancangan harta dan faraid adalah saling melengkapi.

13. Kedua-duanya perlu difahami secara holistik dan menyeluruh.

14. Keperluan kepada hibah atau faraid adalah bergantung kepada kes masing-masing.

*KLIK UNTUK INFO LANJUT:*

*wasap.my/60197098982/HibahAtauFaraid*

Kenali harta alih & harta tak alih.
11/05/2024

Kenali harta alih & harta tak alih.

*PROSES DAN PROSEDUR UTK BUAT HIBAH DAN WASIAT*Mengurus dan merancang harta adalah sangat digalakkan dalam agama Islam. ...
10/05/2024

*PROSES DAN PROSEDUR UTK BUAT HIBAH DAN WASIAT*

Mengurus dan merancang harta adalah sangat digalakkan dalam agama Islam.

Dalam konteks yang senang difahami, Islam membenarkan kita mewariskan harta kepada individu tertentu melalui hibah dan wasiat.

Dengan mengetahui proses dan prosedur hibah dan wasiat, urusan lebih mudah dan mengikut seperti apa yang kita jangkakan.

Jom ketahui perbezaan di antara wasiat dan hibah terlebih dahulu.

*Perbezaan Di Antara Wasiat Dan Hibah*

Daripada segi bahasa, hibah adalah hadiah daripada pemilik harta kepada seseorang secara langsung semasa beliau masih hidup dan ianya adalah secara sukarela.

Wasiat p**a bermaksud memberikan hak pemilikan selepas kematian pemilik harta tersebut.

*Proses Hibah*

Proses untuk hibah memerlukan beberapa proses dan apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisi borang permohonan hibah.

Kemudiannya, dokumen pengisytiharan hibah juga perlu disediakan dan di tandatangan oleh pemberi dan penerima hibah bersama 2 org saksi lelaki.

Selepas itu, dokumen pengisytiharan hibah akan diserahkan kepada penghibah untuk proses akad sighah hibah.

*Procedur Hibah*

Prosedur hibah memerlukan pemberi hibah yang mempunyai hak penuh terhadap harta yang akan dihibahkan dan mestilah waras akalnya, baligh dan matang.

Selain daripada itu, penerima hibah yang layak juga diperlukan untuk menerima harta tersebut dan sekiranya bukan mukalaf, hibah tersebut boleh diberikan kepada pemegang amanah.

Akhir sekali adalah harta yang dihibahkan dan juga lafaz ijab dan kabul diperlukan untuk menyempurnakan hibah tersebut.

*Procedure Wasiat*

Prosedur untuk wasiat p**a memerlukan pewasiat dan waris untuk mengetahui siapakah waris faraid supaya tidak menimbulkan pergaduhan kelak.

Kemudian wasi perlu dilantik bagi menguruskan harta wasiat tersebut supaya memudahkan proses.

Pastikan pewasiat juga mendokumenkan wasiat dan menyediakan dana pantas untuk waris agar prosesnya berjalan dengan lebih cepat dan lancar.

Kesimp**annya, hibah dan wasiat amat penting dalam memenuhi keperluan dan hasrat pemilik harta.

Selain itu juga, tujuannya adalah untuk mengelakkan pergaduhan sesama keluarga di dalam pemilikan harta peninggalan.

*Jom saya bantu anda untuk membuat dokumen wasiat dan hibah yg lengkap..*😊

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

10/05/2024

Jom hayati kepentingan Wasiat.

Majlis Open House Raya & Doa Selamat Di HQ Hans Legasi Resources Sdn Bhd Di Puncak Alam.
09/05/2024

Majlis Open House Raya & Doa Selamat Di HQ Hans Legasi Resources Sdn Bhd Di Puncak Alam.

29/06/2023
Rahmah Mesra Bersama Vet. TLDM, Segamat..HANS Legasi
18/06/2023

Rahmah Mesra Bersama Vet. TLDM, Segamat..
HANS Legasi


*KLIK UTK INFO LANJUT:**wasap.my/601119416778/PuncaHartaBeku*
19/02/2023

*KLIK UTK INFO LANJUT:*

*wasap.my/601119416778/PuncaHartaBeku*

Salam Jumaat Barokah
16/02/2023

Salam Jumaat Barokah

16/02/2023

JANGAN DIREMEHKAN KEPENTINGAN MENULIS WASIAT DAN HIBAH

KREDIT: Roslina Sabiyah & Co

Ramai yang bertanya saya, bolehkah buat wasiat dan hibah dengan pesuruhjaya sumpah sahaja?

Jawapan saya BOLEH.

Nak tulis wasiat dan hibah sendiri pun boleh.

Cuma anda kena faham.. dokumen wasiat dan hibah sama ada disediakan oleh peguam, syarikat amanah ataupun individu itu sendiri ia masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menentukan sama ada ia boleh disahkan ataupun tidak sekiranya ia dicabar oleh waris-waris.

Jadi sangat penting untuk anda tahu, dalam keadaan apa sesuatu dokumen itu boleh dicabar di Mahkamah?

Apa syarat-syarat penting supaya sesuatu dokumen wasiat dan hibah itu boleh diterima dan disahkan di Mahkamah?

Maknanya anda kena ada ilmu dan pemahaman yang mendalam untuk menyediakan dokumen tersebut.

Ini penting supaya hasrat anda yang termaktub di dalam dokumen wasiat dan hibah tersebut dapat dilaksanakan.

Jika anda tak pasti, maka SEBAIKNYA buatlah dokumen dengan mereka yang memang mahir dalam bidangnya. Ini dapat mengurangkan risiko sesuatu dokumen itu boleh dicabar dengan mudah.

(Jadi jawapan saya, BOLEH buat sendiri tapi SEBAIKNYA buat dengan yang pakar dalam bidangnya).

Analoginya macam anda sakit gigi. Adakalanya gigi itu mudah nak dicabut maka boleh cabut sendiri tanpa perlu ke klinik gigi.

Tapi jika gigi geraham yang sakit dan takut ada komplikasi lain kalau anda cabut sendiri, maka sudah tentu anda kena jumpa doktor gigi juga supaya tak berlaku mudharat yang lebih besar.

Begitulah, setiap sesuatu perkara itu ada yang pakar dalam bidangnya masing-masing.

Penting ke buat dokumen?

SANGAT PENTING! Saya tengah buat 1 kes untuk mengesahkan dokumen hibah/wasiat yang dibuat pada tahun 70-an. Si mati tiada waris lain hanya ada anak angkat sahaja.

Tapi si mati sempat buat dokumen yang menyatakan hasratnya untuk menyerahkan harta kepada anak angkat yang dijaga sejak lahir.

Dokumen tersebut disediakan sendiri oleh si mati. Tiada tertulis perkataan wasiat atau hibah. Tapi sekurang-kurangnya dokumen itu boleh membantu pihak-pihak dalam pengurusan harta pusaka si mati.

Mahkamah akan ambil kira semua elemen yang terdapat dalam dokumen itu untuk menentukan sama ada anak angkat itu berhak terhadap harta tersebut.

Cuba bayangkan jika si mati tak ada buat dokumen langsung? Sudah pasti harta tersebut akan jadi milik Baitul Mal sepenuhnya memandangkan si mati tiada waris-waris.

Ataupun lebih menyedihkan, harta tersebut akan terus jadi harta beku kerana Baitul Mal pun tak tahu kewujudan harta tersebut oleh kerana tiadanya waris yang datang membuat tuntutan.

Tahun 70-an.. datuk nenek kita pun dah tau kepentingan menyediakan dokumen pengurusan harta.

Kita di zaman millenium ini dengan segala kemudahan maklumat di hujung jari.. apa yang menghalang kita untuk mula membuat perancangan harta?

Jangan diremehkan kepentingan menulis wasiat dan hibah..

KLIK UTK INFO LANJUT:

wasap.my/601119416778/Wasiat+kpd+waris

Kami di HANS LEGACY sedia membantu anda.*KLIK UTK INFO LANJUT:**wasap.my/601119416778/Wasiat+kpd+waris*
09/02/2023

Kami di HANS LEGACY sedia membantu anda.

*KLIK UTK INFO LANJUT:*

*wasap.my/601119416778/Wasiat+kpd+waris*

Address

Felda Chemplak, Labis
Segamat
85300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Harta Pusaka Islam Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perunding Harta Pusaka Islam Johor:

Share