25/03/2026
Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera
Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga hari kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan bersama insan tersayang.
Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang menjalankan tugas dan amanah. Moga jalinan kerjasama, ukhuwah dan semangat berpasukan yang telah terbina akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan buat kita semua.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin