Bilik Sewa Budget Putrajaya

Bilik Sewa Budget Putrajaya Bilik Sewa Budget telah membantu lebih dari 1000 penyewa yang bengang menyewa di bilik sewa yang mah

Bilik Sewa Tanpa Deposit-Bilik Sewa Perempuan-Intern & Baru Lapor Diri dialukanTeres 2 tingkat Corner Lot, Presint 9Kele...
22/12/2022

Bilik Sewa Tanpa Deposit

-Bilik Sewa Perempuan-
Intern & Baru Lapor Diri dialukan

Teres 2 tingkat Corner Lot, Presint 9
Kelengkapan Rumah & Bilik :
-Katil ,Tilam , Bantal + Almari
-Toilet di Setiap Bilik
-Mesin Basuh
-Dapur
-Tong Gas
-Peralatan Memasak
-Parkir Luas
-Tv
-Unify

Bilik Available :
-Bilik 2 org , 4 org & sehingga bilik Master 6 org

Bulanan Serendah Rm 199-299/seorg

Terus Whatsapp :

https://wa.me/60124130428?text=BilikSewaPerempuan

Betul jugak... apa yg mamat tu nak sebenarnya...Kredit : Siakap Keli
12/01/2021

Betul jugak... apa yg mamat tu nak sebenarnya...

Kredit : Siakap Keli


“Sebenarnya saya baru kena halau bang dari rumah mak mertua bang “Terdetik aku nak kongsikan pasal salah seorang penyewa...
10/01/2021

“Sebenarnya saya baru kena halau bang dari rumah mak mertua bang “

Terdetik aku nak kongsikan pasal salah seorang penyewa lelaki yang nak view bilik kami. Bukan niat nak aibkan sesiapa. Maaf kalau coretan aku panjang sikit.

Mulanya dia pm nak cari bilik sekian-sekian. Dari cara dia pm, dia sangat excited sebab dia kata dah survey lama dah bilik sewa, takde yang menepati citarasa dia. Masa tu aku sebagai agen syukur sangat dah.

Masa dia sampai depan rumah, kagum aku tengok penampilan brader ni. Kemas, tegap & ada rupa. Kalau ada gadis-gadis sekali tengok je dia mungkin pandang dua kali. Kalau penyewa lelaki yang dalam rumah ni tengok mesti jeles. 😂Dalam hati saya, kalau tak model tali pinggang, mesti duta pomade. Hahaha.

Yang bestnya, tanpa borak panjang dia terus cakap nak tengok bilik. Macam biasa, tanggungjawab aku sebagai agen akan tunjuk bilik serta bahagian rumah satu per satu, dan terangkan berkenaan peraturan menyewa sampai prospek kami puas hati.

Gaya brader ni, lepas dah dengar letrik dengan air percuma je, dia punya tak sabar sangat nak menyewa segera tu minta nombo akaun padahal aku tak habis explain lagi. 😂. Bagi kami , Alhamdulillah...itu perkara biasa bila prospek dengar banyak dapat benefit lebih dari harga sewa, diorang punya nak meruntun kaki tu jangan cakaplah.

Sama kes dengan brader ni. Masa saya tengah bagi nombor akaun dia nak bayar, sempat aku selitkan sikit.

“Bro, bilik tu tinggal 2 je kekosongan, nanti pilihlah nak katil yang mana..”

Tapi apa dia jawab memang buat aku tergamam.

“Saya ambik terus 2 2 katil bang, sebab nak bagi bini saya duduk...mesti dia happy gila. Dah la ada siap dapur semua, mesti dapat masak kat saya hari-hari.”

Baru aku tahu dia dah kahwin. Aku terus macam confuse j*p. Rasanya aku dah explain yang ni rumah lelaki & dia sendiri dah masuk dalam rumah memang lelaki yang duduk.

“Sorry bro, rumah ni semua lelaki je. Untuk bini bro, kita ada bilik & rumah untuk perempuan”

Masa tu muka dia dah lain, macam terkilan sangat. Bukan dia tak faham, cuma mungkin sebab rasa happy nak duduk dengan bini dia buatkan dia terlupa kej*p kot pasal jantina rumah.

Dengan rasa kecewanya dia cakap,

“Boleh ejas tak bang? Untuk nak bagi bini saya duduk sekali sebilik. Sebenarnya kami baru kena halau dari rumah mak mertua. Saya cuma kerja “Food Teddy Bear” bang. Bini saya tak keja sebab nak kena jaga baby kami.”

Masa aku dengar tu, dah cukup sayu hati aku. Aku faham situasi dia sekarang. Situasi yang belum mampu nak sewa sebiji rumah. Ya lah, harga rumah putrajaya memang tak dapat dah harga rat rat ni. Flat pun dah riban riban. Yang aku cuma dapat bantu adalah dapatkan bilik jugak, tapi berasingan rumah. Untuk nak sekali memang serius akan buat penyewa yang berlainan jantina akan rasa tak selesa. Tu belum masuk dari segi aurat & privasi.

“Macamnilah bro, saya faham bro belum berkemampuan. Apa yang saya dapat tolong bro, bro tak payah bayar deposit. Bayar sewa je . Letrik dengan air pun saya tak kira. “

Masa tu muka dia daripada down terus sengih sampai nampak gigi arnab dia. Tapi memang betul sebagai agen aku akan bantu bakal penyewa aku setakat yang boleh.

Aku sambung lagi.

“Tapi bro, rumah kena asing. Tak boleh duduk sekali. Kalau duduk sekali memang saya tak dapat nak bantu. Saya kena jaga keselesaan penyewa lain juga.”

Dari sengihan dia tu, terus jadi tawar. Aku tahu dia kecewa lagi. Mata dia dah berkaca. Aku dah mula sebak. Sebab aku faham. Terus aku bawa dia bincang kat depan rumah. Taknak bagi dia rasa tak selesa nak meluah bila ada penyewa lain nampak.

Dengan suara tahan sebak dia kata.

“ Saya dah takde tempat tido dah bang. Banyak bilik dah saya cari. Banyak bilik tak terima untuk suami isteri. Bini dengan anak tidur surau dah 3 hari bang. Masa PKP banyak surau tutup & kami kena keluar hari hari bang. Abang tengok ni”

Sambil dok tahan sebak dia tunjuk gambar anak dia yang baru lahir. Comel. Dia cakap hidung dgn mata ikut ibu dia. Kening ikut dia. Memang betul banyak gambar tu ada gambar yang background surau. Bini dia bertelekung. Seronok tambah sebak saya dengar dia bercerita pasal anak dia. Dalam kepala aku dok fikir cara apa lagi aku dapat bantu dia.

Aku cakap kat dia.

“Bro, saya nak tolong bro lagi ni. Buat masa sekarang, bro tak payah fikir lagi bab bajet. Masuk je dulu. Bini bro sekali tapi tetap kena rumah lain lain. Bila bro kerja bulan ni nanti & dah cukup duit nak bayar sewa , baru bayar. Tak penah lagi saya nak tolong orang lain macam bro ni. Ni paling last”

Masa tu baru air mata jantan dia keluar.

“Bini saya belum habis pantang lagi bang. Semua benda saya buat sekarang. Saya ada moto je. Nak beli pampers pun tak cukup duit bang. Nasib baik baby nak susu badan. Malam-malam bila baby terjaga menangis. Saya taknak susahkan bini saya tenangkan baby, sebab saya tahu seharian dia dah penat jaga baby masa saya pegi kerja. Sebab tu saya nak bilik sekali. Tapi takpe, Saya faham kerja abang. Saya cuma dah tak tahu nak pergi ke mana, nak luahkan kat sape. “

Istighfar panjang lepas aku dengar semua tu. Sambil aku tengok langit tahan air mata dari jatuh. Nak dibantu bagaimana lagi Ya Allah. Bukan senang nak teruskan hidup dalam bandar kalau kewangan tak teguh. Lagi-lagi yang dah berkeluarga.

Akhir sekali dia kata,

“Takpelah, insyaAllah saya bincang dengan bini saya macammana. Kalau ada rezeki saya dengan abang nanti saya datang balik. Kalau takda, abang doakan saya eh”

Sebelum gerak, aku salam & aku tepuk bahu dia. Aku hulurkan sikit duit untuk dia belanja. Tak banyak mana tapi cukup untuk dia bersyukur panjang sangat dah. Aku cakap minta maaf sebab takat ni saja aku aku mampu bantu dia. Dia hanya mengangguk tanda faham sambil lap sisa air mata. Sambil senyum dia peluk aku dan cakap terima kasih sangat.

Sambil tengok motor EX5 dia hilang dari pandangan, dalam hati aku, aku cakap “ ya, abang doakan kau bro, dipermudahkan semuanya. Dilimpahkan rezeki lagi sebagai suami untuk sara family. Ada rezeki anak tu nanti.”

Bagi kita, kita dah rasa kita dah cukup susah. Sedangkan ada yang lagi susah dari kita. Bagi kami di Bilik Sewa Budget. Ramai penyewa yang kami ada kes macamni kami dah bantu, lebih lebih lagi penyewa yang kurang berkemampuan nak sewa sebijik rumah.

InsyaAllah kita bantu mudahkan urusan orang. Tuhan mudahkan urusan kita.

“Kita terjumpa mesti ada sebab”

Untuk Syafiq, kalau terbaca posting abang ni. Abang nak bro tau, abang doakan bro selalu. InsyaAllah kita jumpa lagi.

Susah atau senang kehidupan alam rumah tangga kita bukan bergantung pada bilik sewa. Namun persediaan dari segi kewangan...
01/01/2021

Susah atau senang kehidupan alam rumah tangga kita bukan bergantung pada bilik sewa. Namun persediaan dari segi kewangan untuk pasangan yang belum berkahwin sangat perlu dititikberatkan.

Alam perkahwinan sangat indah, namun bukan mudah untuk melayari bahtera rumah tangga ditambah p**a dengan pelbagai komitmen. Seperti kita tahu, suami selaku ketua keluarga dipertanggungjawabkan untuk menyara keluarga. Tidak dinafikan kehidupan di awal berumah tangga penuh mencabar apatah lagi perlu....

Sudah aktifkan i-akaun KWSP?Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kali...
20/12/2020

Sudah aktifkan i-akaun KWSP?

Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kalian sudah aktifkan i-akaun KWSP.

Untuk aktifkan i-akaun, perlu kemaskini nombor telefon untuk Proses penghantaran TAC (password)

Dekat mana boleh kemaskini nombor telefon ni? Boleh di mana-mana machine kiosk samada di pejabat KWSP atau agent KWSP seperti Bank komersial antara nya (RHB, CIMB, MAYBANK, BANK RAKYAT) Boleh rujuk laman web KWSP.

Mudah sahaja, Pergi machine kiosk tu:

1) Masukkan IC;
2) Baca arahan, ikut sahaja;
3) Scan ibu jari;
4) Masukkan nombor telefon;
5) Tunggu print out akaun BERJAYA didaftar!

User ID dan password sementara akan diberi melalui SMS ke nombor telefon yang kita sudah kemaskini tadi.

Balik rumah, login laman web KWSP untuk pengaktifan kali pertama (bukan melalui i-akaun apps). Ikut sahaja arahan untuk penukaran user ID dan password yang kekal, buatlah sehingga selesai.

Tunggulah sehingga 21 Disember nanti bagi yang layak memohon i-sinar, sudah boleh terus
Hantar secara online. January nanti InsyaAllah i-sinar kalian semua bersinar-sinar.

i-Sinar, semoga ada sinarnya!

Ellashah,
Sentiasa bersinar-sinar! 😁

Jom share semoga bermanfaat.

Kredit : Helala Shah

[ BILIK SEWA MUSLIMAH ]Hai Cik akak & cik adik yang :✅ baru pindah tempat keja✅ baru lapor diri bekerja✅ student yang ta...
17/12/2020

[ BILIK SEWA MUSLIMAH ]

Hai Cik akak & cik adik yang :

✅ baru pindah tempat keja
✅ baru lapor diri bekerja
✅ student yang takda hostel
✅ penyewa bilik yang nak pindah

Jom kami bantu dengan menginap bilik sewa kami dengan harga sewa yang Serendah Rm 199/bulan untuk seorang.

🔅Ada bilik 2 org
🔅Ada bilik 4 org
🔅Ada bilik 6 org

Yang penting boleh terus view rumah & kemasukan segera.

🌀Ada Teres
🌀Ada Apartment
🌀Ada Flat

Kelengkapan asas penuh.

Tapi kami nak bagitahu, kekosongan ni cuma untuk 30org pertama bulan ni sahaja.

Bila dah penuh nanti harga bilik sewa yang tinggal cuma Rm 249/bulan.

Walaupun korang nak duduk lambat lagi, tapi korang nak jadi 30 orang pertama untuk dapatkan harga Rm 199 masih boleh ye.

Asalkan korang cepat book..!

Terus tekan link ni...

https://wa.me/601137994558

https://wa.me/601137994558

https://wa.me/601137994558




02/11/2020

Berada di dalam rumah yang bersih dan wangi adalah salah satu faktor penting dalam mempengaruhi mood seseorang. Jika anda p**ang ke rumah setelah penat bekerja tetapi terganggu dengan persekitaran yang tidak selesa, pasti akan bertambah tertekan. Oleh itu, empat tips mudah supaya rumah kekal bersih....

[ TAK PASAL-PASAL BERGADUH LAKI BINI PULAK DAH ]Mana tak nya. Bila time PKP ramai gila penyewa rumah stress tak mampu na...
30/10/2020

[ TAK PASAL-PASAL BERGADUH LAKI BINI PULAK DAH ]

Mana tak nya. Bila time PKP ramai gila penyewa rumah stress tak mampu nak bayar sewa rumah sebab kena berjimat sangat sekarang ni.

Ada yang bujang & yang ‘pernah’ bujang duduk jauh dari family. Gaduh teruk sebab Rumah sana kena bayar. 🏠 Rumah sini lagi la kena bayar. Bengang + sakit hati sebab duit cukup-cukup makan ja sekarang ni.

Tak jeles ke 😔 tengok member-member yang duduk bilik sewa? Dah la jimat duit sewa, pastu takyah nak pening kepala dah beli kelengkapan rumah sebab semua dah siap disediakan.

Lagi-lagi geng Hawa. 🧕🏻 Dapat p**ak wifi free, barang dapur nak masak pun ada.. Memang syok giler la dapat layan movie sambil makan kat rumah time PKP yang takleh keluar rumah ni.

Apa kata kali ni kami nak open khas untuk geng Gegirl? Kami nak bagi free sewa bilik seminggu untuk bulan pertama buat penyewa baharu untuk kemasukan bulan 11? Nak ke nak?

Kalau kami taknak deposit jugak boleh?
💸💸💸

Kami betul-betul nak bantu geng-geng muslimah kali ni. Tapi untuk Next post untuk kaum Adam p**ak yer..? 🧑🏻

*****************************

💋BILIK SEWA PEREMPUAN 🧕🏻🧕🏻🧕🏻

Nak kami bantu?

Dan

***ADAKAH KORANG ?

🛑 Pening kepala asyik fikir bajet kewangan yang cuma cukup-cukup je nak bayar bilik dalam PKP ni.

🛑 Tepuk dahi tengok total deposit bilik yang cekik darah...!

🛑 Terkilan sebab terpaksa menyewa dalam bilik sewa sekarang yang kotor gila.

🛑 Rasa tertekan dengan servis agen yang macam binatang kat hutan.

🛑 Terlampau geram sampai rasa nak pindah rumah tapi terikat dgn kontrak?

🛑 Bengang sebab Harga sewa mahal tapi kelengkapan dalam rumah tak cukup macam dijanjikan.

*****************

KALAU AKU MASIH MENYEWA MACAM DALAM KEADAAN SEKARANG NI, CONFIRM AKU AKAN

❌ Terperat dengan beban sewa bilik yang mahal padahal banyak lagi duit nak saving time PKP ni...

❌ Stress sebab kena catu makan sebab nak menyimpan duit untuk nak bagi duit pada mak ayah , suami anak kat kampung

❌ Risau keadaan bilik & rumah sewa yg disewa makin lama makin kotor & tak dijaga oleh penyewa

❌ Bimbang sampai tak dapat tidur malam sebab fikir roomate & housemate buat hal sesuka hati kat bilik korang.

❌ Sedih kerana kemungkinan agen /tuan rumah akan naikkan harga sewa bila-bila masa sesuka hati sampai nanti mungkin kena lagi banyak nak kena saving.

*************************

NAK KE NAK KAMI BANTU ANDA MENYEWA BILIK YANG ANDA DAH TAK PERLU HADAP DAH MASALAH-MASALAH KAT ATAS TADI ???

Apa Kelebihan anda boleh dapat :

✅ Selesa dalam bilik & Rumah yg terjaga kebersihan, kekemasan & kelengkapannya oleh penyewa sendiri

✅ Seronok Sewa Bilik dengan harga super berbaloi

✅ Tenang nak duduk dalam Rumah & bilik kerana Kelengkapan yang cukup dalam rumah & tak perlu nak beli barang pape dah

✅ Lega Hati sebab Maintainance Rumah & bilik dikawal & dipantau sepenuhnya oleh agen

✅ Tak Risau dah kerana Keselamatan & Privasi Bilik anda Terjamin

✅ Bahagia Dapat menjana pendapatan jika invite kenalan menyewa bersama & berpeluang mendapatkan sewa percuma.

✅ Bangga sebab dapat saving duit yang banyak sampai dah boleh hulur duit kat mak ayah suami anak kat kampung

🔆KAMI NAK BANTU GOLONGAN LADIES-LADIES YANG MASIH MENCARI BILIK SEWA BUJANG🔆

So, kalau dah full bilik nanti... hemmm😪

********

Bilik adalah sangat terhad,
Kami ulang...
BILIK adalah sangat terhad!!!
Nak tahu lebih detail atau nak terus view bilik kami kena terus roger kami

Tanya hati sendiri, sampai bila aku kena bayar sewa bilik mahal macam sekarang ni?

Sampai bila?...

Call / whatsapp Agen kami segera :

🔅011-37994558 ( Zik ) 📱
Terus Tekan link ni :
👇👇👇👇👇

https://wa.me/601137994558

https://wa.me/601137994558

https://wa.me/601137994558

Alhamdulillah... ramai juga antara penyewa kami sangat menitik beratkan tanggungjawab yang bukan sekadar menyewa, tapi j...
27/10/2020

Alhamdulillah... ramai juga antara penyewa kami sangat menitik beratkan tanggungjawab yang bukan sekadar menyewa, tapi juga menjaga rumah & bilik dalam keadaan yang cantik...

Jangan biarkan orang lain lukiskan...
25/10/2020

Jangan biarkan orang lain lukiskan...














Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
23:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
23:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
23:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
23:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
23:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601137994558

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bilik Sewa Budget Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bilik Sewa Budget Putrajaya:

Share

Category