29/11/2025
Ramai pemilik tanah yang masih menggunakan Geran Sementara (HS/PT) tidak sedar bahawa sempadan di lapangan belum dimuktamadkan. Sebab itu, apabila jurukur turun ke tapak, sempadan fizikal selalunya tidak sama seperti yang tertera dalam geran sementara.
Geran sementara bukan rekod hakmilik kekal- ia hanya catatan awal berdasarkan anggaran dan pelan sementara. Ia belum melalui proses pengukuran kadaster penuh oleh JUPEM.
Disebabkan itu, beberapa keadaan boleh berlaku:
1. Sempadan Dalam Geran Sementara Masih ‘Anggaran’
Dalam hakmilik sementara:
i) bentuk lot belum dimuktamadkan,
ii) bearing & jarak belum dibuat ukur sebenar,
iii) tiada batu sempadan kekal direkodkan,
iv) keluasan dalam hakmilik masih boleh berubah.
Oleh itu, apabila ukur sebenar dibuat, sempadan fizikal akan automatik berbeza daripada geran sementara.
2. Keluasan Tanah Boleh Berubah Apabila Hakmilik Muktamad Dikeluarkan
Ini perkara paling ramai tidak tahu.
Apabila JUPEM keluarkan Hakmilik Muktamad, proses melibatkan:
i) ukur semula penuh,
ii) penentuan sempadan berdasarkan koordinat sebenar,
iii) pemasangan batu sempadan kekal,
iv) pelan kadaster disahkan.
Hasilnya, keluasan tanah boleh:
i) bertambah sedikit,
ii) berkurang, atau
iii) berubah bentuk,
bergantung kepada ukuran sebenar di lapangan.
Inilah sebab penting untuk pemilik buat penandaan awal supaya bersedia jika berlaku perubahan.
3. Sempadan Fizikal Tidak Boleh Dijadikan Rujukan Sebelum Hakmilik Muktamad
Faktor yang menyebabkan sempadan fizikal tidak sama:
i) pagar dibina tanpa ukuran rasmi,
ii) parit lama dijadikan sempadan “tolak angin”,
iii) tanda kayu/PVC hanyalah sementara,
iv) lot jiran juga belum dimuktamadkan.
Selagi belum hakmilik muktamad:
i) sempadan tidak dianggap final,
ii) dan tidak boleh digunakan untuk pindah milik, pecah bahagian atau urusan pembangunan besar.
4. Hakmilik Muktamad Mengunci Sempadan Secara Rasmi
Apabila Hakmilik Muktamad dikeluarkan:
i) koordinat sempadan direkod dalam sistem JUPEM,
ii) batu sempadan kekal ditanam,
iii) pelan hakmilik diperakui secara undang-undang.
Selepas itu barulah:
i) pindah milik lebih lancar,
ii) pecah geran / pecah bahagian boleh dibuat,
iii) pembangunan boleh dimohon,
iv) nilai tanah lebih stabil.
Kesimp**an:-
Jika sempadan tidak sama seperti dalam Geran Sementara, itu bukan kesilapan — itu kerana GS memang belum muktamad.
Untuk pastikan tanah benar-benar sah dan tepat:
1. pemilik perlu buat proses pengukuran untuk keluarkan Hakmilik Muktamad.
2. Barulah sempadan dikira tepat, rasmi dan diterima di bawah undang-undang tanah.