08/08/2022
BELI RUMAH TANPA DUTI SETEM
============================
Bakal Pembeli Rumah:
Minggu lepas, Perdana Menteri ada umumkan
Tentang pengecualian bayaran Duti Setem
Untuk pembeli rumah pertama, banyak ke jimat?
abangSR:
Duti setem ni merupakan cukai yang perlu dibayar
Oleh pembeli ketika membeli sesuatu hartanah
Walaubagaimana pun, bermula 1 Jun 2022
Mana mana hartanah yang dibeli dengan harga
RM1.0 juta dan ke bawah, diberikan pengecualian
Berapa banyak? Meh abam bagi contoh kiraan
Sebab ada 2 jenis duti setem yang dikenakan
1. Duti Setem bagi transaksi harta tanah
-------------------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan bagi setiap pindahmilik
Hartanah dengan pengiraan berikut:
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 - RM500,000 : 2%
RM500,001 - RM1.0 juta : 3%
Melebihi RM1.0 juta : 4%
Contoh: Jika harga rumah dibeli pada harga RM500,000...duti dikira:
RM100,000 X 1% = RM 1,000
RM400,000 X 2% = RM 8,000
JUMLAH = RM 9,000
2. Duti Setem bagi dokumen Pinjaman
---------------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan sebanyak 0.5%
Daripada jumlah pinjaman tersebut
Ambil contoh yang sama di atas
Harga: RM500,000 namun pinjaman yang dipohon
Adalah 90% bersamaan RM450,000
RM450,000 X 0.5% = RM2,250
Pengecualian Duti Setem
-------------------------------------------
a) Pindah milik bagi Rumah Pertama sahaja
b) Pengecualian yang diumumkan:
Harga RM500,000 ke bawah - 100%
Harga RM1.0 juta ke bawah - 50%
c) Tempoh: 1 Jun 2022 - 31 Disember 2023
Harga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025
Dengan kadar RM9,000 bagi perkara (1)
Dan RM2,250 bagi perkara (2) di atas
Maka penjimatan adalam sebanyak RM11,250
credit to :