28/06/2022
TIPS HARTANAH MUDAH .
1. Sebagai pelabur baru , mulakan dengan hartanah yang kecil dan sederhana . Jangan membeli hartanah yang tinggi harganya hingga semua orang tak mampu sewa.
2. Jika belum pernah ada pengalaman membeli hartanah disarankan anda membeli hartanah yang bawah RM300,000 sahaja dahulu . Bermula dengan kecil dan sederhana.
3. Anda boleh bermula dengan pelaburan rumah sewa atau pun homestay bergantung keperluan pasaran sekitarnya . Tak semua tempat boleh ada homestay dan tak semua tempat boleh ada rumah sewa.
4. Mudahkan orang untuk melihat rumah sewa kita , bina laman web sendiri dan kita tak perlu buka pintu bila ada yang nak sewa nanti . Buat katalog mudah agar mudah wasap bakal penyewa.
5. Jika mula kerja dan masih bujang mulakan dengan rumah pelaburan yang mampu dan bajet rendah . Duduk satu bilik dan sewakan bilik yang lain , itu lebih berhikmah . Jika dapat sewakan dengan perabot agar penyewa lebih selesa.
6. Elakkan beli hartanah yang kurang orang guna , beli jenis hartanah yang semua orang ada minat yang sama seperti rumah teres , apartment . kondo . Kediaman jenis ini senantiasa ada permintaan . Jangan terus beli semi - D dan bunglow.
7. Cantikkan rumah sewa kita dan senaraikan kemudahan yang ada . Makin cantik hartanah kita , makin ramai orang s**a dan berebut nak sewa.
8. Jika nak beli satu hartanah jangan hanya lihat satu faktor tarikan sahaja lihat faktor tarikan lain juga . Semakin banyak daya tarik semakin baik.
9. Tiada satu hartanah pun yang sempurna , kita tak akan jumpa . Jika memenuhi keperluan kita dan matlamat pelaburan beli sahaja.
10. Beli rumah yang kita juga rasa selesa nak tinggal , bayangkan perasaan penyewa yang tinggal disitu.
11. Rumah pelaburan sebaiknya dilokasi yang berkepadatan penduduk tinggi , semakin ramai orang semakin tinggi peluang dapat penyewa.
12. Belli kediaman yang minimum ada 3 bilik dan 2 bilik air , ini tetap menjadi pilihan sepanjang zaman.
13. Elakkan beli hartanah rumah percutian , ia hanya bersifat pop**ar sementara sahaja dan biasanya tidak kekal sepanjang zaman.
14. Jangan beli kediaman pangsapuri unit yang paling tinggi . Selain gayat , tekanan air kita paling gawat waktu pagi sebab semua orang nak mandi.
15. Beli hartanah dikawasan matang , jangan beli dikawasan jin bertendang.
16. Jika belum mampu beli di pusat bandar boleh bermula dengan pinggir bandar . bak kata bijak pandai jika air masih panas minumlah dari tepi.
17 . Beli dikawasan yang lengkap dengan kemudahan jaringan pengangkutan , lebih baik sarana pengangkutan lebih tinggi nilai hartanah nanti.
LIKE & SHARE post jika bermanfaat utk anda๐