Natrah Yusof & Co

Natrah Yusof & Co Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Natrah Yusof & Co, Lawyer & Law Firm, Jalan DB 9, Puchong.

Kami merupakan Firma Guaman di Puchong dan mengendalikan dokumen-dokumen untuk pindahmilik hartanah bagi Penjual / Pembeli (S&P), Perjanjian Sewaan, Pindah milik kasih-sayang, Pelepasan Gadaian dengan Bank dan yang berkaitan dengan hartanah.

Alhamdulillah, kali ni sesi menandatangani Perjanjian Jual Beli , owner dan buyer dah kenal lama, kita set satu masa jum...
09/07/2026

Alhamdulillah, kali ni sesi menandatangani Perjanjian Jual Beli , owner dan buyer dah kenal lama, kita set satu masa jumpa, explain dan sign masa sama, apa2 tak faham settle masa sama.

Yang saya nak share kali ni untuk penjualan rumah oleh Penjual, yang dah ada ready buyer.

Kalau Penjual dah ada buyer, pembeli boleh submit loan dengan bank untuk urusan pinjaman (jika bukan cash buyer) , jika x banyak masa boleh juga gunakan khidmat agent hartanah, mungkn akan ada minimal fee, tapi kalau boleh submit sendiri ke Bank pun tiada masalah.

Sambil2 tunggu loan approve boleh lah search peguam hartanah berhampiran untuk dapatkan quotation bagi servis penyediaan perjanjian jual beli, dah dapat yang berkenan nanti lepas loan approve , boleh bagi details kepada peguam untuk peguam prepare agreement dan dokumen- dokumen lain.

Mudah kan? pilihan di tangan anda 😊 atau hubungi je kami di 0176322324 jika perlu bantuan untuk permohonan loan bagi pembelian hartanah dan penyediaan agreement jual beli hartanah anda.

Terima kasih.

Salam July dari kami,Lama x update aktiviti guaman, ada masa ni kita up sikit gambar2 Client kami hari ini , alhamdulill...
09/07/2026

Salam July dari kami,

Lama x update aktiviti guaman, ada masa ni kita up sikit gambar2 Client kami hari ini , alhamdulillah.

Selesai sudah kes Client kami untuk pembelian rumah pertama beliau. Alhamdulillah urusan transaksi jual beli berjalan lancar.

Untuk kes2 pembelian rumah hartanah leasehold , ( pajakan) tempoh masa untuk selesai transaksi jual beli lebih kurang 6 bulan, ada juga yang akan memakan lebih masa jika ada masalah2 lain yang hanya dapat dikesan semasa urusan berjalan.

Jika Tuan/Puan memerlukan nasihat untuk hartanah, jual beli rumah, nak lantik peguam juga untuk hartanah, contact kami di 017-632 2324 , Pn Natrah ya.

Salam February 2026.👩‍💼Alhamdulillah , selesai satu lagi kes jual beli rumah kami, dan sesi penyerahan kunci rumah darip...
10/02/2026

Salam February 2026.👩‍💼

Alhamdulillah , selesai satu lagi kes jual beli rumah kami, dan sesi penyerahan kunci rumah daripada Penjual kepada Pembeli.Terima kasih atas lantikan Natrah Yusof & Co bagi transaksi jual beli rumah Tuan.

Walaupun penjual tak melantik mana2 agent hartanah, transaksi tetap berjalan lancar. Penjual dah ada Pembeli yang berminat, dan Pembeli submit dokumen sendiri untuk permohonan pinjaman atau jika bayaran pembelian rumah secara cash, dan kedua2nya bersetuju , boleh sign agreement jual beli dengan Peguam.

Agent hartanah diperlukan jika penjual berniat hendak menjual tetapi tiada Pembeli direct, jadi untuk memudahkan urusan (untuk buat marketing, anggaran market value rumah, urusan permohonan loan , dan untuk bakal2 pembeli viewing rumah, dan lain2 ), Penjual akan melantik REN( agent hartanah) untuk mereka uruskan penjualan rumah dengan bayaran fi yang ditetapkan.

Walaupun jual beli dibuat melalui direct owner, tetap perlu ada hitam putih transaksi tersebut, jangan s**a sama s**a nak jual and nak beli tapi tiada agreement, duit dah bayar pada owner , owner dah bagi geran tetapi sampai bertahun2. masih belum tukar nama. Jangan p**a dalam nak berjimat nanti berputih mata . Kalau harta dah jadi harta pusaka , satu hal p**a nak tunggu proses daftar nama di geran. Jadi pastikan jual beli melalui peguam. Peguam akan semak tunggakan hartanah , cukai, dan semuanya selesai barulah duit baki direleasekan kepada Penjual.

Jika anda memerlukan peguam untuk transaksi hartanah anda , hubungi kami di 017-632 2324 untuk maklumat lanjut. Innshaaallah kami bantu sebaiknya.

Salam 9.1.2026,Alhamdulillah selesai kes jual beli property Client kami. Terima Kasih kepada Client sudi bergambar dan m...
09/01/2026

Salam 9.1.2026,

Alhamdulillah selesai kes jual beli property Client kami. Terima Kasih kepada Client sudi bergambar dan memberi izin kepada kami untuk berkongsi gambar ketika sesi menandatangani perjanjian jual beli hartanah.

Setiap kali sesi menandatangani perjanjian, kami akan jumpa Client , dan saksikan sendiri Client menandatangani dokumen-dokumen , ini penting kerana kita perlu tahu, kenal, dan pastikan dengan siapa kita berurusan. Jika di luar kawasan KL / Selangor , setiap tandatangan Client akan disaksikan oleh Peguam yang berhampiran dengan tempat Client.

Jika anda memerlukan peguam hartanah untuk transaksi hartanah anda, contact kami di 017-632 2324.InnshaAllah kami bantu sehabis baik.

Salam 7 Januari 2025 Alhamdulillah, selesai lagi amanah Client untuk menguruskan pembelian hartanah beliau .Terima Kasih...
07/01/2026

Salam 7 Januari 2025

Alhamdulillah, selesai lagi amanah Client untuk menguruskan pembelian hartanah beliau .

Terima Kasih juga diucapkan kerana bagi izin kami untuk share gambar kenangan semasa signing session perjanjian jual beli dan dokumentasi lain bagi pembelian hartanah beliau.

Untuk kes hartanah client kami ni, proses pindahmilik mengambil masa sedikit kerana ada urusan pusaka di pihak Penjual yang perlu di sempurnakan oleh Waris2, selesai pembahagian hartanah kepada Waris barulah pindahmilik dapat didaftarkan kepada pembeli.

Untuk maklumat lanjut dan melantik kami untuk menguruskan pindahmilik hartanah/pelepasan gadaian/ perlantikan pentadbir (pusaka)/ perintah jualan hartanah (pusaka) / perfection strata/ pindahmilik kasih sayang dan lain2 boleh hubungi Puan Natrah, 017-632 2324 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.

3.1.2026, Alhamdulillah dah masuk tahun baru .Page FB firm dah berhabuk , lama x update, busy menyiapkan kerja-kerja unt...
03/01/2026

3.1.2026, Alhamdulillah dah masuk tahun baru .

Page FB firm dah berhabuk , lama x update, busy menyiapkan kerja-kerja untuk hujung tahun.

Up sikit pic dengan Client, dah minta izin ya, sporting je alhamdulillah.

Client lantik kami untuk perfection ( perfectkan hartanah Strata ) beliau, dulu masa beli rumah dengan pemaju masih belum ada geran strata ,bila geran strata dah ada pembeli peru perfectkan strata tu senang cerita , masukkan nama pembeli tu di geran strata .Kalau tak perfectkan nama di Strata, sampai ke anak cucu pun geran strata tu nama Pemaju , nak jual nanti baru la kelam kabut , terkejut, tak ingat, dokumen hilang dan kena keluar modal banyak 😅.

Jadi Tuan /Puan, ada modal sikit tu perfectkan lah geran strata , dah masuk tahun baru ni kita segerakanlah urusan yang patut buat. Innshaaallah hati lebih tenang.

Hubungi kami di 017-632 2324 untuk urusan hartanah anda .

Salam tahun baru dari kami Natrah Yusof & Co.

Address

Jalan DB 9
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Natrah Yusof & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Natrah Yusof & Co:

Shortcuts

Share