27/10/2026
DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR (2001–2026)
Persatuan Arborist Malaysia dengan penuh takzim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sesungguhnya, kebijaksanaan dan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi rakyat jelata, memartabatkan agama Islam serta memelihara kesejahteraan dan keharmonian Negeri Selangor Darul Ehsan amatlah disanjung tinggi. Semoga negeri ini terus makmur dan lestari di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan keafiatan, keberkatan usia dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.
Sembah takzim daripada,
Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Seluruh Ahli Persatuan Arborist Malaysia