11/06/2018
~Moga Bermanfaat~
Kemalangan Jalan Raya & Tuntutan Insurans :
Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yg sangat ditakuti oleh kesemua pengguna jalanraya. Seboleh mungkin, setiap pengguna jalanraya mahu mengelakkan diri daripada terlibat dgn sebarang kemalangan.
Namun, ada kalanya walaupun di pihak kita telah memandu dgn penuh cermat dan berhati-hati tapi dek kerana kecuaian pemandu yg lain kita turut sama terlibat dgn insiden kemalangan jalanraya.
Hari ini admin ingin berkongsikan tentang kemalangan jalan raya dan tuntutan insurans kpd pembaca-pembaca blog post ini.
Apabila berlaku kemalangan, perkara pertama yg perlu dilakukan adalah BERTENANG. Tidak perlu keluar menyerang si pemandu yg melanggar anda atau yg telah mengakibatkan kemalangan tersebut dgn steering-lock.
Ya, bukan mudah utk meminta sesorang bertenang apabila ditimpa musibah seperti ini tetapi ingatlah seandainya anda panik dan marah, ianya juga tidak akan boleh menyelesaikan masalah yg terjadi.
Jadi bertenanglah, tarik nafas dan cuba untuk berfikir dengan bijak.
Berikut, admin senaraikan perkara-perkara penting yg perlu dilakukan apabila anda terlibat dengan kemalangan jalanraya:
Bagi kes kemalangan jalanraya yg melibatkan kecederaan atau bodily injury, baik yg melibatkan si pemandu mahupun para penumpang, berikut admin senaraikan perkara-perkara yg perlu anda lakukan:
1) Dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Seboleh mungkin utk rawatan awal pergi ke hospital kerajaan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung dgn kecederaan anda. Sekiranya melibatkan kecederaan teruk, dapatkan laporan perubatan doktor pakar.
2) Simpan kesemua resit perbelanjaan bagi kos rawatan, rawatan susulan, ubat-ubatan, supplement atau vitamin tambahan, resit-resit perjalanan ke hospital dan segala perbelanjaan lain yg telah anda keluarkan sepanjang tempoh mendapatkan rawatan tersebut.
3) Setelah anda discharge daripada hospital, dapatkan khidmat nasihat peguam bagi memulakan tuntutan terhadap insurans pihak yg melanggar anda.
Sebaiknya, sebelum anda mebuat laporan polis bincang terlebih dahulu dgn peguam tersebut bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan bagaimana utk membuat laporan polis yg betul.
B*k kes yg ditanya kpd kami sblm ini berkenaan dgn tuntutan insurans bagi kemalangan jalanraya yg tidak mendapat pampasan insurans yg sewajarnya kerana membuat laporan polis yg tidak tepat.
Penggunaan bahasa yg betul dan penerangan yg tepat tentang bagaimana berlakunya kemalangan tersebut semasa membuat laporan polis adalah sangat penting bagi menentukan liabiliti pihak yg terlibat dalam kemalangan tersebut.
Setelah laporan polis dibuat, pihak pegawai penyiasat akan menyiasat laporan kemalangan tersebut.
Kebiasannya pihak polis akan pergi ke tempat kejadian kemalangan bagi menyiasat dan mengambil gambar serta bukti yg masih terdapat di situ.
Bayangkan sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kecedaraan parah dan pemandu serta penumpang-penumpang lain di dlm kenderaan tersebut terpaksa ditahan di hospital selama berbulan-bulan lamanya, laporan polis hanya boleh dibuat setelah mereka keluar drp hospital.
Setelah tempoh masa yg lama sebegitu, apabila pihak polis pergi ke tempat kejadian bagi menyiasat kes kemalangan tersebut pastinya bukti-bukti penting dan gambaran kasar tentang kemalangan jalanraya tersebut seperti serpihan kaca dari kereta, seretan tayar di permukaan jalan, kesan darah dan sebagainya sudah hilang.
Di sinilah pentingnya utk mereka yg terlibat dlm kemalangan jalanraya utk mengambil gambar di tempat kejadian sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.
Sekiranya anda mengalami kecederaan parah dan tidak boleh bergerak ketika itu, cuba untuk dapatkan bantuan daripada mereka yg berada di tempat kejadian utk mengambil gambar bagi pihak anda.
Setelah siasatan polis selesai, pihak polis akan mengeluarkan saman kpd pihak yg bersalah. Sekiranya saman telah dikeluarkan, kes anda akan menjadi lebih mudah bagi membuat tuntutan dgn pihak insurans.
Tetapi sekiranya pihak polis tidak dpt menentukan siapa yg bersalah dlm mengakibatkan kemalangan tersebut, pihak polis akan mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk kpd pihak Insurans (Refer to Insurans- RTI) atau dirujuk kpd Magistrate (Refer to Magistrate- RTM).
Langkah seterusnya yg perlu anda lakukan ialah bawa kesemua dokumen2 penting (salinan IC, no pendaftaran kenderaan yang terlibat dlm kemalangan), laporan perubatan dan laporan pakar, resit2 perjalanan dan perbelanjaan anda sepanjang berada di hospital, dan laporan polis berjumpa dgn pihak peguam bagi kes tuntutan kemalangan tersebut.
Bagi pembaca-pembaca post ini yg ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dgn kes kemalangan jalan raya dan tuntutan insurans,
Claim Advisor
FAST RESPOND terus tekan link
ππππππππ
π² http://claimxcident.wasap.my/
bagi mendapatkan maklumat lanjut.