07/07/2020
Bayaran2 apabila beli hartanah
Kebiasaannya, bila korang nak beli apa2 property, korang bukan hanya perlu bayar harga hartanah tersebut. Tetapi ada beberapa bayaran yg perlu korang ambik tahu supaya urusan jual beli & pindahmilik hartanah dapat diselesaikan dengan mudah & secepat mungkin. Berikut aku kongsikan beberapa bayaran yg perlu korang ambik tahu & sediakan apabila korang decide utk beli sesuatu property. Nanti xde lah tiba2 korang menggelabah bila pihak2 tertentu sebut atau mintak bayaran2 ni.
1. Harga Rumah
Harga yg dipersetujui utk urusan jual & beli. Korang kena ambik tahu sbb melalui harga rumah, akan menentukan berapa bayaran deposit, bayaran stamp duty pindahmilik & gadaian, yuran guaman & etc. Harga rumah ni adalah harga yg dipersetujui antara kedua-dua pihak iaitu penjual & pembeli dan perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian jual beli sbb jika korang beli melalui loan, pihak bank akan tgk harga jual beli ni utk tentukan nilai loan yg boleh diluluskan.
2. Deposit rumah
Deposit rumah ni biasanya 10% drpd harga jual beli. Biasanya, bile dah bayar deposit, pembeli akan sign sale & purchase agreement (SPA). SPA ni pihak peguam yg sediakan. Once SPA dah sign, boleh gunakan SPA yg dah sign utk apply loan.
3. Earnest Deposit
Sebahagian daripada deposit. Biasanya antara 1% - 5% drpd harga jual beli rumah @ property. Earnest deposit ni dibayar kpd agen hartanah utk menunjukkan keseriusan pembeli utk membeli rumah. Bila dah bayar Earnest deposit, agent akan maklumkan kpd penjual dah ada pembeli berminat & agen juga akan maklumkan kpd panel peguam utk prepare SPA. Setelah ditolak jumlah Earnest Deposit, pembeli perlu jelaskan baki deposit kpd peguam sblm @ apabila sign SPA.
4. Duti setem pindahmilik & gadaian
Ini adalah cukai yg wajib anda bayar kepada kerajaan apabila beli rumah @ property. & Jika anda buat loan bank utk beli hartanah tersebut, duti setem utk gadaian juga perlu dibayar. Setiap pembelian & pembiayaan property mmg ada bayaran cukai & dibayar kpd kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jumlah cukai pindahmilik adalah mengikut harga property @ nilai pasaran property. Manakala cukai bagi gadaian p**a mengikut nilai pinjaman yg diberikan oleh bank pembiaya.
5. Yuran Guaman (legal fees) + SST (6%)
Yuran guaman ni bergantung kepada harga jual beli hartanah (pindahmilik), jumlah loan yang diluluskan oleh bank (gadaian) dan documents yg lawyer sediakan.
Dalam urusan pindahmilik, selain SPA, ada lg documents lain yg perlu disediakan utk selesaikan proses jual beli & pindahmilik hartanah. Contohnya, ade sesetengah hartanah perlu dapatkan kebenaran pindahmilik (consent to transfer) drpd kerajaan. Jadi ada fees tambahan di sini. Ada jgk situasi di mana geran tanah belum dikeluarkan. Jadi, pembelian hartanah perlu melalui surat kuasa/power of Attorney (PA) & suratcara peletakkan hak/deed of assignment (DOA). Penyediaan documents ni juga ada fees tambahan. Setiap fees ni mmg telah ditetapkan mengikut undang2. Boleh rujuk solicitors remuneration order yg ada di internet.
Dalam kes beli melalui loan plak, korang kena bayar yuran guaman pihak lawyer yg prepare loan documentation. Sama jugak macam proses pindahmilik, lawyer perlu sediakan & sempurnakan loan documentation supaya baki harga belian dapat dikeluarkan oleh pihak bank. Semua ni ada yuran guaman tersendiri yg termaktub dalam solicitors remuneration order.
6. Disbursement (belanja hangus)
Disbursement ni adalah bayaran2 yg perlu dibuat (biasanya kepada peguam) dalam proses utk selesaikan urusan jual beli & pindahmilik. Bayaran kpd pejabat tanah (apply consent, kaveat, daftar pindahmilik, carian hartanah & etc), jbtn insolvensi utk carian kebankrapan, pesuruhjaya sumpah, printing, fotocopy, telefon, faks, transportation & etc. Ia bukanlah bayaran yuran guaman, tetapi bayaran2 yg utk proses pindahmilik disempurnakan sehingga pemilikan ke atas hartanah bertukar drpd nama penjual kpd nama pembeli.
Ini antara bayaran2 yg perlu korang ambik tahu & prepare bila korang nak beli sesuatu property.
Nurul Azree bin Nawi
018-9876765
Lawyer & Takaful Advisor@Educator