13/08/2026
PBTPay: URUSAN PBT TANPA KAUNTER, BAYAR SECARA DALAM TALIAN
PBTPay merupakan portal pembayaran sepusat rasmi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Melalui PBTPay, orang ramai boleh membuat pembayaran pelbagai perkhidmatan PBT di seluruh negara secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat.