Kamal Farhana & Partners

Kamal Farhana & Partners Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kamal Farhana & Partners, Lawyer & Law Firm, 32-BC-16, Menara Q-Sentral 2A, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Petaling Jaya.

This firm’s practice such as commercial transaction, criminal litigation, civil litigation, administration and estates matter, matters involving insurance claims, corporate law and also bankruptcy and creditor’s right matters.

[HUKUMAN & IMPLIKASI UNDANG-UNDANG BERKAITAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL]Perkongsian kali ini, kami akan menjelask...
23/04/2025

[HUKUMAN & IMPLIKASI UNDANG-UNDANG BERKAITAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL]

Perkongsian kali ini, kami akan menjelaskan hukuman serta implikasi undang-undang bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Malaysia.

Memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan, malah boleh mengancam nyawa dan membawa hukuman berat. Kerajaan memandang serius isu ini dan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetatkan undang-undang berkaitan.

SEKSYEN 44 APJ 1987 – Memandu di Bawah Pengaruh Alkohol atau Dadah dan Menyebabkan Kematian
Penjara: Minimum 10 tahun hingga maksimum 15 tahun bagi kesalahan pertama; minimum 15 tahun hingga maksimum 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.
Denda: Minimum RM50,000 hingga maksimum RM100,000 bagi kesalahan pertama; minimum RM100,000 hingga maksimum RM150,000 bagi kesalahan berikutnya.
Lesen digantung: Minimum 10 tahun bagi kesalahan pertama; 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.

SEKSYEN 45A APJ 1987 – Memandu atau Menjaga Kenderaan Motor dengan Kepekatan Alkohol Melebihi Had yang Ditetapkan
Penjara: Sehingga 2 tahun bagi kesalahan pertama; sehingga 5 tahun bagi kesalahan berikutnya.
Denda: Minimum RM10,000 hingga maksimum RM30,000 bagi kesalahan pertama; minimum RM20,000 hingga maksimum RM50,000 bagi kesalahan berikutnya.
Lesen digantung: Minimum 2 tahun bagi kesalahan pertama; minimum 5 tahun bagi kesalahan berikutnya.

Pindaan ini juga menetapkan had alkohol sebanyak 50mg per 100ml darah, lebih ketat berbanding had sebelumnya yang dibenarkan sehingga 80mg per 100ml darah. Jika bacaan melebihi had ini, pemandu boleh ditahan serta-merta.

Semoga perkongsian ini membantu masyarakat memahami implikasi undang-undang dan lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Ditulis oleh:
Muhamad Kamal Adha bin Mohd Harozi
KAMAL FARHANA & PARTNERS

PENAFIAN:
Perkongsian ini hanyalah berbentuk ilmiah dan pencerahan kepada masyarakat awam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan BatinSemoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan,...
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kebahagiaan kepada semua.

Ikhlas daripada
Kamal Farhana & Partners

[Rumah "SUBSALE"]"Subsale" merujuk kepada penjualan semula rumah yang telah dibeli sebelumnya oleh pemilik asal. Dalam b...
09/12/2024

[Rumah "SUBSALE"]

"Subsale" merujuk kepada penjualan semula rumah yang telah dibeli sebelumnya oleh pemilik asal. Dalam bahasa mudahnya tuan rumah jual rumah kepada pemilik baru. Turut dikenali sebagai rumah "second hand".

Situasi yang sering dihadapi oleh pembeli rumah "subsale" adalah:
"Saya dah mula bayar loan bank, kenapa saya masih belum dapat kunci? Bila saya boleh masuk rumah?"
---
Penjelasan

Terdapat dua keadaan yang mana pembeli rumah "subsale" boleh terus dapat kunci setelah pihak bank atau pengeluar pembiayaan mengeluarkan pinjaman atau pembiayaan.

1.⁠ ⁠Pihak penjual tidak mempunyai sebarang hutang dengan pihak bank atau pinjaman.
•⁠ ⁠Dalam keadaan ini, pembeli boleh terus dapat kunci setelah pinjaman mereka dikeluarkan.

2.⁠ ⁠Pihak penjual masih mempunyai hutang atau pinjaman.
•⁠ ⁠Dalam keadaan ini, pihak bank atau pembiayaan pembeli akan membayar baki hutang penjual terlebih dahulu. Apabila baki hutang tersebut diselesaikan, pembeli akan mula membayar ansuran bank mereka. Tetapi, pembeli masih belum layak mendapat kunci atau memasuki rumah tersebut kerana kebiasaan terma dalam Perjanjian Jual Beli adalah, kunci akan diserahkan apabila baki harga belian diselesaikan oleh pembeli.
•⁠ ⁠Pembeli hanya menyelesaikan baki hutang penjual dan masih terdapat baki harga belian yang masih belum diselesaikan. Jadi, terma perjanjian masih belum disempurnakan.
•⁠ ⁠Pembeli akan menerima kunci apabila pihak bank atau pembiayaan mengeluarkan sepenuhnya jumlah pinjaman.
---

Namun, terdapat beberapa keadaan lain juga yang mungkin berlaku iaitu:

1.⁠ ⁠baki hutang penjual melebihi baki harga belian; dan
2.⁠ ⁠baki harga belian melebihi jumlah pinjaman pembeli.

Dalam dua keadaan di atas, kupasan selanjutnya di penulisan. yang seterusnya.

Ditulis oleh:
Nur Fathin Farhana binti Suhaini
KAMAL FARHANA & PARTNERS

PENAFIAN:
Perkongsian ini hanyalah bersifat ilmiah dan akademik kepada masyarakat awam.

Our partners, Kamal Adha and Fathin Farhana together with Dato’ Nazri Mustafa from Messrs. Nazri Azmi Islinda and Mrs. R...
30/08/2022

Our partners, Kamal Adha and Fathin Farhana together with Dato’ Nazri Mustafa from Messrs. Nazri Azmi Islinda and Mrs. Rafidah Razak from Rafidah Razak & Co attended meeting with representative from YB Puan Rodziah binti Ismail for one project in Kajang.

Meeting also attended by various representative from agencies under Selangor State Government.

Our Ipoh Branch is looking for conveyancing clerk. Kindly drop your resume to the respective email.
12/07/2022

Our Ipoh Branch is looking for conveyancing clerk. Kindly drop your resume to the respective email.

07/04/2022

[Makluman Pertukaran Firma Kami Cawangan Ipoh, Perak]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Adalah dimaklumkan disini, firma guaman kami di cawangan Ipoh telah berpindah ke lokasi baharu. Alamat terbaharu firma kami adalah seperti berikut:

No. 8A, Gerbang Rapat 1, Gerbang Maju (Airport Square), 31350 Ipoh, Perak
Nombor telefon:
05-3115766

Sekian. Terima kasih.

[Selamat Hari Raya Aidil Adha] Kami dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha!Dalam keriangan kita meraikan ha...
19/07/2021

[Selamat Hari Raya Aidil Adha]

Kami dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Dalam keriangan kita meraikan hari lebaran ini, sama-sama kita mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP!

Semoga kita menang melawan perang melawan COVID-19 ini!

Sistem TorrensMulai 1 Januari 1966, semua negeri di Semenanjung Malaysia telah mengguna pakai sistem Torrens di bawah Ka...
12/07/2021

Sistem Torrens

Mulai 1 Januari 1966, semua negeri di Semenanjung Malaysia telah mengguna pakai sistem Torrens di bawah Kanun Tanah Negara.

Sistem Torrens telah diguna pakai kerana kelebihannya iaitu kepunyaan hakmilik tanah yang tidak boleh disangkal disamping dapat memudahkan, mempercepatkan dan menjimatkan perbelanjaan bagi segala urusan tanah.

Perkara ini adalah kerana sistem Torrens mengamalkan prinsip-prinsip berikut, setiap tuan tanah akan memegang dokumen hakmilik iaitu geran yang jelas dan dijamin oleh Kerajaan. Geran tersebut mempunyai maklumat lengkap mengenai tuan tanah, syarat dan kepentingan dan segala urusan lain. Segala maklumat tersebut adalah dalam pengetahuan tuan tanah dan semua pihak yang terlibat.

Seterusnya, setiap urusan melibatkan tanah adalah secara pendaftaran melalui borang-borang yang berkaitan. Contohnya borang 14A untuk pindahmilik dan borang 16A untuk gadaian.

Selain itu, hakmilik bagi tanah tersebut dan hak-hak setiap orang yang memegang pajakan atau gadaian adalah tidak boleh disangkal.

Kesimp**annya, berdasarkan sistem Torrens setiap urusan hakmilik tanah adalah melalui pendaftaran di Pejabat Tanah bagi menjamin hak-hak setiap orang yang terlibat bagi hartanah tersebut.

Ditulis oleh:
Nur Fathin Farhana binti Suhaini
KAMAL FARHANA & PARTNERS

PENAFIAN:
Perkongsian ini hanyalah bersifat ilmiah dan akademik kepada masyarakat awam.

*dilampirkan bersama contoh hakmilik yang lengkap didaftarkan di Pejabat Tanah untuk rujukan pembaca.

19/05/2021

[Beza DNAA & DNA]

Perkongsian kali ini, kami akan berkongsi dan menjelaskan maksud DNAA dan DNA.

DISCHARGE NOT AMOUNTING TO ACQUITTAL atau DNAA. Ia bermaksud tertuduh tersebut dilepaskan atas alasan bahawa pihak pendakwaan tidakmahu lagi meneruskan kes tersebut. Alasan lazim yang biasa digunakan ialah fakta kes yang kurang lengkap atau kes ini menemui jalan buntu untuk diteruskan lagi. Namun begitu, tertuduh masih boleh dituduh semula dibawah pertuduhan dan sabitan yang sama dan selagi mana pertuduhan tersebut belum dituduh semula, tertuduh adalah individu bebas dan tiada sebarang rekod jenayah tersebut.

DISCHARGE AND ACQUITTAL atau DNA. Bermaksud tertuduh dilepaskan dan dibebaskan secara total daripada pertuduhan ke atasnya. Kesannya, tertuduh tidak boleh dituduh semula bagi pertuduhan yang lama. Ia selaras dengan peruntukan undang-undang dibawah Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan yang mana sekiranya individu tersebut dibebaskan daripada kesalahan dan sabitan, dia tidak boleh dibicarakan semula.

Melalui perkongsian ini, diharapkan dapat membantu masyarakat awam lebih memahami terma-terma dan prosedur mahkamah.

Ditulis oleh:
Muhamad Kamal Adha bin Mohd Harozi
KAMAL FARHANA & PARTNERS

PENAFIAN:
Perkongsian ini hanyalah berbentuk ilmiah dan pencerahan kepada masyarakat awam.

[Selamat Hari Raya Aidil Fitri] Kami dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin!Dalam keri...
12/05/2021

[Selamat Hari Raya Aidil Fitri]

Kami dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin!

Dalam keriangan kita meraikan hari lebaran ini, sama-sama kita mengekalkan penjarakan sosial dan patuh SOP serta bersama-sama mendoakan saudara se-Islam kita di Palestin.

[Cukai Tanah v. Cukai Petak]Cukai tanah ialah cukai yang dikenakan ke atas tuan tanah bagi "landed property"  sama ada p...
28/04/2021

[Cukai Tanah v. Cukai Petak]

Cukai tanah ialah cukai yang dikenakan ke atas tuan tanah bagi "landed property" sama ada pegangan bebas atau pajakan. Ia perlu dibayar di Pejabat Tanah yang mana caj yang dikenakan adalah mengikut keluasan hartanah tersebut. Setiap hartanah sama ada untuk kediaman, perniagaan dan pertanian, mempunyai caj yang berbeza untuk setiap kaki persegi.

Tempoh pembayaran ialah sebelum 1 Jun bagi setiap tahun dan denda lewat bayar akan dikenakan bagi setiap pembayaran yang dibuat selepas 31 Mei. Termaktub di bawah Kanun Tanah Negara, cukai tanah wajib dibayar oleh tuan tanah setiap tahun.

Manakala cukai petak p**a merujuk kepada hartanah strata. Seperti kondominium dan rumah flat. Bagi hartanah strata, setiap tuan tanah berkongsi nombor geran induk yang sama, tetapi yang membezakan tuan tanah bagi setiap unit kediaman adalah tingkat dan nombor petak masing-masing. Tujuan penggantian cukai tanah kepada cukai petak ini ialah bagi memudahkan urusan pendaftaran kerana pemilik hanya bertanggungjawab terhadap petak masing-masing sahaja.

Perlu diingatkan, cukai petak hanya dikenakan ke atas skim strata yang telah memiliki geran individu. Bagi yang belum, cukai tanah masih tertakluk kepada geran induk yang dikawalselia oleh Joint Management Body (JMB).

Secara konklusinya, cukai tanah dan cukai petak merupakan sebahagian cukai hartanah yang dikenakan ke atas tuan tanah di Malaysia.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada pembaca.

Ditulis oleh:
Nur Fathin Farhana binti Suhaini
KAMAL FARHANA & PARTNERS

PENAFIAN:
Perkongsian ini hanyalah bersifat ilmiah dan akademik kepada masyarakat awam.

*dilampirkan bersama contoh cukai tanah dan cukai petak untuk rujukan pembaca.

Address

32-BC-16, Menara Q-Sentral 2A, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral
Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamal Farhana & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kamal Farhana & Partners:

Share