Fadli Wasiyyah S.Bhd Pakar Perancang Harta pusaka&Hibah

Fadli Wasiyyah S.Bhd Pakar Perancang Harta pusaka&Hibah perancangan harta pusaka, wasiat dan hibah

11/07/2019

RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU
(LOT LIDI / GERAN KONGSI) (SHARE POSTING INI)

PENGENALAN

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca daripada masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan dengan urusan jual-beli hartanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pejabat Tanah dan Galian Selangor ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi ataiu geran kongsi.

TAKRIFAN

LOT LIDI :
Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

PEMEGANG AMANAH :
Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

SURAT PEMEGANG AMANAH :
Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

PUSAKA :
Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI)

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI :

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

PTGS menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.

Sekian perkongsian harini. terima kasih

Alhamdulillah qualified trip
28/06/2019

Alhamdulillah qualified trip

HAYATILAH AYAT INI“…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lag...
25/06/2019

HAYATILAH AYAT INI
“…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” -(surah al munafiqun:10)
apakah sedekah itu?boleh jadi sedekah itu adalah harta pusaka dia yang tidak dapat dimanfaatkan selepas dia mati. Harap kita bukan dikalangan orang yang menyesal kelak.

Apakah cara terbaik saya nak merancang harta pusaka? hibah, wasiat atau faraid? khidmat kami menyeluruh dan lengkap.

Baru-baru ni saya bantu membuat dokumen hibah rumah seorang ibu kepada anaknya kerana risau sebelah suami menghasut nanti bila ibu tiada.

Tahukah anda kami ada program servis PERCUMA kepada waris anda! macam mana tu?
tapi sebelum tu adakah anda tahu siapakah yang berhak ke atas harta pusaka anda jika ikut faraid? apa kata saya beri anda kiraan faraid dan nasihat percuma. Cuma isi maklumat disini FADLI 0129081141 click disini ->
https://kirakanfaraid.wasap.my/

Tahukah anda perwarisan harta pusaka bukan sekadar meninggalkan harta bahkan ia meninggalkan legasi yang akan berkekalan...
15/06/2019

Tahukah anda perwarisan harta pusaka bukan sekadar meninggalkan harta bahkan ia meninggalkan legasi yang akan berkekalan isyallah sehingga akhirat.

Punca isu harta pusaka adalah s**a tunda dan tidak ambil kisah. Cuba hayati ayat ini
“…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” -(surah al munafiqun:10)
boleh jadi sedekah itu adalah harta pusaka dia yang tidak dapat dimanfaatkan selepas dia mati.

Apakah cara terbaik saya nak merancang? hibah, wasiat atau faraid?

tapi sebelum tu adakah anda tahu siapakah yang berhak ke atas harta pusaka anda jika ikut faraid? apa kata saya beri anda kiraan faraid dan nasihat percuma. Cuma isi maklumat disini
https://kirakanfaraid.wasap.my/

Tahukah anda perwarisan harta pusaka bukan sekadar meninggalkan harta bahkan ia meninggalkan legasi yang akan berkekalan...
13/06/2019

Tahukah anda perwarisan harta pusaka bukan sekadar meninggalkan harta bahkan ia meninggalkan legasi yang akan berkekalan isyallah sehingga akhirat.
Berapa juta harta pusaka terbeku? dan berapa ramai orang bergaduh kerana harta pusaka? hadis menyebut " meninggalkan waris anda kaya itu lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin.."

Puncanya adalah s**a tunda dan tidak ambil kisah. Cuba hayati ayat ini
“…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” -(surah al munafiqun:10)
boleh jadi sedekah itu adakah harta pusaka yang tidak dapat dia manfaatkan sehinggalah dia mati.

Apakah cara terbaik saya nak merancang?
Adakah anda tahu siapakah yang berhak ke harta pusaka anda jika ikut faraid? apa kata saya beri anda kiraan faraid dan nasihat percuma. Cuma isi maklumat disini
https://kirakanfaraid.wasap.my/

Assalamualaikum selamat datang ke page saya. Percuma pdf sedikit ilmu perwarisan harta pusaka untuk mudahkan anda meranc...
24/05/2019

Assalamualaikum selamat datang ke page saya. Percuma pdf sedikit ilmu perwarisan harta pusaka untuk mudahkan anda merancang masa hadapan (akhirat anda) klik link dibawah\

http://bit.ly/2keOl4y

Jika anda kenal golongan di bawah ni:
1. Bujang
2. Berkahwin tiada anak
3. Hanya ada Anak Perempuan sahaja
4. Ambil anak angkat
5. Berpoligami
6. Banyak harta dan banyak anak

Maka tag dan share kepada dia kerana dia perlukan rancangan hibah harta dia

jika anda perlu servis atau maklumat lanjut sila wasap saya En Fadlli--> www.wasap.my/60129081141/SalamEnFadli

Inilah kos harta pusaka yang perlu ditanggung waris anda. Tetapi anda mampu membantu waris anda jimat sehingga 80% kos i...
22/04/2019

Inilah kos harta pusaka yang perlu ditanggung waris anda. Tetapi anda mampu membantu waris anda jimat sehingga 80% kos ini. Bagaimana? Keterangan lanjut sila hubungi saya Fadli www.wasap.my/60129081141/SalamEnFadli

Siapa sini waris dia kaya? Jika tak kaya sila komen utk sy bantu rancang harta pusaka.. harta pusaka akan jadi mudah dan...
19/04/2019

Siapa sini waris dia kaya? Jika tak kaya sila komen utk sy bantu rancang harta pusaka.. harta pusaka akan jadi mudah dan murah jika anda rancang semasa hidup. Mati takleh rancang dah.. www.wasap.my/60129081141

Kenapa hibah itu penting? Ramai org tahu hak harta pusaka.. tapi ramai tak tahu hak tanggungjawab pusaka tu.. Anda lebih...
17/04/2019

Kenapa hibah itu penting? Ramai org tahu hak harta pusaka.. tapi ramai tak tahu hak tanggungjawab pusaka tu.. Anda lebih mengenali waris anda siapa yg btgjawab. Kerana itu hibah itu perancangan yg penting. Berilah kepada yang btgjawab

Salam jumaat.. sy dh b*k bidang sales masuk. Loan, coway, unit trust, insuran, med card.. now focus on perwarisan harta ...
12/04/2019

Salam jumaat.. sy dh b*k bidang sales masuk. Loan, coway, unit trust, insuran, med card.. now focus on perwarisan harta pusaka dan hibah dgn property.. hanya perwarisan sahaja klien sampai ckp Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk kita bjumpa.. mmg ini yg sy rancang

Address

Wasiyyah Shoppe Bhd, Dataran Cascade Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fadli Wasiyyah S.Bhd Pakar Perancang Harta pusaka&Hibah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share