Tetuan Habibah Nik and Co

Tetuan Habibah Nik and Co Firma guaman beralamat di PT 1149 T2 Perumahan PKINK Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu Kelantan

Dengarkan dari meja peguam, rakan kongsi kami , Pn.Habibah binti Wahab di Kelantan fm 102.9mhz hari ini
28/11/2025

Dengarkan dari meja peguam, rakan kongsi kami , Pn.Habibah binti Wahab di Kelantan fm 102.9mhz hari ini

Pada 10/4/2025, anakguam kami, Pn. Noor Kayes Hashim Ullah, seorang pelarian etnik Rohingya telah dibebaskan oleh Mahkam...
12/04/2025

Pada 10/4/2025, anakguam kami, Pn. Noor Kayes Hashim Ullah, seorang pelarian etnik Rohingya telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan setelah ditahan selama beberapa tahun, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

Gambar dari kiri:-
En. Collin, En. Nik Nasrun, En. Wafiq, Pn. Noor Kayes, Tn.Rafiq, En. Devan, En.Haziq, Penterjemah UNHCR, Pn. Syafiqah dan wakil Yayasan Chow Kit

P/s: Dilampirkan alasan ringkas pembebasan anakguam untuk tujuan akademik

13/02/2025

Sejak penubuhan pada 2012 YBGK beri perkhidmatan mantap kepada individu terlibat kes jenayah.

11/02/2025

Menurut Kaedah 12 Kaedah Mahkamah Rayuan 1994, tempoh masa memfailkan Notis Rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil ke Mahkamah Rayuan ialah selama 30 hari daripada tarikh keputusan.

Manakala menurut Kaedah 58 Kaedah sama iaitu tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah ke Mahkamah Rayuan ialah 14 hari sahaja daripada tarikh keputusan.

Tahukah anda?Menurut s. 326 (1B) Kanun Tanah Negara, Pentadbir Tanah berhak untuk memotong sesuatu kaveat persendirian k...
26/01/2025

Tahukah anda?

Menurut s. 326 (1B) Kanun Tanah Negara, Pentadbir Tanah berhak untuk memotong sesuatu kaveat persendirian keatas hartanah selepas sahaja tempoh 2 bulan daripada tarikh yang dinyatakan pada Borang 19C diserahkan, melainkan Pentadbir Tanah tersebut telah diserah dengan perintah Mahkamah untuk melanjutkan masa dalam Notis tersebut?

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai persoalan undang-undang, sila hubungi kami melalui Whatsapp di 013-924 0275 untuk mendapatkan temujanji dan nasihat perundangan.

Tahukah anda? Menurut kes Chik Embong lwn. Mohamad Jalil Mutafa yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Sya...
26/01/2025

Tahukah anda?

Menurut kes Chik Embong lwn. Mohamad Jalil Mutafa yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada tahun 2020, permohonan seorang ibu untuk menarik balik hibah sebuah hartanah kepada anaknya telah ditolak oleh Mahkamah kerana penerima hibah telah membuat penambahan kedai runcit, ruang tamu, garaj kereta, serambi dan bahagian depan rumah.

Rujukan perlu dibuat kepada Mazhab Syafie dalam kitab Mughni al-Muhtaj , Al Hibah jilid 3 hlm 570 yang menyatakan "sekiranya pemberi hibah hilang pemilikan ke atas barang hibah itu, dan kemudian pemilikan harta yang dihibah itu kembali semula kepadanya, barang itu tidak boleh ditarik balik mengikut pendapat yang asoh, dan jika harta yang dihibahkan berlaku pertambahan, maka barang itu boleh ditarik balik bersama pertambahannya yang bersambung dan tidak pertambahan yang terpisah (dari barang hibah yang asal)."

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai persoalan undang-undang, sila hubungi kami melalui Whatsapp di 013-924 0275 untuk mendapatkan temujanji dan nasihat perundangan.

Sekian, terima kasih.

Address

1149 T2 Perumahan PKINK
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Habibah Nik and Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share