10/05/2025
Lantikan Semula Ketua Pesuruhjaya SPRM, tapi nak share sikit kalau Private Sector, ada 1 Keperluan Undang-Undang wajib dipatuhi iaitu:-
Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Pindaan 2018]
PUTRAJAYA, 9 Mei – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa pada 13 Mei ini untuk tempoh satu tahun.
Sumber: Malaysia Gazette
Sumber gambar: Bernama