Nazir & Associates

Nazir & Associates Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nazir & Associates, Legal, Unit A36, D’Streetmall, Persiaran Seriemas Utama, Kota Seriemas, Nilai.

02/04/2022

Salam Ramadhan buat semua. Semoga ibadah kita diterima Allah swt 🙏🏻

19/07/2021

Salam Aidiladha. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini. Insyaallah, amin..

Waris-waris lelaki ada 15 orang semuanya, iaitu:1) Anak lelaki2) Cucu lelaki dari sebelah anak lelaki dan seterusnya ke ...
03/05/2021

Waris-waris lelaki ada 15 orang semuanya, iaitu:

1) Anak lelaki
2) Cucu lelaki dari sebelah anak lelaki dan seterusnya ke bawah
3) Bapa
4) Datuk dari sebelah bapa dan seterusnya ke atas
5) Saudara kandung lelaki seibu sebapa
6) Saudara lelaki sebapa
7) Saudara lelaki seibu
8) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
9) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
10) Bapa saudara yg seibu dan sebapa dgn bapa
11) Bapa saudara yg sebapa dgn bapa
12) Anak lelaki kepada bapa saudara yg seibu dan sebapa dgn bapa
13) Anak lelaki kepada bapa saudara yg sebapa dgn bapa
14)Suami
15) Lelaki yg membebaskan hamba

Waris-waris dari kalangan perempuan p**a ada 10 org semuanya iaitu:

1) Anak perempuan
2) Cucu perempuan dari sebelah anak lelaki dan seterusnya ke bawah
3) Ibu
4) Nenek sebelah ibu
5) Nenek sebelah bapa
6) Saudara perempuan seibu dan sebapa
7) Saudara perempuan sebapa
8) Saudara perempuan seibu
9) Isteri
10) Perempuan yg membebaskan hamba

Jika berhimpun semua waris lelaki di atas, maka yg akan mewarisi 3 org sahaja iaitu:

1) Bapa
2) Anak lelaki
3) Suami

Jika berhimpun semua waris perempuan di atas, maka yg akan mewarisi ialah 5 org sahaja iaitu:

1) Anak perempuan
2) Cucu perempuan
3) Ibu
4) Saudara perempuan seibu sebapa
5) Isteri

Dalam menuntut fasakh, isteri harus mengemukakan bukti bagi menguatkan dakwaannya. Sekiranya isteri dipukul dan didera, ...
29/04/2021

Dalam menuntut fasakh, isteri harus mengemukakan bukti bagi menguatkan dakwaannya. Sekiranya isteri dipukul dan didera, isteri hendaklah:

1. Segera mendapatkan rawatan dan juga laporan perubatan dari hospital kerajaan

2. Buat aduan di balas polis dengan mengemukakan surat laporan perubatan yg telah diterima dari hospital

3. Bagu mengukuhkan lagi tuntutan, disarankan agar isteri pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dimana Pegawai Kebajikan Masyarakat akan membawa mangsa (isteri) ke Mahkamah Syariah untukmendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya suami dilarang mengganggu isteri.

Isteri perlu melakukan tindakan-tindakan di atas kerana jika tidak, maka akan s**arlah bagi isteri meyakinkan mahkamah akan dakwaannya.

Syarat-syarat taklik tambahan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja, sama ada sewaktu bernikah ataupun setelah lama be...
15/02/2021

Syarat-syarat taklik tambahan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja, sama ada sewaktu bernikah ataupun setelah lama berkahwin.

Bagi melindungi hak-hak isteri setelah menjalani alam rumahtangga, bakal isteri disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan bakal suaminya untuk mempersetujui untuk membuat taklik tambahan.

Bakal isteri boleh meletakkan beberapa syarat taklik tambahan seperti melarang suami dari memadu cinta dengan wanita lain, atau daripada memaksa isteri untuk berhenti kerja selepas berkahwin. Setelah dipersetujui bakal suami, maka drafkanlah surat taklik talak tambahan tersebut, yang akan dibaca dan ditandatangani sejurus selepas akad nikah dilangsungkan.

Begitu juga dengan isteri yang telah lama berkahwin, anda masih tetap boleh memohon suami melafazkan taklik tambahan termasuklah melarang suami dari berkahwin lain tanpa izinnya.

Dalam isu-isu kekeluargaan, orang Islam harus ke Mahkamah Syariah bagi mana-mana kes yang mana kedua-dua pihak beragama ...
11/02/2021

Dalam isu-isu kekeluargaan, orang Islam harus ke Mahkamah Syariah bagi mana-mana kes yang mana kedua-dua pihak beragama Islam. Ia termasuklah isu-isu harta yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam.

Dalam isu harta pusaka p**a, pentadbiran harta pusaka adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah hanya menguruskan pembahagian harta pusaka (mengeluarkan sijil faraid).

Akan tetapi, perintah perlaksanaan ke atas harta pusaka tersebut adalah dibuat oleh Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil yang akan mengeluarkan perintah perlaksanaan ke mana-mana pihak seperti pejabat tanah daerah, bank-bank dan sebagainya untuk melaksanakan pembahagian harta pusaka berkenaan.

10/02/2021

Pengesahan pernikahan perlu dilakukan sekiranya perkahwinan tersebut dilakukan di luar negara tidak dilakukan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia.

Mengapa perlu difailkan?
Ianya penting untuk menentukan samada pernikahan tersebut sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf di bawah undang-undang Malaysia.

Di manakah perlu difailkan?
Permohonan perlu difailkan di Mahkamah yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

Masalah perundangan yg bakal dihadapi sekiranya pengesahan tidak dilakukan:
1. Status perkahwinan dianggap tidak sah
2. Tidak dapat mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran
3. Sukar menuntut hak dalam tuntutan perceraian seperti hak penjagaan anak, nafkah anak dan isteri, harta sepencarian dan lain-lain
4. Kes**aran untuk memperbaharui passport atau visa dgn pihak berkuasa jika pasangan adalah warganegara asing.

Menurut Islam, tanggungjawab membuat kerja-kerja di rumah sebenarnya adalah tanggungjawab suami. Ia bukan tanggungjawab ...
08/02/2021

Menurut Islam, tanggungjawab membuat kerja-kerja di rumah sebenarnya adalah tanggungjawab suami. Ia bukan tanggungjawab isteri. Sekiranya isteri mahu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya, ia hanyalah atas dasar s**arela isteri untuk menolong suami.

Menurut hukum fikah, sekiranya isteri enggan melakukan kerja-kerja di rumah, suami harus menyediakan pembantu rumah.

Justeru, isteri tidaklah boleh dianggap sebagai mengingkari perintah suami apatah lagi nusyuz sekiranya isteri keberatan untuk melakukan sesuatu kerja di rumah.

Walaupun membuat kerja-kerja di rumah bukan merupakan tanggungjawab isteri, namun isteri boleh saja membuatnya. Sememangnya dianjurkan agar ada sikap tolong menolong antara suami isteri. Namun suami harus menganggapnya sebagai sumbangan isteri dalam meringankan beban suami.

Berdasarkan prinsip ini, maka Islam menganggap isteri mempunyai hak terhadap harta suami kerana isteri telah memberi sumbangan secara tidak langsung terhadap keupayaan suami untuk membuat dan memiliki harta. Tanpa sumbangan isteri dalam membantu menguruskan hal-ehwal rumahtangga, keadaan rumah dan anak-anak menjadi tidak terurus, maka s**ar bagi suami untuk menumpu perhatian dalam mendapatkan dan memiliki harta.

Dengan yang demikian, harta yang dimiliki oleh suami di sepanjang perkahwinan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN ANTARA SUAMI ISTERI.

Terdapat beberapa hak suami di dalam sebuah perkahwinan namun diantaranya adalah: Hak Ketaatan:Apa yg dimaksudkan dengan...
07/02/2021

Terdapat beberapa hak suami di dalam sebuah perkahwinan namun diantaranya adalah:

Hak Ketaatan:
Apa yg dimaksudkan dengan ketaatan disini bukan hanya sekadar mematuhi segala kehendak si suami sahaja, yg meliputi segala suruhan dan larangannya, kerana kepatuhan itu merupakan sebahagian dari ketaatan yg diperlukan. Tetapi ia juga merangkumi sifat menghormatinya, melayaninya dengan baik serta mewujudkan suasana hidup berumahtangga yg tenang.

Walaupun begitu perlulah difahami bahawa apapun bentuk ketaatan, si isteri tidak harus tunduk atau setuju dgn pandangan dan kehendak suaminya yg bertentangan agama atau yg disebut sebagai amalan maksiat sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w yg bermaksud:

“Tidak harus taat kepada seseorg pada perkara-perkara maksiat, sesungguhnya taat itu hanya pada perkara-perkara kebajikan sahaja”.

Melayan Keperluan Batin tidak seharusnya diabaikan sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yg bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yg kamu s**a”.

Dan seorg isteri perlu memelihara kehormatan dan harta benda suaminya terutamanya ketika ketiadaan suaminya di rumah.

Kerana dengan itu suami dan isteri dapat menikmati kasih sayang, kemesraan dan kebahagiaan..
06/02/2021

Kerana dengan itu suami dan isteri dapat menikmati kasih sayang, kemesraan dan kebahagiaan..

Pemberian mas kahwin bukanlah menjadi rukun nikah, namun hukumnya WAJIB. Ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t dalam...
04/02/2021

Pemberian mas kahwin bukanlah menjadi rukun nikah, namun hukumnya WAJIB. Ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa’ 4:4 yang bermaksud:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan s**a hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.”

Nafkah dari sudut istilah bermaksud mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya termasuklah semua hajat dan keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, ibadat, pelajaran dan sebagainya. Namun nafkah yang wajib bagi suami ke atas isteri ada 3 perkara iaitu:

1. Tempat Tinggal- Surah At-Talaq Ayat 65 yang bermaksud:
“.. tempatkanlah isteri-isteri kamu di tempat kediaman kamu, sesuai dengan kemampuan kamu.”
2. Makanan
3. Pakaian

Ketiga-tiga kewajipan ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w pada Haji Wida, dimana Baginda bersabda yang bermaksud:
“ Kewajipan suami terhadap isteri memberi makanan dan pakaian menurut yang patut”.

Perkahwinan atau pernikahan adalah suatu aqad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan perempuan yang...
03/02/2021

Perkahwinan atau pernikahan adalah suatu aqad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dan dengannya timbullah hak serta kewajipan antara kedua-dua mereka.

Sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran Di dalam Surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hai orang2 muda, sesiapa diantara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan itu dapat mengawal mata dan kemaluan.) Barang siapa yg tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Address

Unit A36, D’Streetmall, Persiaran Seriemas Utama, Kota Seriemas
Nilai
71800

Telephone

+60192320777

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazir & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category