AB HALIM & Associates

AB HALIM & Associates PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN PAHANG, PERUNDING KELUARGA

17/02/2026

CERAI FASAKH : ALASAN-ALASAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG

Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut:
1. Tempat di mana suami berada telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.
2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.
4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.
5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.
6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.
7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak pwrkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.
8. Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;
a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.
b) Berkawan dengan perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.
c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada meggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta tersebut.
e) Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.
f) Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.
9. Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.
10. Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.
11. Pada masa perkahwinan iti walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.
12. Apa2 alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

12/07/2025

SOALAN : Bagaimanakah kaedah pembahagian harta pusaka?
1. Bagi orang Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Al-Quran iaitu hukum faraid.

2. Bagi orang bukan Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Akta Pembahagian 1958.

3. Harta pusaka juga boleh dibahagikan secara muafakat iaitu persetujuan oleh semua waris.

SOALAN : Apakah perintah pusaka?
Perintah pusaka adalah dokumen yang dikeluarkan setelah perbicaraan harta pusaka selesai.
Borang-borang yang akan dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah setelah perbicaraan selesai:-
- Borang E (bagi pelantikan Pemilik)
- Borang F (bagi pelantikan Pentadbir)

SOALAN : Di manakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat?

Tuntutan harta sepencarian oleh isteri / bekas isteri peneroka boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah di mana pemohon bermastautin.

SOALAN : Apakah perbezaan antara Pemilik dan Pentadbir?

Pemilik merupakan individu yang berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang dimilikinya (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang merupakan miliknya sepenuhnya.
Pentadbir tidak berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang ditadbir (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang mestilah dibahagikan sesama waris-warisnya mengikut perintah pusaka.

SOALAN : Bolehkah lot ladang peneroka dipecahbahagi kepada seseorang atau lebih?

Tidak boleh dipecahbahagi sepanjang masa berdasarkan Seksyen 15(1) Akta GSA 1960.

SOALAN 1 : Apakah harta peneroka FELDA?Harta yang dimiliki oleh peneroka yang terdiri daripada harta alih dan harta tida...
12/07/2025

SOALAN 1 : Apakah harta peneroka FELDA?
Harta yang dimiliki oleh peneroka yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih.

Harta alih : duit tunai, kenderaan, duit pelaburan KPF, duit simpanan bank, Duit Hasil Pendapatan Kebun, Sara Hidup dll.
Harta tak alih : lot rumah, Rumah dan lot ladang peneroka.

SOALAN 2 : Siapakah waris yang berhak menuntut harta peneroka FELDA setelah kematian peneroka?
Ayah
Ibu
Isteri
Bekas isteri/Bekas Suami
Anak (lelaki dan perempuan)

https://www.felda.gov.my/peneroka/sumbangan-sosioekonomi/pewarisan


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

15/05/2025

Lafaz Talak Secara Live di Media Sosial: Satu Pandangan Syariah dan Etika

Baru-baru ini, tular satu klip video di media sosial di mana seorang suami melafazkan talak dua terhadap isterinya secara live di TikTok. Isu ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengecam, ada yang bingung, dan tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar "content".

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan agar masyarakat tidak terkeliru dengan isu sebegini.

1. Talak Tetap Talak Walau Di Mana Lafaznya Lafaz talak yang jelas dan dilakukan dengan niat (sengaja) adalah sah di sisi hukum syarak walaupun tidak dilafazkan di mahkamah. Ini termasuk talak yang dilafazkan melalui media sosial, sama ada secara live, video rakaman, mesej bertulis atau sebagainya. Maka, lafaz talak di TikTok tetap berpotensi dianggap sah, bergantung kepada fakta dan niat yang akan dinilai oleh Hakim Mahkamah Syariah.

2. Talak Mesti Difailkan di Mahkamah Syariah Perlu difahami bahawa suatu perceraian tidak diiktiraf secara rasmi tanpa melalui proses pengesahan di Mahkamah Syariah. Ini kerana, hanya Mahkamah yang berbidang kuasa boleh menentukan sama ada lafaz itu sah atau sebaliknya, dan untuk mengeluarkan perintah perceraian secara rasmi. Kegagalan melaporkan lafaz talak juga boleh membawa kesan perundangan kepada pihak suami kerana melafazkan talak tanpa kebenaran mahkamah dan dibuat diluar mahkamah.

3. Kesucian Institusi Perkahwinan Tidak Patut Dijadikan Konten. Lafaz TALAK bukan bahan gurauan, apatah lagi tontonan umum. Menjadikannya konten untuk meraih 'like' atau perhatian adalah satu bentuk pencemaran terhadap institusi kekeluargaan Islam, yang sepatutnya didasari dengan tanggungjawab dan maruah.

4. Perlu Rujukan kepada Pihak Berautoriti jika anda menghadapi isu rumah tangga, rujuklah kepada peguam syarie, kaunselor berdaftar, atau terus ke Mahkamah Syariah untuk nasihat dan tindakan yang sewajarnya. Elakkan menyelesaikan perkara besar seperti talak di ruang awam atau media sosial yang hanya akan memburukkan keadaan.

Kesimp**an:
Talak bukan mainan. Talak bukan kandungan hiburan. Ia adalah keputusan yang memberi kesan besar kepada kehidupan, anak-anak, dan masa depan. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih matang dan hormat kepada nilai-nilai kekeluargaan yang Islam syariatkan.

14/05/2025

🌟 Hak Jagaan Anak: Tindakan Awal untuk Masa Depan Anak Anda 🌟

Pernahkah anda terfikir tentang hak jagaan anak selepas perceraian?

Mungkin ramai yang beranggapan isu ini akan selesai dengan mudah.

Namun sebenarnya, ia melibatkan banyak perkara penting yang perlu difikirkan, terutama tentang masa depan anak-anak kita.

Hak jagaan bukan sekadar soal siapa yang menjaga anak, tetapi juga berkait rapat dengan hak untuk memberikan mereka persekitaran yang terbaik merangkumi pendidikan, emosi, dan kebajikan mereka.

Dalam banyak kes, hak jagaan diberikan berdasarkan bukti dan hujah yang kukuh, bukan hanya sekadar siapa yang lebih layak di mata undang-undang.

Walaupun keutamaan hak jagaan anak di bawah umur mumayyiz diberikan kepada ibu, namun si ibu boleh hilang kelayakan sebagai penjaga (hadhinah) atas beberapa faktor seperti berkahwin lain dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak-anak yang orang itu dilarang berkahwin dengan mereka, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan anak-anak tersebut.

💡 Apa yang perlu anda tahu:
1. Hak Jagaan Bersama:Apa itu dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kedua ibu bapa?
2. Keperluan Emosi Anak: Mengapa hak jagaan bukan sekadar soal tempat tinggal, tetapi juga kestabilan emosi mereka.
3. Langkah-Langkah Praktikal: Apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan hak jagaan anak.

Tindakan awal boleh menjadi penentu kepada masa depan anak-anak anda.

Jangan biarkan keputusan dibuat tanpa anda bertindak.

Jika anda seorang profesional yang serius dalam memastikan kebajikan dan masa depan anak anda diurus dengan betul, bertindaklah segera perjuangkan hak anak anda.

Hak anak adalah hak anda juga. Bertindaklah sekarang.



01/05/2025

Suami (A) ada buat lafaz taklik: "Jika isteri (B) keluar rumah tanpa izin, jatuh talak satu."

Tapi sebelum B sempat keluar rumah, A dah lafaz talaq: "Aku ceraikan kau."

Jika suami melafazkan talaq terlebih dahulu (sebelum syarat taklik berlaku), maka talaq itu sah dan berlaku, dan lafaz taklik selepas itu tidak lagi relevan untuk kes tersebut. Ini kerana lafaz taklik hanya akan menyebabkan jatuhnya talak jika syaratnya dipenuhi, tetapi jika talak telah pun dilafazkan terlebih dahulu secara jelas, maka taklik tidak sempat berfungsi.

Keputusan: Talak itu jatuh berdasarkan lafaz talaq yang jelas, bukan melalui taklik. Dan kerana talak dah jatuh, taklik tadi menjadi tidak terpakai — sebab tiada lagi ikatan suami isteri untuk taklik itu berfungsi.

Nota penting: Isu-isu begini sangat sensitif dan kesan hukum dia besar. Walaupun secara asasnya begitu, lebih baik rujuk kepada Mahkamah Syariah atau pejabat agama untuk pengesahan sah atau tidaknya talak tersebut secara rasmi — terutama jika ada pertikaian, niat, atau keraguan.

28/04/2025

"Kalau ikutkan kita dah lama cerai..."

satu lafaz yang cukup meruntun hati seorang isteri.

Seorang isteri datang mengadu, wajahnya suram, suara bergetar menahan sebak.
A
Katanya, suaminya pernah melafazkan:
"Kalau ikutkan kita dah lama cerai."
Tapi selepas itu, suami tidak pernah membawa hal ini ke mana-mana.

Mereka masih tinggal sebumbung, namun di hatinya penuh dengan tanda tanya.

Apakah lafaz itu sudah menjadikan dia seorang isteri yang telah tertalak?

Adakah kehidupannya sekarang dalam keraguan?
Aa
Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana dengan maruah dirinya?

Sebagai peguam syarie, saya menasihatinya dengan tenang:1

"Puan, untuk menjaga kejelasan status perkahwinan puan, adalah penting untuk memfailkan Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai di luar mahkamah.

Ini bukan soal percaya atau tidak percaya, ini soal memelihara agama, kehormatan dan keturunan."

Langkah-langkah yang perlu puan lakukan:

1. Dapatkan khidmat peguam syarie untuk membantu dalam proses permohonan ini.

2. Failkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk pengesahan lafaz cerai tersebut.

3. Bawa saksi atau bukti (jika ada) yang berkaitan dengan lafaz itu.

4. Mahkamah akan mendengar keterangan suami dan isteri sebelum membuat keputusan sama ada lafaz itu menjatuhkan talak ataupun tidak.

Ingat, dalam soal perkahwinan,
keraguan mesti diselesaikan,
bukan dipendamkan.

Jangan biarkan diri hidup dalam teka-teki.
Cari jawapan melalui jalan yang sah.
Semoga Allah mudahkan setiap urusan dan melindungi setiap rumah tangga kita.



24/04/2025

Soalan : "Kalau taklik kan...contoh macam suami kata..kalau kau ada contact si polan ni jatuh talak 1..

Katakanlah...kalau kawan saya contact si polan ni bagi pihak saya .adakah jatuh juga talak tersebut?"

Soalan ni berkait dengan taklik talaq, iaitu satu bentuk pernyataan di mana suami meletakkan syarat tertentu yang jika berlaku, maka jatuhlah talak.

Contoh:
"Kalau kau contact si polan ni, jatuh talak satu."

Dalam hal ni, yang penting untuk difahami ialah niat dan lafaz suami, serta apa maksud "contact" dalam konteks tersebut.

Kalau orang lain contact bagi pihak isteri?

Majoriti ulama berpendapat bahawa:

Kalau taklik itu lafaznya spesifik pada isteri sahaja ("kalau kau contact si polan"), maka tak jatuh talak kalau orang lain yang contact, selagi isteri tak buat sendiri perbuatan tu.

Tapi kalau niat suami masa melafazkan tu memang meliputi isteri ‘menghubungi melalui orang lain’, atau memang difahami begitu dalam situasi tu, maka boleh jatuh talak.

Jadi, niat dan maksud suami sangat penting. Kalau niat suami memang melarang semua bentuk usaha menghubungi—sama ada direct atau indirect—maka tindakan kawan tu mewakili isteri, dan talak boleh jatuh.

Langkah terbaik?

Situasi macam ni elok dirujuk kepada Mahkamah Syariah atau pejabat agama untuk penjelasan lanjut, sebab setiap kes boleh berbeza ikut niat dan bukti.

Barang Kemas, Perabot & Barang Dapur – Harta Sepencarian atau Bukan?Kereta tiada.Rumah pun tiada. Nak tuntut apa sebagai...
22/04/2025

Barang Kemas, Perabot & Barang Dapur – Harta Sepencarian atau Bukan?

Kereta tiada.
Rumah pun tiada.
Nak tuntut apa sebagai harta sepencarian?

Ramai menyangka harta sepencarian itu hanya merujuk kepada rumah, kereta dan tanah.

Namun, tahukah anda; perabot, barang dapur, atau barang kemas juga boleh dituntut sebagai harta sepencarian?

Jawapannya: boleh, bergantung kepada sumbangan dan kegunaan bersama.

⚖️ Di sisi undang-undang, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

“Harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan hasil sumbangan satu pihak atau kedua-duanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.”

Definisi ini termaktub dalam Seksyen 2, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri.

Maka, walaupun barang-barang ini nampak kecil, jika ia:
✅ dibeli semasa perkahwinan,
✅ digunakan bersama dalam rumah tangga,
✅ atau melibatkan sumbangan kewangan isteri,

ia boleh dikira sebagai harta sepencarian yang sah untuk dituntut.

✴️ Perabot dan barang elektrik – Jika dibeli semasa hidup bersama dan digunakan dalam rumah tangga, ia boleh dituntut walaupun dibayar sepenuhnya oleh suami.

✴️ Barang dapur & keperluan rumah – Mesin basuh, peti sejuk, dapur gas, dll – semua ini dikira harta sepencarian jika digunakan bersama.

✴️ Barang kemas – Jika diberi sebagai hadiah peribadi, ia milik mutlak isteri. Tapi jika dibeli bersama sebagai simpanan atau pelaburan, ia boleh dituntut.

Jangan pandang kecil.
Bila ada bukti, seperti resit, penyata bank atau saksi — barangan ini boleh diberi nilaian oleh Mahkamah.

Harta sepencarian bukan hanya tentang rumah & kereta. Kadangkala ia juga ada dalam rumah kita.😁

RUMAH ATAS NAMA SUAMI – ISTERI BOLEH TUNTUT KE?Dalam rumah tangga, seringkali berlaku, pasangan membeli rumah atas nama ...
21/04/2025

RUMAH ATAS NAMA SUAMI – ISTERI BOLEH TUNTUT KE?

Dalam rumah tangga, seringkali berlaku, pasangan membeli rumah atas nama satu pihak sahaja, contohnya suami. Tapi selepas itu, isteri turut menyumbang; ada yang bantu bayar deposit, baiki dapur, buat kabinet, tampung bayaran ansuran, atau tambah baik bahagian rumah.

Persoalannya: adakah isteri ada hak untuk tuntut harta sepencarian walaupun nama tiada dalam geran?

Jawapannya: YA, boleh.

Dalam kes harta sepencarian, Mahkamah Syariah akan nilai bukan semata-mata pada pemilikan nama di atas geran, tapi berdasarkan sumbangan langsung atau tidak langsung.

Menurut Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan.

Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Maka, walaupun rumah itu dibeli atas nama suami, tetapi isteri menyumbang secara kewangan (termasuk ubah suai rumah, bina dinding, pasang pagar, tambah bilik dll), mahkamah boleh perintahkan bahagian tertentu diberi kepada isteri.

Bahkan ada kes yang mana isteri hanya bantu urus rumah tangga dan jaga anak pun boleh diberi bahagian tertentu kerana itu juga dikira sumbangan tidak langsung.

Namun begitu, setiap kes bergantung pada bukti. Gambar, resit, penyata bank, dan saksi boleh menguatkan tuntutan.

Hak tidak datang dengan sendirinya – ia perlu dituntut melalui saluran yang betul dan sah di sisi undang-undang.



21/04/2025

“Rumah tu atas nama suami, saya takde hak ke?”
Soalan ni paling kerap saya dengar.

Jawapannya: Harta sepencarian tak terhad kepada tuntutan atas nama kedua-dua pihak.

Jika isteri menyumbang secara langsung (duit) atau tidak langsung (jaga rumah, anak, sokong suami), dia masih ada hak untuk tuntut harta sepencarian.

Yang penting: BUKTI.

Bawa bukti ke Mahkamah dan perjuang hak anda.💼



18/04/2025

Ramai yang masih bertangguh.

"Biar dulu… belum sempat urus."
"Nanti-nanti lah, tak nak gaduh adik-beradik."
"Saya rasa kita dah setuju kot, tak perlu buat formal..."

Ramai antara kita abaikan dua perkara penting ini —
1) Faraid dan
2) Hibah.

Urusan faraid dan hibah bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar 'harta dunia' — tapi amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Dua instrumen yang boleh jadi asbab keluarga terus harmoni… atau sebaliknya.

🔹 Faraid adalah hukum Allah. Ia wajib dilaksanakan sebaik sahaja seseorang meninggal dunia dan meninggalkan harta. Mengabaikannya adalah satu pengabaian terhadap hak waris dan perintah Allah.

🔹 Hibah p**a ruang merancang semasa hidup. Ia bukan untuk “melangkaui faraid”, tetapi satu kaedah yang diiktiraf syarak untuk memastikan harta diagih dengan bijaksana, terutama dalam situasi tertentu seperti anak angkat, isteri kedua, atau waris yang memerlukan lebih perhatian.

📌 Khutbah hari ini mengingatkan kita supaya
JANGAN BERTANGGUH!
– Jika ada harta, rancang.
– Jika belum tahu, bertanya.
– Jika was-was, dapatkan pandangan pakar.

💬 Ramai keluarga musnah kerana lambat bertindak.
☀️ Ramai juga yang tenang selepas harta selesai diurus ikut hukum.

Yang mana satu pilihan anda?

🧾 Jangan tunggu reda. Reda datang selepas keadilan ditunaikan.

Address

PT 8022-1, Jalan BBN 5/3A, TAMAN DESA JASMIN
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60136075115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AB HALIM & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AB HALIM & Associates:

Share

Category