Peguam Syarie - Ahmad Muhammad & Associates

Peguam Syarie - Ahmad Muhammad & Associates Pejabat Peguam Syarie Muar, Pejabat Peguam Bandar Baru Bangi, Peguam Syarie Selangor,Peguam Syarie
(1)

Ramai yang ingat bila dah sah bernikah di luar negara, semuanya selesai. Sebenarnya, perkahwinan tersebut masih perlu di...
07/08/2026

Ramai yang ingat bila dah sah bernikah di luar negara, semuanya selesai. Sebenarnya, perkahwinan tersebut masih perlu didaftarkan dan disahkan di Malaysia mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kalau tak buat pengesahan, boleh timbul pelbagai masalah seperti sukar nak urus sijil kelahiran anak, tuntutan harta sepencarian, nafkah, perceraian, faraid dan urusan lain yang melibatkan status perkahwinan. Jangan tunggu sampai ada masalah baru nak urus.

Kalau anda atau ahli keluarga masih belum buat Pengesahan Nikah Luar Negara dan tak pasti macam mana prosesnya, kami sedia membantu. Hubungi kami di https://wa.me/601115460249 untuk pertanyaan dan khidmat nasihat.

Ramai ingat selepas bercerai, semuanya sudah selesai. Hakikatnya, anda mungkin masih berhak membuat tuntutan harta sepen...
31/07/2026

Ramai ingat selepas bercerai, semuanya sudah selesai. Hakikatnya, anda mungkin masih berhak membuat tuntutan harta sepencarian jika sepanjang perkahwinan anda turut menyumbang, sama ada dari segi kewangan, tenaga atau pengorbanan dalam membina kehidupan bersama.

Jika tidak dituntut, anda mungkin kehilangan hak ke atas harta yang sepatutnya menjadi milik anda. Ingat, menuntut harta sepencarian bukan bermaksud tamak, tetapi mendapatkan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang.

๐Ÿ“ž Nak tahu sama ada anda layak membuat tuntutan? Hubungi kami di https://wa.me/60177978283 untuk khidmat nasihat.

Dalam Islam, poligami memang diharuskan. Tapi harus bukan bermaksud semua orang layak melaksanakannya.Poligami datang be...
30/07/2026

Dalam Islam, poligami memang diharuskan. Tapi harus bukan bermaksud semua orang layak melaksanakannya.

Poligami datang bersama tanggungjawab yang besar. Suami perlu mampu berlaku adil, memberi nafkah yang mencukupi dan menjaga kebajikan setiap isteri serta anak-anak. Kalau syarat ini tidak mampu dipenuhi, kesannya bukan sahaja kepada keluarga, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat seperti konflik rumah tangga, pengabaian anak-anak dan peningkatan kes perceraian.

Sebab itu, sebelum membuat keputusan untuk berpoligami, fahami dahulu hak, tanggungjawab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.

๐Ÿ“ž Ada soalan berkaitan poligami atau undang-undang keluarga Islam? Hubungi kami di https://wa.me/60177978283

30/07/2026

sebelum membuat keputusan untuk berpoligami, fahami dahulu hak, tanggungjawab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.

๐Ÿ“ž Ada soalan berkaitan poligami atau undang-undang keluarga Islam? Hubungi kami di https://wa.me/60177978283

Sekali pukul, mungkin orang kata โ€œdia tengah marahโ€. Tapi kalau perkara itu berulang, jangan anggap ia perkara biasa dal...
28/07/2026

Sekali pukul, mungkin orang kata โ€œdia tengah marahโ€. Tapi kalau perkara itu berulang, jangan anggap ia perkara biasa dalam rumah tangga.

Kekal dalam hubungan yang penuh keganasan boleh memberi kesan besar kepada emosi, keyakinan diri dan keselamatan pasangan. Anak-anak yang membesar dalam suasana sebegini juga boleh terkesan.

Rumah tangga sepatutnya menjadi tempat untuk rasa selamat, bukan tempat untuk hidup dalam ketakutan.

Kalau anda atau orang terdekat sedang berdepan masalah rumah tangga seperti ini dan perlukan nasihat tentang pilihan yang ada, dapatkan bantuan dan nasihat yang sewajarnya.

๐Ÿ“ž Untuk pertanyaan: https://wa.me/60177978283

27/07/2026

PERKAHWINAN DAH JADI TOXIC?

Perlu ke terus bertahan?

Jika anda sentiasa hidup dalam tekanan, disakiti, diabaikan atau pasangan tidak mahu berubah...

Anda mungkin ada pilihan.

FASAKH
Salah satu jalan yang boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu.

๐Ÿ“ž Pertanyaan: https://wa.me/60177978283

Jangan pendam seorang diri. Dapatkan nasihat yang betul.

Perkahwinan memang ada ujian. Tapi kalau setiap hari hidup dalam tekanan, sering disakiti, didera, diabaikan atau pasang...
27/07/2026

Perkahwinan memang ada ujian. Tapi kalau setiap hari hidup dalam tekanan, sering disakiti, didera, diabaikan atau pasangan langsung tidak mahu berubah, kita kena tanya diri sendiri sampai bila nak terus bertahan?

Ramai yang tidak tahu, dalam keadaan tertentu, fasakh boleh menjadi salah satu jalan keluar bagi pasangan yang sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan.

Bertahan dalam perkahwinan yang toxic terlalu lama boleh memberi kesan kepada emosi, mental, keyakinan diri dan juga anak-anak.

Jangan tunggu sehingga diri sendiri benar-benar hancur baru nak cari jalan keluar. Dapatkan nasihat yang betul dan fahami hak anda terlebih dahulu.

Ada persoalan berkaitan fasakh atau masalah rumah tangga?
Hubungi https://wa.me/60177978283 untuk pertanyaan lanjut.

Isteri keluar rumah sebab dizalimi, bukan automatik Nusyuz.Ramai isteri takut nak keluar rumah walaupun dah tak tahan. T...
22/06/2026

Isteri keluar rumah sebab dizalimi, bukan automatik Nusyuz.

Ramai isteri takut nak keluar rumah walaupun dah tak tahan. Takut orang kata derhaka. Takut suami ugut, kalau keluar, dia fail nusyuz. Kadang-kadang takut keluarga salahkan kita balik sebab tak bersabar.

Masalahnya, sabar tu bukan bermaksud kau kena duduk dalam keadaan yang rosakkan diri kau.

Kalau suami tak nafkah, tak balik, maki hamun, pukul, ugut, halau, atau buat hidup kau macam orang menumpang dalam rumah sendiri, jangan biar ayat nusyuz jadi rantai dekat kaki kau.

Nusyuz bukan cop murahan yang suami boleh tempel bila isteri mula selamatkan diri.

Tapi jangan keluar kosong.

Simpan bukti. WhatsApp. Gambar. Laporan polis kalau ada ancaman. Laporan perubatan kalau ada kecederaan. Bukti nafkah tak diberi. Bukti kau pernah minta bincang cara baik.

Dan paling penting, dapatkan nasihat yang betul sebelum keadaan jadi makin serabut.

Sebab keluar rumah tanpa sebab, lain. Keluar rumah sebab dizalimi, lain.

Mahkamah tengok fakta. Mahkamah tengok bukti. Bukan tengok siapa paling kuat melalak dalam Whatsapp.

Untuk isteri, jangan terlalu lama takut pada label sampai kau lupa diri kau pun ada hak.

Untuk suami, jangan jadikan nusyuz sebagai senjata setiap kali isteri dah tak tahan dengan perangai kau.

Rumah tangga bukan penjara.

Kalau kau keluar sebab dizalimi, atau kau tak pasti tindakan kau boleh beri kesan apa, jangan main agak-agak.

Kita semak keadaan. Kita tengok bukti. Kita susun langkah yang betul.

Sebab kadang-kadang isteri bukan keluar sebab derhaka.

Dia keluar sebab nak terus hidup dengan waras.

Kau tak tahu apa nak buat? Jangan risau. Boleh roger kami.

https://wa.me/601127172513

Link aku dah bagi. Tunggu apa lagi?

Kau gantung isteri tak bertali. Bila dia nak lepas, kau marah.Isteri kau simpan buat apa?Ada suami jenis macam ni. Rumah...
21/06/2026

Kau gantung isteri tak bertali. Bila dia nak lepas, kau marah.

Isteri kau simpan buat apa?

Ada suami jenis macam ni. Rumah tangga dah lama mati, tapi dia tak nak lepaskan. Nafkah tak bagi. Balik rumah jarang. Tanggungjawab entah ke mana. Tapi bila isteri mula cari jalan, dia pulak yang trigger.

Ini bukan sayang. Ini menyusahkan. Penyeksaan secara senyap.

Kalau kau betul nak isteri, jaga dia. Bagi nafkah. Balik bincang. Baiki rumah tangga.

Tapi kalau kau sendiri dah tinggalkan dia hidup tergantung, jangan play victim bila dia bawa kes ke Mahkamah.

Untuk isteri, jangan terlalu lama tunggu lelaki yang memang tak ada niat nak selesaikan apa-apa.

Simpan bukti. Rekod nafkah tak diberi. WhatsApp. Bukti dia tak balik. Bukti dia abaikan tanggungjawab. Bukti kau pernah minta dia selesaikan cara baik.

Lepas tu dapatkan nasihat yang betul.

Dalam rumah tangga, sabar itu baik. Tapi sabar sampai diri sendiri rosak, itu bukan jalan penyelesaian.

Suami pun kena faham. Perkahwinan bukan tempat kau letak isteri dalam pending list.

Nak, jaga. Tak nak, selesaikan.

Jangan gantung orang bertahun-tahun, lepas tu bila dia bangkit, kau kata dia derhaka. Apa dalam kepala otak kau sebenarnya?

Kalau kau sedang digantung tak bertali, atau kau tak pasti jalan apa yang boleh diambil, tekan WhatsApp sekarang.

Kita semak keadaan.

Kita tengok bukti.

Kita susun langkah yang betul.

Sebab kadang-kadang isteri bukan nak sangat bercerai.

Dia cuma dah terlalu lama hidup macam tak bersuami.

https://wa.me/60177978283

Link aku dah bagi. Tunggu apa lagi?

Kau pening nak jawab soalan kubur, anak bini kau pening nak urus harta.Kau ada rumah. Ada tanah. Ada duit berkepok. Tapi...
20/06/2026

Kau pening nak jawab soalan kubur, anak bini kau pening nak urus harta.

Kau ada rumah. Ada tanah. Ada duit berkepok. Tapi kau rasa semua tu automatik jatuh kepada isteri dan anak-anak kau?

Belum tentu.

Kalau kau meninggal dan waris kau cuma isteri dengan anak perempuan, jangan terkejut (dah mati mungkin tak terkejut la kot) bila ada bahagian tertentu boleh masuk kepada waris lain.

Sebab dalam faraid, anak perempuan ada hak. Isteri ada hak. Tapi bila tak ada anak lelaki, isu baki harta boleh jadi panjang kalau tak diurus elok dari awal.

Di sinilah ramai lelaki tersedar lambat.

Masa hidup, dia kerja penat. Beli rumah. Beli tanah. Simpan duit. Kononnya semua untuk anak bini.

Tapi bila dia tak ada, yang pening bukan dia.

Yang pening isteri dia. Anak perempuan dia. Waris-waris yang tinggal kena duduk kira satu-satu, siapa berhak, berapa bahagian, siapa nak lepaskan, siapa tak setuju.

Lagi parah kalau harta banyak, tapi dokumen bersepah. Geran entah mana. Hutang tak jelas. Nama penama pun orang tak tahu. Hibah tak dibuat. Wasiat tak ada.

Pusaka ni bukan tunggu mati baru nak fikir. Yela dah mati memang kau tak payah fikir pun.

Masa hidup nilah kena susun.

Kalau ada harta yang memang kau nak pastikan sampai kepada isteri dan anak-anak, semak pilihan yang betul. Hibah. Wasiat. Perancangan pusaka. Dokumen yang sah. Rekod harta yang jelas.

Sayang anak bini bukan sekadar cari harta untuk mereka.

Sayang anak bini ialah pastikan bila kau dah tak ada, mereka tak payah merayu untuk harta yang kau kata dulu memang untuk dorang.

Kalau kau ada harta, tapi belum pernah susun pusaka, jangan tunggu sakit baru nak kelam-kabut.

Kita semak harta. Kita tengok waris. Kita susun jalan yang betul.

Sebab harta yang tak diurus masa hidup, boleh jadi bahan bercakar selepas mati.

https://wa.me/60177978283

Link aku dah bagi. Tunggu apa lagi?

Address

No. 14 (atas), Jalan Petrie, Muar Darul Takzim (Berhadapan Muar Trade Centre)
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60177978283

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie - Ahmad Muhammad & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie - Ahmad Muhammad & Associates:

Shortcuts

Share