Amanah Negara Muar

Call Directions Website Contact the practice

Amanah Negara Muar Page ini suara rasmi Parti AMANAH Negara kawasan Muar. Sebarang maklum balas boleh terus hubungi pih

10/11/2026

ZIARAH DEEPAVALI & UKHUWAH KEKELUARGAAN 🪔

Sempena sambutan Deepavali, kami berkesempatan menziarahi Sdr. Praven sekeluarga bersama Sdr. Taqiuddin, Naib Ketua AMANAH Kawasan Muar.

Ziarah ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyampaikan ucapan selamat menyambut Deepavali.

Dalam kesempatan yang sama, kami turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Praven dan isteri atas kelahiran cahaya mata baharu. Semoga kehadiran si kecil membawa kebahagiaan dan keberkatan buat seluruh keluarga.

Semoga semangat persaudaraan, keharmonian dan perpaduan masyarakat terus dipelihara tanpa mengira kaum dan agama.

Selamat menyambut Deepavali! 🪔

🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 🪔Parti Amanah Negara Kawasan Muar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada...
08/11/2026

🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 🪔

Parti Amanah Negara Kawasan Muar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya.

Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat semua.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian demi membina masyarakat Malaysia yang lebih harmoni.

Ikhlas daripada:
Parti Amanah Negara
Kawasan Muar

31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Malaysia Madani – Kesejahteraan Dinikmati

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang kita kenang, tetapi amanah untuk terus membina sebuah negara yang adil, sejahtera, harmoni dan bermaruah.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 69 tahun.

🇲🇾 Kesejahteraan Dinikmati, Bersama Membina Negara.

Salam Kemerdekaan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Muar.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

25/08/2026

🌙 SALAM MAULID RASUL 1448H / 2026M ﷺ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sempena memperingati Maulidur Rasul SAW, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur, menjadi inspirasi untuk membina masyarakat yang penuh dengan kasih sayang, keadilan, rahmah dan keharmonian.

🤲 Semoga kita semua dikurniakan syafaat Baginda SAW di dunia dan di akhirat.

Rahmah Untuk Semua.
Amanah Untuk Ummah.

Salam Maulid Rasul daripada
Parti Amanah Negara Kawasan Muar

09/08/2026
14/07/2026
🍽️ JEMPUTAN JAMUAN SEMPENA MERAIKAN JENTERA & PENYOKONG PAKATAN HARAPAN DUN MAHARANI 🍽️Assalamualaikum warahmatullahi wa...
13/07/2026

🍽️ JEMPUTAN JAMUAN SEMPENA MERAIKAN JENTERA & PENYOKONG PAKATAN HARAPAN DUN MAHARANI 🍽️

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami menjemput seluruh jentera, sukarelawan serta penyokong Pakatan Harapan DUN Maharani untuk hadir memeriahkan Jamuan Sempena Meraikan Jentera dan Penyokong Pakatan Harapan DUN Maharani sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan, komitmen dan sokongan sepanjang perjalanan kempen.

🗓️ Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
🕖 Masa: 7.00 malam – 9.00 malam
📍 Tempat: Perkarangan Pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Muar
https://share.google/vHtZtFOqZTD2KqFCj

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai bagi bersama-sama mengeratkan ukhuwah serta meraikan semangat perjuangan yang telah kita lalui bersama.

"Terima Kasih Jentera, Terima Kasih Penyokong. Bersama Kita Terus Melangkah Demi Harapan."

Jumpa anda semua pada 15 Julai 2026! 💙❤️🤍

Address

No 18, Tingkat 1, Jalan Puncak 3, Pekan Parit Bakar
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negara Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amanah Negara Muar:

Shortcuts

Share