04/03/2026
4/3/2016 | Bandaraya Miri, Sarawak
Dua (2) orang asal Penan yang dituduh menceroboh Hutan Terlindung Telang Usan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak pada 14--16 Disember 2026.
Sessi pengurusan kes hari ini menyaksikan Peguam Roland memberitahu Mahkamah bahawa beliau tiada arahan anakguamnya untuk menghantar representasi untuk kes digugurkan atau kes ditukar ke seksyen lain.
Sebaliknya, beliau mendapat arahan untuk mencabar status Hutan Terlindung tersebut, jika tindakan membawa manfaat kelak.Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa peta Hutan Terlindung Telang Usan yang dibekalkan oleh pihak pendakwaan tidak lengkap untuk persiapan perbicaraan.
Oleh itu, difahamkan bahawa kes ini ditetapkan untuk pengurusan kes lagi pada 28-4-2026 untuk membolehkan pihak pendakwaan memastikan senarai saksi serta menyerahkan peta yang lengkap kepada pihak pembelaan.
Terima kasih.
RECo. Team
Miri City