Muassasah Darul Ansar Al-Idrisiyah Malaysia

Website Contact the practice

Muassasah Darul Ansar Al-Idrisiyah Malaysia Halaman rasmi Muassasah Darul Ansar Al Idrisiyah Malaysia DARUL ANSAR PULAU GADONG: 06-3361706 / 013-6111706.
VISI: Berilmu, Beramal, Bertaqwa

OBJEKTIF
1.

Membantu dan menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif dengan kaedah perubatan Islam dan tradisional berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan ulama' silam.
2. Membantu masyarakat Islam daripada terjebak kepada perubatan yang lari dari hukum syarak dan sesat.

MISI
1. Mengadakan kelas perubatan Islam secara berterusan dengan merujuk kepada kitab-kitab ulama' silam dan terkini.
2. Membantu dan merawat pesakit yang mengalami masalah spiritual dengan menggunakan kaedah Islam.
3. Menyediakan dan membantu pesakit mengikut rundingcara Islam dan kaunseling dengan kaedah zikir, pembacaan Ruqyah an-Nabawiyyah dan sebagainya.

25/10/2026

KAIFIYAT MEMBACA SURAH YAASIIN

Kaifiyat ini, saya mengambil ijazah cara membacanya daripada guru saya Al Imam Al Qutb Mawlana Sayyid Muhammad bin Idris Al Syarif Al Idrisi Al Hasani 𝑅𝑎𝑑ℎ𝑖𝑦𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ𝑢 ‘𝐴𝑛ℎ𝑢 daripada ayahandanya Al Imam Al Qutb Mawlana Sayyid Idris bin Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani 𝑅𝑎𝑑ℎ𝑖𝑦𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ𝑢 ‘𝐴𝑛ℎ𝑢 daripada Al Imam Al Mufassir Syeikh Ahmad Al Maraghah 𝑅𝑎𝑑ℎ𝑖𝑦𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ𝑢 ‘𝐴𝑛ℎ𝑢.

24/10/2026

KALIMAH SYAHADAH YANG SEMPURNA

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya; dan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah hamba dan Rasul-Nya; dan bahawa Nabi Isa AS ialah hamba Allah, Rasul-Nya, kalimah-Nya yang disampaikan kepada Maryam, serta roh daripada-Nya; dan bahawa syurga itu benar dan neraka itu benar.”

KELEBIHAN UCAPAN INI:
1. Dijanjikan masuk ke dalam syurga.
2. Dimasukkan melalui salah satu daripada lapan pintu syurga.
3. Memperteguh akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4. Menguatkan iman dan tauhid.

24/10/2026

*INFAQ PEMBELIAN KATIL BUJANG BERKEMBAR*
*Untuk: Asrama Pelajar Lelaki AHDA Pengkalan Balak*

*Keperluan:*
- *15 unit katil* ganti yang dah rosak total
- *RM450 / unit* termasuk playwood
- *Jumlah diperlukan: RM6,750*

*Cara Sumbang:*
1. *Tunai*: Ke pejabat AHDA
2. *Online Transfer*:
*Maybank Islamic*
*PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR*
*5540-2627-4705*
3. *Scan QR* dalam poster

*Opsi untuk ibubapa*: Boleh beli katil, lepas anak tamat boleh bawa pulang, diwakafkan atau diinfaqkan pada Maahad.

*Alamat Maahad:*
MAAHAD AL HUFFAZ DARUL ANSAR
Lot 830, Jalan Paya Mengkuang, Kg. Solok Jauh, Pengkalan Balak, 78300, Masjid Tanah, Melaka
*No. Tel:* 011-1515 1706 / 013-611 1706

_“Dan apa sahaja kebaikan yang kamu berikan untuk diri kamu, kamu akan dapati pahalanya di sisi Allah.”_ - Surah Al-Baqarah: 110

Jazakumullah Khairan Kastira atas keprihatinan semua 🤲🏼

*Jumlah yang terkumpul ialah RM2,750 dan baki yang diperlukan RM4,000.

09/10/2026

IBU SEGALA DOA

رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَارْفَعْنِي، وَارْزُقْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَاعْفُ عَنِّي

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku dengan dicukupkan segala kekuranganku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku petunjuk, berikanlah daku keafiatan dan maafkanlah aku.”

09/10/2026

DOA PENJAGAAN RUMAH

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَنْزِلِي وَمَا فِيهِ وَمَنْ فِيهِ، الَّذِي لَا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ، فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا، وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan kepada-Mu rumahku, segala yang ada di dalamnya dan sesiapa yang berada di dalamnya. (Kepada-Mu) segala titipan tidak akan disia-siakan. Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga, dan Dia Maha Penyayang daripada sekalian yang penyayang.”

09/10/2026

DOA PERLINDUNGAN ANAK-ANAK DARI KEJAHATAN

أُعِيذُك بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

“Aku memohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap syaitan dan segala makhluk berbisa, serta daripada setiap pandangan mata yang membawa kemudaratan.”

09/10/2026

[ADMIN] 📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 2027
MAAHAD AL HUFFAZ DARUL ANSAR, PENGKALAN BALAK
*Temuduga terbuka sedang dibuka!

Kami membuka peluang kepada anak-anak lelaki dan perempuan berumur 13 tahun (pada tahun 2027) untuk menyertai keluarga besar Maahad Al Huffaz Darul Ansar bagi sesi Januari 2027. Penyertaan adalah terhad!

Syarat Kemasukan:
1. Boleh membaca dan menulis dengan baik (jawi dan rumi).
2. Boleh membaca Al Quran.
3. Mempunyai daya ingatan yang baik.
4. Berminat untuk menghafaz Al Quran dan Hadith.
5. Menghadiri temuduga dan lulus ujian kelayakan.

SILIBUS PENGAJIAN:

• Tahfiz Al Quran
• Hafazan Hadith

PENGAJIAN TURATS

• Fekah (Fiqh Al Manhaji & Safinatun Naja)
• Tauhid (Sifat 20 Al Asya’irah Wal Maturidiyah)
• Hadith Arba’un Nawawiyah.
• Tafsir (Tanwir Al Miqbas & Asbabun Nuzul Imam Suyuti)
• Tasawwuf (Penawar Bagi Hati)

AKADEMIK

• Bahasa Melayu
• Bahasa Arab Komunikasi
• English
• Pendidikan Islam
• Al Quran & Sunnah
• Sejarah
• Matematik
• Sains

💠 Sertailah kami dalam membina generasi Qurani yang berilmu, berakhlak, dan berwawasan.

📞 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran boleh hubungi atau What’sApp kami:
011-1515 1706 / 013-611 1706

09/10/2026

Golongan asnaf zakat ada 8, berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, orang-orang yang dijinakkan hatinya, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, pada jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan; sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah.”
(Surah Al Tawbah: 60)

8 Golongan Asnaf

1. الفُقَرَاء - Fakir
Orang yang mempunyai harta / pendapatan tetapi tidak mencukupi keperluan asasnya.

2. المَسَاكِين - Miskin
Orang yang mempunyai sumber pendapatan, tetapi masih tidak mencukupi keperluan hidup yang diperlukan.

3. العَامِلُونَ عَلَيْهَا - Amil
Mereka yang dilantik untuk menguruskan urusan zakat, seperti mengutip, mengagih dan mentadbir zakat.

4. المُؤَلَّفَةُ قُلُوبُهُمْ - Muallaf / orang yang dijinakkan hatinya
Golongan yang diberikan zakat untuk menguatkan atau mendekatkan hati mereka kepada Islam, termasuk kategori yang ditetapkan oleh pihak berautoriti zakat.

5. فِي الرِّقَابِ - Al Riqab
Pada asalnya berkaitan memerdekakan hamba daripada perhambaan.

6. الغَارِمُونَ - Al Gharimin
Orang yang menanggung hutang yang dibenarkan syarak dan tidak mampu melunaskannya, tertakluk kepada syarat-syaratnya.

7. فِي سَبِيلِ اللَّهِ - Fi Sabilillah
Mereka atau usaha yang termasuk dalam jalan Allah menurut tafsiran dan ketetapan syarak serta pihak berautoriti zakat.

8. ابْنُ السَّبِيلِ - Ibn Al Sabil
Musafir yang kehabisan bekalan atau terputus sumber dalam perjalanan yang dibenarkan syarak, walaupun dia mempunyai harta di tempat asalnya.

Address

Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ansar Al Idrisiyah, Lot 830, Jalan Paya Mengkuang, Kg. Solok Jauh, Pengkalan Balak, 78300, Masjid Tanah
Melaka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muassasah Darul Ansar Al-Idrisiyah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Muassasah Darul Ansar Al-Idrisiyah Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby law practices