Pesuruhjaya Sumpah Melaka / Commissioner for Oaths, Merdeka Permai & Cheng

Pesuruhjaya Sumpah Melaka / Commissioner for Oaths, Merdeka Permai & Cheng A Commissioner for Oaths is a person who is authorised to verify affidavits, which are statements in writing and on oath, and other legal documents.

Fungsi:

Membimbing Masyarakat menghormati Undang-Undang. Melaksanakan amanah Pesuruhjaya Sumpah (PJS) yang dilantik oleh, Ketua Hakim Negara. Perkhidmatan yang disediakan:

1) Dokumen yang memerlukan cop PJS dari Jabatan Pendaftaran Negara

2) Dokumen yang memerlukan cop PJS dari Jabatan Imigresen.

3) Mengendalikan Sumpah untuk:
Memeterai apa-apa Affidavit atau Ikrar,
Memeterai dan me

nerima akuan berkanun.

4) Cop memeterai PJS-Untuk lain-lain perkhidmatan.

5) Matikan setem



PJS BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA!!

03/06/2026
25/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπžπ’π‘πš 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 πŒπŽπ“πŽπ’πˆπŠπ€π‹ (𝐁𝟐) ππ„π‘π‚π”πŒπ€ 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Kerajaan Negeri Melaka terus komited membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program MeSRa Lesen Motosikal (B2) Percuma Fasa 2 Tahun 2026. Pentadbiran saya mahu rakyat Melaka khususnya golongan belia dan B40 mengambil peluang ini untuk memiliki lesen menunggang secara percuma.

Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang kepada rakyat untuk memiliki lesen menunggang motosikal secara sah, malah memperkukuhkan aspek keselamatan jalan raya serta meningkatkan mobiliti rakyat demi kehidupan yang lebih sejahtera.

πŸ“… Tarikh Permohonan: 22 Mei 2026 hingga 19 Jun 2026
πŸ“ Borang permohonan boleh didapati di setiap JAPERUN berhampiran.

Syarat Permohonan:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 16 tahun ke atas
βœ… Kategori B40 & menetap di Melaka
βœ… Sihat fizikal dan mental
βœ… Belum memiliki lesen menunggang motosikal
βœ… Bebas senarai hitam JPJ/PDRM/Mahkamah

Jangan lepaskan peluang ini dengan memanfaatkan inisiatif ini demi masa depan dan perjalanan lebih selamat. β€œMelaka Sayang Rakyat” bukan sekadar slogan, tetapi komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan masa depan rakyat. ❀️




Minggu depan Melaka dapat cuti umum selama seminggu πŸ˜… Kalau ada dokumen mustahak sila datang esok ye~ πŸ€—
12/02/2026

Minggu depan Melaka dapat cuti umum selama seminggu πŸ˜… Kalau ada dokumen mustahak sila datang esok ye~ πŸ€—

πŸ™πŸ»
02/02/2026

πŸ™πŸ»

Dr Murad, dari banduan akhir ke pentas PhD
Korang rasa korang dah diuji paling teruk? Ingatlah Malik atau dikenali sebagai Dr Murad ni bermula dengan ujian yang sangat perit tapi dia berusaha untuk mengubah kehidupan yang gelap dengan cahaya bergemerlapan.

Korang rasa Dr Murad teruk diuji sebab dipenjara? Tapi kisah lebih sadis dari sebelum itu. Pada usia 14 tahun jauh di negeri Sabah. Hanya percaya mahu mengubah nasib hidup, beliau nekad mengikuti seorang lelaki yang baru dikenali sebagai ejen mencari pekerjaan.

Masa tu Murad dijanjikan gaji RM800 sebulan. Dia meminta izin kepada kedua orang tuanya untuk bekerja di Semenanjung. Namun hasrat itu ditolak, pertama dia masih muda dan bawah umur, kedua tiada orang yang dikenali di sana dan ketiga mereka risau Murad ditipu.

Sampai di Kuala Lumpur pada tahun 2001, Murad dan 8 orang rakannya berbunga-bunga hati melihat ibu kota metropolitan yang kononnya akan mengubah hidup mereka.

Pekerjaan pembuat kek hanya rekaan. Mereka ditipu. Murad dan rakan-rakannya dipaksa menjadi pekerja tanpa gaji. Semua dokumen p**a telah dipegang majikan. Mereka dipukul jika tidak menurut perintah, kerja lebih masa sehingga pukul 12 malam. Murad yang pada ketika itu masih mentah tidak mengetahui sandiwara dunia, mula menyesali keputusannya.

Setelah bekerja selama 5 bulan. Pada satu malam, selepas p**ang dari bekerja hampir pukul 12 malam. Dia berdiri di ruang tamu, Murad terlihat pintu grill terbuka. Peluang terbuka luas untuk lari dari 'neraka' itu, detik hatinya.

Akhirnya dia nekad hendak melarikan diri. Tapi malangnya, muncul majikannya dan memukulnya berulang kali kerana tahu niatnya mahu melarikan diri. Dia dengan tak sengaja mengambil pis@u dan menik@m majikannya berulang kali di perut.

Beliau sempat mengambil dokumen dan duit dari majikannya sebelum lari menuju ke lapangan terbang. Murad membeli tiket flight ke Sabah. Jadual penerbangan paling awal pada pada pukul 6 pagi. Murad menunggu dengan rasa bersalah dan takut. Ketika hendak masuk ke dalam flight. Murad ditahan dan ditangkap polis.

Beliau sepatutnya dijatuhi hukvm g@ntung sampai m@ti atas kesalahan membvnvh. Majikannya telah m@ti akibat tikam@n berulangkali. Tapi dengan kisah yang terjadi kepadanya akibat tekanan dan penderaan dari mangsa, Murad menjadi banduan Tahanan Limpahan Sultan yang bermaksud tiada hukuman g@ntung tetapi tiada tarikh pasti untuk Murad keluar dari penjara. Seperti gantung tanpa tali.

Tapi episod malang ini menjadikan Murad menemui jalan hidupnya. Sebelum ke penjara, dia merupakan seorang non-muslim tetapi telah masuk Islam ketika dipenjara. Beliau juga belajar hanya sampai darjah 6 itu pun katanya masih tak pandai membaca. Murad sedar belajar boleh dilakukan dimana2 walaupun diri terpenjara, bukan halangan untuk dia mendapatkan sijil SPM, STPM, Degree, Master dan PhD.

Belajar dalam penjara kena tanggung sendiri ye. Tapi nasib Murad cukup baik.

SPM dan STPM bayaran yuran menggunakan bantuan Mualaf.
Degree menggunakan duit dermasiswa daripada OUM.
Master p**a di taja oleh seorang yang tidak dikenalinya. Menurutnya, orang tersebut memberinya RM34,000 untuk bayaran yuran pembelajaran dan dia menghilang tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

PhD p**a di sponsor sepenuhnya oleh OUM.
Selepas 24 tahun dalam penjara, Murad telah mendapat pengampunan Sultan. Siapa sangka kini beliau bebas dan p**ang ke pangkuan keluarga di Sabah.

Detik hitam dalam hidup Murad merubah dirinya dengan tekad dan taubat dia menjadi ilmuwan yang mengenal Tuhanya.

Tahniah Dr Murad! Pasti ada peluang kedua dalam hidup. Bukan orang lain, kita sendiri yang kena ciptakan!

Address

No. 9-1, Jalan MP5, Taman Merdeka Permai
Malacca City
75350

Opening Hours

Monday 10:45 - 15:30
Tuesday 10:45 - 15:30
Wednesday 10:45 - 15:30
Thursday 10:45 - 15:30
Friday 10:45 - 15:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesuruhjaya Sumpah Melaka / Commissioner for Oaths, Merdeka Permai & Cheng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pesuruhjaya Sumpah Melaka / Commissioner for Oaths, Merdeka Permai & Cheng:

Shortcuts

Share

Category