18/10/2021
🌼 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌼
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Kami daripada barisan kepimpinan LASCA ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2021 Bersamaan dengan Tahun 1443 Hijrah kepada seluruh mahasiswa/i FUG.
Tema Maulidur Rasul 2021:
✨ MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI✨
Tema ini membawa maksud suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai “Rabbani” iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar. Ia juga diinspirasikan daripada sifat dan sikap Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, sama-samalah kita menghayati peristiwa hari yang bersejarah ini dengan banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita semua memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi Muhammad SAW kelak.
📌 Selawat Nabi SAW
🌼 *اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*🌼
_Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad_ ✨