Tetuan Ahmad Zakhran & Associates

Tetuan Ahmad Zakhran & Associates Ahmad Zakhran & Associates (Peguambela & Peguamcara) sebuah firma guaman di Machang, Kelantan

Menyediakan khidmat guaman litigasi sivil & jenayah, conveyancing, korporat & hartanah.

20/08/2026

KALAU NAK BERCERITA TENTANG SAMAN FITNAH, CERITA SEMUA

Ada orang s**a mengulang dakwaan bahawa PAS ialah parti yang “paling banyak kalah saman fitnah”. Oleh itu, tidak boleh mentadbir. Tidak boleh disokong.

Baik. Jangan berdebat berdasarkan persepsi.

Kita tengok p**a rekod pimpinan DAP yang pernah menjadi defendan dalam kes fitnah dan didapati bertanggungjawab.

Saya kira ganti rugi sahaja, tidak termasuk kos guaman.

1. LIM GUAN ENG — RM500,000

Pada 2015, Mahkamah Tinggi mendapati Lim Guan Eng, ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, bertanggungjawab memfitnah Datuk Jahara Hamid berhubung kenyataan “nenek rasis”.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim membayar RM500,000 ganti rugi serta RM40,000 kos.

Ganti rugi: RM500,000

Nota: Terdapat laporan bahawa Mahkamah Rayuan pada November 2017 kemudiannya mengurangkan award tersebut kepada RM200,000. Untuk mengelakkan kekeliruan, angka RM500,000 di atas ialah award asal Mahkamah Tinggi. Jika angka rayuan digunakan, jumlah keseluruhan di bawah akan berkurang RM300,000.

2. TONY PUA — RM200,000

Pada 2022, Mahkamah Tinggi mendapati Tony Pua, pemimpin DAP, memfitnah bekas pemimpin MCA Chew Mei Fun berhubung dakwaan penjualan tanah kepada MCA.

Tony Pua diperintahkan membayar RM200,000.

Ganti rugi: RM200,000

3. YEO BEE YIN — RM150,000

Dalam kes yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati Yeo Bee Yin bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut.

Beliau diperintahkan membayar RM150,000 kepada Chew Mei Fun.

Ganti rugi: RM150,000

4. LIM GUAN ENG — RM250,000

Pada 2023, Mahkamah Rayuan mendapati Lim Guan Eng bertanggungjawab dalam saman fitnah yang difailkan bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Lim diperintahkan membayar RM250,000 ganti rugi, selain kos RM70,000.

Ganti rugi: RM250,000

5. P. RAMASAMY — RM1.45 JUTA

Mahkamah Tinggi mendapati P. Ramasamy bertanggungjawab terhadap lima penerbitan yang memfitnah Dr Zakir Naik.

Ganti rugi:

* RM1 juta general damages
* RM100,000 compensatory damages
* RM100,000 aggravated damages
* RM250,000 exemplary damages

Jumlah: RM1,450,000

RM70,000 kos tidak saya campurkan.

6. LIM LIP ENG — RM75,000

Mahkamah Tinggi pada asalnya memberikan RM2 juta.

Tetapi Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan dapatan liability dan mengurangkan ganti rugi kepada RM75,000.

Jadi kita gunakan angka akhir.

Ganti rugi akhir: RM75,000

7. CHONG CHIENG JEN — RM400,000

Dalam saman Dr Sim Kui Hian berkaitan dakwaan mengenai bantuan makanan COVID-19, Mahkamah Tinggi mendapati Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak bertanggungjawab.

Ganti rugi:

* RM350,000 bagi libel
* RM50,000 bagi malicious falsehood

Jumlah: RM400,000

Kos RM100,000 tidak dimasukkan.

8. CHONG CHIENG JEN — RM300,000

Dalam satu lagi kes berkaitan dakwaan “Black Hole”, Mahkamah Rayuan pada 2026 menaikkan ganti rugi terhadap Chong daripada RM150,000 kepada:

RM300,000

Kos RM200,000 tidak dimasukkan.



JUMLAH GANTI RUGI

Lim Guan Eng — RM500,000
Tony Pua — RM200,000
Yeo Bee Yin — RM150,000
Lim Guan Eng — RM250,000
P. Ramasamy — RM1,450,000
Lim Lip Eng — RM75,000
Chong Chieng Jen — RM400,000
Chong Chieng Jen — RM300,000

JUMLAH: RM3,325,000

RM3.325 JUTA

Sekali lagi, angka ini tidak termasuk kos guaman.

Dan jika angka RM200,000 bagi kes Jahara Hamid–Lim Guan Eng selepas rayuan digunakan, jumlahnya menjadi:

RM3.025 JUTA



Tetapi saya tidak menggunakan angka ini untuk mengatakan:

“DAP ialah parti paling banyak fitnah.”

Itu juga satu falasi.

Pointnya lebih mudah.

Kalau rekod saman fitnah mahu digunakan untuk menyerang sesuatu parti, gunakan kaedah yang sama kepada semua parti.

Jangan:

PAS: campurkan judgment, settlement, permohonan maaf, kes individu bukan pimpinan, kes media, plaintif yang kalah dan kes yang sama berulang kali.

Kemudian:

DAP: pilih hanya kes yang menguntungkan naratif.

Itu bukan statistik.

Itu cherry-picking.

Persoalan sebenar bukan:

“Parti mana pernah kalah saman fitnah?”

Hampir semua parti besar ada rekodnya.

Persoalan sebenar ialah:

“Adakah adil untuk menggunakan kes-kes saman fitnah sebagai pengukur kemampuan sesuatu parti untuk mentadbir?”

Kalau ya, DAP juga tidak boleh dibenarkan mentadbir. Tidak perlu disokong.

Ini belum PKR dan Amanah lagi ya.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

KENYATAAN MEDIAPEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026 1. Kerajaan Negeri Kelantan akan memben...
06/08/2026

KENYATAAN MEDIA
PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026

1. Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 pada Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan yang akan bersidang pada 27 Safar hingga 29 Safar 1448H bersamaan 11 hingga 13 Ogos 2026.

2. Rang Undang-Undang ini digubal bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan.

3. Penggubalan ini adalah merupakan langkah susulan Kerajaan Negeri bagi menangani implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024 dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & Seorang Lagi lwn. Kerajaan Negeri Kelantan, yang memutuskan bahawa enam belas (16) peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 sebagai batal dan tidak sah, atas alasan bahawa Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal peruntukan-peruntukan tersebut.

4. Susulan dari keputusan tersebut, Kerajaan Kelantan sejak pertengahan 2024 telah mengambil tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pindaan EKJS bagi meneliti dan menggubal semula bukan sahaja 16 peruntukan yang dibatalkan, bahkan membuat kajian menyeluruh terhadap EKJS (1) 2019.

5. Jawatankuasa ini dianggotai pakar perundangan sivil dan syariah, ahli akademik, pakar Perlembagaan dan pegawai-pegawai Kehakiman Syariah yang mewakili pihak berkepentingan bagi meneliti keseluruhan alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan sebelum penggubalan dilaksanakan.

6. Proses kajian, penelitian dan menyediakan deraf mentah RUU ini melalui pelbagai peringkat termasuk telah melalui pembentangan di hadapan Jemaah Ulama Kelantan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang bertanggungjawab menentukan persoalan fatwa dan hukum syara, justeru mengambil masa yang sedikit panjang.

7. Penggubalan ini mengambil pendekatan yang dibenarkan dalam ruang lingkup kompetensi Dewan Negeri untuk menggubal undang-undang negeri berdasarkan item 1 Senarai Negeri yang tidak tertakluk kepada klausa pengecualian (preclusion clause) iaitu berkaitan dengan pengwujudan dan penghukuman bagi kesalahan-kesalahan terhadap perintah agama islam (the precept of islam).

8. S**a saya quote antara ratio dalam kes NIK ELIN, dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan:

QUOTE NIK ELIN:

‘Perintah agama Islam’ secara perlembagaan, merujuk pada satu daripada dua kategori luasnya: (i) apa-apa perkara yang termasuk dalam pemas**an khusus item 1 Senarai Negeri atau apa-apa peruntukan Perlembagaan yang diguna pakai termasuk per. 11(4); dan (ii) kesalahan bersifat keagamaan semata-mata berkaitan dengan (a) Aqidah; (b) kesucian agama Islam atau institusi- institusinya; atau (c) satu yang semata-mata berkait dengan moral dalam Islam.

9. Justeru pendekatan gubalan ini adalah dalam ruang lingkup “kesalahan-kesalahan yang bersifat keagamaan semata-mata yang berkaitan dengan (a) Aqidah; (b) Kesucian Agama Islam atau institusi-institusinya; (c) sesuatu yang berkait dengan moral dalam Islam”.

10. Rang Undang-Undang ini mengandungi sembilan (9) bahagian, enam puluh dua (62) seksyen dan satu (1) jadual. Ia digubal berasaskan prinsip pith and substance — inti pati sebenar sesuatu peruntukan undang-undang dengan memberi penekanan kepada kewajipan agama (taklifan) yang diperintahkan syarak sebagai inti pati setiap kesalahan. Susunan kesalahan dibuat mengikut kerangka Maqasid Syariah, iaitu penjagaan agama (hifz ad-din), nyawa (hifz an-nafs), akal (hifz al-‘aql), harta (hifz al-mal) dan keturunan (hifz an-nasb).

11. Rang Undang-Undang ini digubal dengan mengambil kira sepenuhnya alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin dan lain-lain kes sebelum itu, bidang kuasa Badan Perundangan Negeri dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Penggubalan ini membuktikan bahawa undang-undang syariah mampu berkembang melalui ijtihad perundangan dalam kerangka Perlembagaan.

12. Terdapat juga peruntukan baharu dan ciri pembaharuan yang akan diperkenalkan melalui Rang Undang-Undang ini.

13. Butiran penuh Rang Undang-Undang ini akan dijelaskan secara terperinci semasa pembentangan di Dewan Undangan Negeri kelak. Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalannya dan berharap ia mendapat sokongan padu Ahli-Ahli Yang Berhormat, dan seluruh rakyat Kelantan bahkan ummat Islam di Malaysia, demi memartabatkan perundangan syariah dalam negara kita.

Sekian.

DATO' DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO’ HJ. HASSAN
Timbalan Menteri Besar Kelantan

Tarikh: 21 Safar 1448H bersamaan 5 Ogos 2026

Kita rakyat biasa kalau nak bina rumah, kena dapat kelulusan tapak, kelulusan plan dsb. Kalau tak lulus tapi still terus...
10/06/2026

Kita rakyat biasa kalau nak bina rumah, kena dapat kelulusan tapak, kelulusan plan dsb. Kalau tak lulus tapi still teruskan maka tak sempat lagi nak siap beam / kerangka rumah, dah kena sita lilit tali kuning sekeliling binaan + denda.

Ya, tak salah, memang begitulah peraturannya.

Cuma musykil juga macamana mereka ini boleh buat bangunan dalam sebuah kawasan yang luas tanpa sekatan.

Adakah terdapat kelompangan pada undang-undang kita, atau terdapat kelemahan pada penguatkuasaan undang-undang tersebut?

😏😏😏

Untuk perhatian ibu bapa dan pelajar dalam Dun Kemuning yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi pada tah...
10/06/2026

Untuk perhatian ibu bapa dan pelajar dalam Dun Kemuning yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi pada tahun 2026.

10/06/2026

Tak sepatutnya benda sebegini boleh berlaku sebenarnya

Allahurabbi bulan Ramadhan pun ada lagi kejadian begini
07/03/2026

Allahurabbi bulan Ramadhan pun ada lagi kejadian begini

MAHKAMAH | Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam, susulan laporan dibuat adik iparnya yang juga ibu tunggal kerana didakwa menjadi mangsa persetubuhan luar tabii serta cabul.

Rangkaian pusat urut terkemuka yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki membayar rasuah sebany...
31/01/2026

Rangkaian pusat urut terkemuka yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki membayar rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan.

Menurut sumber, rangkaian pusat urut itu dipercayai menggunakan sistem perakaunan dua lapis, di mana kira-kira 80 peratus jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai sebanyak RM7.56 juta setahun.

“Syarikat ini disyaki membayar rasuah RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai penguat kuasa sebagai wang perlindungan.

“Susulan itu, SPRM menahan lima lagi individu termasuk empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini,” katanya.

Menurut sumber itu, empat daripada mereka membabitkan tiga penguat kuasa dan seorang pesara direman selama empat hari hingga 2 Februari ini selepas Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

“Sebelum itu, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan antara jam 5 hingga 7 petang semalam.

“Seorang daripada suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala empat lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman,” katanya.

Semua suspek disyaki menerima suapan daripada syarikat perniagaan pusat urut bagi melancarkan operasi serta memudah cara proses permit pekerja asing syarikat terbabit.

“Hingga kini, SPRM sudah mengambil keterangan daripada 16 saksi bagi membantu siasatan.

“Susulan siasatan itu juga, SPRM menggeledah enam lokasi di Lembah Klang membabitkan pejabat serta kediaman suspek-suspek yang dikenal pasti,” katanya.

SPRM turut mengambil tindakan membekukan 124 akaun perbankan milik individu dan syarikat bernilai kira-kira RM13.3 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

KUALA LUMPUR: Rangkaian pusat urut terkemuka yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki membayar rasuah RM2.7 juta setahun kepada beb...

Address

Bandar Machang
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6099752370

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Ahmad Zakhran & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tetuan Ahmad Zakhran & Associates:

Shortcuts

Share

Category