28/07/2026
DNA LEGAL : GERAN KONGSI
Bukan kali pertama kami mengendalikan urusan pindah milik atau jual beli melibatkan geran kongsi. Namun kali ini, Peguam kami, Puan Nadiah Hanim Yaakob, mengendalikan satu transaksi yang melibatkan hubungan adik-beradik yang kurang baik.
Persoalannya, apakah kesannya kepada pembeli? Adakah konflik sedia ada akan berlarutan selepas pembelian selesai?
Sebagai peguamcara yang mewakili pembeli, keutamaan kami adalah melindungi kepentingan anak guam. Oleh itu, kami menetapkan beberapa langkah penting sebelum urusan diteruskan, antaranya memastikan penjual mengesahkan sempadan bahagian tanah yang dijual serta laluan keluar masuk ke kawasan tersebut. Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko pertikaian berkaitan sempadan atau hak penggunaan tanah pada masa hadapan.
Pembeli juga telah membuat lawatan ke tapak tanah bagi memahami keadaan sebenar sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pembelian. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) ditandatangani.
Dalam urusan hartanah, khususnya yang melibatkan geran kongsi, semakan undang-undang dan pengurusan risiko adalah sama pentingnya dengan harga yang dipersetujui. Langkah berjaga-jaga pada peringkat awal mampu mengelakkan pertikaian yang lebih besar pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Rais Abdul Majid Ejen Hartanah, atas kerjasama yang amat baik, serta kepada rakan juruukur berlesen yang turut memberikan komitmen penuh dalam menjayakan urusan ini. Alhamdulillah.
Hakikatnya, kejayaan sesuatu transaksi hartanah bukanlah hasil usaha satu pihak sahaja. Ia memerlukan kerjasama erat antara penjual, pembeli, ejen hartanah, juruukur berlesen dan peguam. Peranan ejen hartanah yang berpengalaman sejak peringkat awal juga amat penting, khususnya dalam menguruskan transaksi yang mempunyai risiko.
Akhirnya, apabila sesuatu fail dapat diselesaikan dengan baik, itulah kepuasan sebenar buat semua pihak.
Nota ringkas : Berikut merupakan ilustrasi bergambar berkaitan dengan kes yang kami kendalikan ini. π