10/10/2022
Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?
Lebih RM 70 Bilion nilai harta terbeku kerana tiada perancangan harta pusaka.
Bagaimana cara untuk memastikan harta anda boleh ditadbir serta diagihkan kepada waris-waris selepas anda meninggal dunia?
Ketahui Apakah Faraid dan Fungsi Wasiat Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Islam.
Apa itu Hukum Faraid?
Faraid adalah hukum atau undang-undang berkaitan pewarisan harta pusaka untuk orang islam yang telah diturunkan di dalam al-Quran dalam Surah Al-Nisa Ayat 7-12 yang menjelaskan:
1) Siapa yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
2) Bahagian setiap waris terhadap harta pusaka si mati.
Perletakkan hak Faraid dan pengagihannya kepada waris yang berhak mestilah melalui proses tuntutan oleh pihak-pihak yang berkepentingan mengikut saluran undang-undang.
Dengan menulis Wasiat yang baik semasa hayat, Anda boleh memastikan proses tuntutan harta pusaka dan Faraid ini dilaksanakan dengan segera tanpa bertangguh.
Bagaimana Wasiat mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka dan menjamin hak-hak orang yang sayangi?
1) Perlantikan Wasi/Pentadbir yang berwibawa di dalam Wasiat untuk mentadbir harta pusaka serta menyelesaikan hutang dunia dan akhirat sehinggalah melaksanakan pengagihan harta kepada benefisiari dan waris-waris Faraid yang berhak.
2) Pemberian harta tidak melebihi 1/3 harta untuk Amal Jariah/Wakaf/benefisiari pilihan yang tidak mendapat hak Faraid seperti anak angkat, cucu, ahli keluarga bukan islam
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam