06/02/2026
📌BEKAS SUAMI MINTA 50/50 DENGAN BEKAS ISTERI UNTUK TANGGUNG NAFKAH ANAK SECARA BERSAMA SELEPAS BEKAS SUAMI BERNIKAH BARU?? 😐😗
=====================================
✔️ Kes berkenaan dengan nafkah anak sangatlah s**ar si bekas suami / si bapa untuk membayar dengan secukupnya. Ada yang menunggu sehingga perintah Mahkamah keluar, barulah nak bayar nafkah anak. Ada p**a menyatakan bahawa si bapa tiri / suami baru yang kena menanggung nafkah anak tiri p**a apabila si ibu telah bernikah baru dengan lelaki tersebut.
✔️ Bekas isteri / si ibu menuntut RM 900.00 untuk tiga (3) orang anak dengan setiap seorang mendapat RM 300.00 sahaja. Namun begitu, bekas suami tersebut enggan membayar dengan kadar RM 900.00 dan hanya mampu membayar RM 300.00 bagi tiga (3) orang anak. Adakah logik dan mencukupi dengan kadar sebanyak RM 300.00 untuk tiga (3) orang anak ??
✔️ Bekas suami memberi alasan bahawa beliau telah bernikah baru dengan pasangan barunya dan mempunyai seorang anak. Beliau menanggun nafkah isteri yang baru, nafkah anak baru, bil-bil utilit, ansuran rumah, pengasuh anak baru, nafkah ibu bapa dan lain-lain keperluan peribadi seperti minyak motosikal/kereta ulang alik kerja, makan minum harian dan bil telefon. Oleh itu, bekas suami menyatakan hanya mampu RM 300.00 shj untuk anak-anak tersebut.
✔️ Seterusnya untuk pengetahuan semua, nafkah anak hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh bapa. Lantaran itu, keperluan dharuriyat seorang anak yang Mahkamah pertimbangkan dengan wajar. Cumanya pendapat Saya RM 300.00 untuk tiga (3) orang anak amatlah tidak mencukupi dan tidak wajar disebabkan anak-anak tersebut semakin membesar. Jadi, bayaran tersebut tidak logik. Anak-anak memerlukan makan minum, pakaian dan bekersihan diri, perubatan, tempat tinggal, pendidikan, dan lain-lain keperluan.
🟢 Seksyen 73 - menyatakan secara jelas bahawa tempat tinggal, pakaian, perubatan dan pelajaran adalah secara automatiknya ada bahagian tersebut, dan keperluan asas adalah mandatori anak-anak. Peruntukan ini tidaklah bersifat tetap, dan perkara-perkara lain boleh juga jatuh dalam keperluan asas kanak-kanak. Namun begitu perlu dibuktikan secukupnya bahawa perkara lain itu adalah keperluan dan bukan kehendak atau sampingan semata-mata sahaja. - (KENA ADA BUKTI)
✨ Pandangan peribadi Saya untuk menyelesaikan masalah pembayaran nafkah anak ini dengan cukup dan wajar bahawa seorang bapa sedar pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung keperluan nafkah anak-anak, maka bukanlah perbelanjaan anak-anak itu yang sepatutnya dipotong atau dikurangkan tetapi sebaliknya perbelanjaan bapalah yang perlu dikurangkan, dan pekerjaan perlu ditambah seperti membuat kerja tambahan, kerja lebih masa dengan kerja yang sedia ada atau apa jua yang boleh menambahkan pendapatan yang halal daripada pendapatan yang sedia ada. Tambahan p**a kalau seorang bapa itu masih sihat tubuh badan dan boleh bekerja keras bagi menanggung penuh keperluan anak-anak - (TIDAK ANGGAP ANAK ADALAH BEBAN)
✅ Semoga dipermudahkan tiap-tiap pembacaan. Bagi sesiapa yang nak bertanya, boleh mesej tanya. 👌🙏
Amalina Adam,
Peguam Syarie.