Zaharuddin Hamid - Harta Pusaka / Wasiat / Hibah

Zaharuddin Hamid - Harta Pusaka / Wasiat  / Hibah Menawarkan Perkhidmatan Bantuan Khidmat Nasihat

- Pengurusan Harta Pusaka,
- Wasiat & Hibah

03/12/2023


02/12/2023

HARTA PUSAKA

Harta pusaka adalah apa-apa jua harta yang ditinggalkan oleh si mati samada harta alih seperti wang atau tak alih seperti rumah yang si mati miliki semasa hayatnya.

TERMASUK HARTA PUSAKA

- Semua harta si mati yang diperolehi secara halal

- Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati

- Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian

- Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati

- Simpanan KWSP si mati

- Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya.


BUKAN HARTA PUSAKA

- Harta yang telah diberi, dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.

- Khairat kematian

- Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian

- Imbuhan, pampasan dan sagu hati

- Faedah kematian / amaun tambahan KWSP

- Pencen terbitan

- Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

- Harta yang dipinjam

DALIL PENSYARIATAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau p**a si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 11)

TANGGUNGJAWAB WARIS MENUNAIKAN HAK SI MATI

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

- Menguruskan jenazah

Menjelaskan hutang si mati :
- Hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.

- Hutang kepada manusia

- Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

SEBAB-SEBAB MEMPUSAKAI HARTA

Perkahwinan
Keturunan
Baitulmal

HALANGAN MENERIMA PUSAKA

Membunuh
Berlainan Agama
Murtad

BAGAIMANA BAITULMAL MEWARISI HARTA PUSAKA

Baitumal mewarisi harta pusaka seseorang si mati melalui keadaan-keadaan seperti berikut:

Sekiranya si mati tidak mempunyai waris yang berhak mewarisi harta pusaka mengikut hukum faraid. Dalam keadaan ini, semua harta si mati diserahkan kepada Baitulmal.
Contoh:

Si mati sebatang kara. Tidak mempunyai suami atau isteri, ibu bapa dan tidak p**a mempunyai saudara mara, semua harta pusakanya diserahkan kepada Baitulmal.

Sekiranya si mati meninggalkan waris, tetapi mereka tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka atau terhalang daripada menerima pusaka seperti waris dhawi al-arhamatau berlainan agama, maka kesemua harta pusaka itu diserahkan kepada Baitulmal.

Address

Kulai
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:30 - 12:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60127127061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaharuddin Hamid - Harta Pusaka / Wasiat / Hibah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category