Abdul Razak, Zulkifli & Partners

Abdul Razak, Zulkifli & Partners Firma Guaman

15/05/2025

VACANCY FOR LEGAL ASSISTANT
MESSRS ABDUL RAZAK, ZULKIFLI & PARTNERS (MAIN OFFICE-INDERA MAHKOTA)

Requirement

* Woman
* 4 years experiences in Conveyancing & Commercial
* ⁠Self motivated
* ⁠Independent
* Willing to join tadarus Al-Quran every morning at the office
* ⁠Attending clients
* ⁠Attending court case (if needed)
* Willing to travel and able to drive
* IT savvy
* Capable of doing research effectively

Please email us your CV at [email protected] and contact our En. Abdul Razak if interested at 019-9896400

PEMBAKARAN TERBUKAAKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
28/02/2022

PEMBAKARAN TERBUKA
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

22/02/2022

PERPINDAHAN ANTARABANGSA PEMAIN BOLASEPAK BAWAH UMUR 18 TAHUN

FIFA hanya membenarkan perpindahan antarabangsa pemain jika umurnya melebihi 18 tahun. Pemain di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan mendaftar perpindahan antarabangsa MELAINKAN cukup syarat pengecualian.

Pertama, jika ibu-bapanya berhijrah ke negara lain di mana letaknya pasukan itu dan penghijrahan itu bukan atas sebab yang berkaitan dengan bolasepak.

Kedua, perpindahan di dalam European Union atau European Economic Area untuk pemain berumur antara 16 dan 18 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Ketiga, jika pemain itu tinggal dalam radius 50km di sempadan negara, dan jarak pasukan dengan rumahnya tidak lebih 100km melalui sempadan negara.

Keempat, meninggalkan negara asal atas sebab kemanusiaan.

Kelima, pemain itu merupakan seorang pelajar dan berpindah ke negara lain untuk melanjutkan pelajaran atas dasar program pertukaran tanpa ditemani ibu bapa, hanya boleh didaftarkan dengan kelab amatur sahaja dengan tidak ada sebarang kaitan dengan kelab profesional.

Tujuan larangan ini digubal adalah untuk melindungi pemain di bawah umur 18 tahun daripada diperdayakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang akhirnya mengakibatkan pemain di bawah umur itu merempat dan ditinggalkan di jalanan tanpa memiliki kecukupan untuk p**ang ke negara asal.

Baru-baru ini, Mahkamah Timbangtara Sukan ada memutuskan tentang isu perpindahan pemain bawah umur dalam kes CAS 2020/A/7503 N v Fédération Internationale de Football Association (FIFA).

FAKTA

N (pemain bawah umur) memiliki dua kewaganegaraan iaitu Amerika Syarikat dan Hungary. Bapanya warganegara Amerika Syarikat manakala ibunya Hungary.

Pada bulan Julai 2020, N mengikuti ibunya berhijrah ke Hungary, tetapi kakak dan ayahnya tetap di Amerika Syarikat. Alasan mereka adalah keadaan pandemik dan untuk menjaga datuk dan neneknya yang telah berumur lanjut. N juga tidak boleh berenggang dengan ibunya.

Bulan September 2020, Persatuan Bolasepak Hungary membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) N daripada Persekutuan Bolasepak Amerika kerana penghijrahan ibu-bapa atas sebab yang tidak berkaitan dengan bolasepak. Bermakna, mereka berpandukan kepada pengecualian pertama di atas.

Permohonan ITC itu ditolak oleh FIFA, kerana tidak cukup syarat. N tidak berpuas hati dan merayu ke Mahkamah Timbangtara Sukan.

Mahkamah Timbangtara Sukan menolak rayuan N kerana berdasarkan bukti dan keterangan yang ada, penghijrahan ke Hungary sebenarnya ada kaitan dengan bolasepak. Apa yang berlaku adalah:-

a. Ibu N sendiri menyatakan ingin memberi lebih pendedahan kepada N dan peluang bermain di Eropah.

b. Garis masa kejadian, berpindah ke Hungary pada bulan Julai 2020, permohonan ITC bulan September 2020. Hanya berpindah ke Hungary apabila mendapat pengesahan dari kelab Hungary.

c. Hubungan terdahulu N dengan pasukan di Hungary, pernah berlatih bersama pada tahun 2017, dijemput untuk berlatih pada tahun 2018 dan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan.

d. Hanya ibu N sahaja berpindah, ayah dan kakak N masih di Amerika Syarikat.

Oleh itu, faktor bolasepak dalam penghijrahan ke Hungary adalah amat ketara. Dalam keadaan sedemikian, N telah gagal untuk menggunakan pengecualian yang diberi oleh FIFA dan oleh itu, tertakluk kepada larangan bahawa pemain di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan mendaftarkan perpidahan antarabangsa.

21/02/2022

KES SIS FORUM (MALAYSIA) DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

APA YANG BERLAKU?

SIS Forum mencabar FATWA PEMIKIRAN LIBERALISM DAN PLURALISM AGAMA oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi (Mahkamah Sivil). Namun, Mahkamah Tinggi berpendapat cabaran sepatutnya dibuat di Mahkamah Syariah kerana kewujudan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah ada kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Maka, SIS Forum membuat permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Negeri Selangor 2003 adalah tidak sah. KENAPA? Kerana alasan mereka, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak ada kuasa untuk menggubalnya.

APAKAH SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW)?

Ringkasnya, satu keadaan di mana mahkamah diberi kuasa untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh badan awam (biasanya kerajaan atau pihak berkuasa) atau membuat semakan terhadap sah atau tidak suatu undang-undang.

MAHKAMAH MANA YANG ADA BIDANG KUASA TERHADAP SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW)?

Prinsip asas menurut Perlembagaan Persekutuan ialah kuasa kehakiman (judicial power) bagi Persekutuan terletak ke atas Mahkamah Sivil sahaja. Kuasa kehakiman ini turut merangkumi semakan kehakiman (judicial review). Mahkamah Syariah p**a tidak ada kuasa untuk menyemak (review) tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa, sepertimana Mahkamah Sivil.

Perkara ini sebenarnya berbalik kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyenaraikan bidang kuasa negeri dan bidang kuasa persekutuan dalam menggubal undang-undang, khususnya Jadual Kesembilan.

Mahkamah Persekutuan pada akhirnya mendapati yang Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Negeri Selangor 2003 memang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membuat semakan kehakiman (judicial review).

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

Setelah meneliti prinsip kuasa kehakiman (judicial power), semakan kehakiman (judicial review) dan kuasa-kuasa yang ada di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan (dengan panel terdiri dari 9 orang hakim) dengan SEBULAT SUARA memutuskan dengan mengisytiharkan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Negeri Selangor 2003 adalah TIDAK BERPELEMBAGAAN, TERBATAL DAN TIDAK SAH kerana Dewan Undangan Negeri Selangor tidak ada kuasa untuk menggubalnya.

ISI PENTING KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

Keputusan di sini hanya menyentuh berkenaan bidang kuasa untuk menggubal undang-undang. Mahkamah Persekutuan tidak sama sekali menilai atau membuat keputusan berkenaan sah atau tidaknya fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu, baik dari sudut kandungannya atau prosedur.

Alasan Penghakiman Mahkamah Persekutuan termuat dalam Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, eJUDGMENT.

20/02/2022
RIZAB SUNGAIRizab asalnya perkataan Inggeris, reserve bermaksud simpanan. Pihak Berkuasa Negeri boleh, bagi tujuan awam,...
17/02/2022

RIZAB SUNGAI

Rizab asalnya perkataan Inggeris, reserve bermaksud simpanan. Pihak Berkuasa Negeri boleh, bagi tujuan awam, menyimpan (reserve) mana-mana tanah bagi tujuan ini.

Dalam konteks rizab sungai, ia bertindak sebagai penampan di antara sungai dan tanah yang bersebelahan dengannya bagi melindungi sungai dari aktiviti yang tidak diingini yang boleh menjejaskan fungsi sungai tersebut. Pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal samada secara sah atau tidak menyebabkan laluan semulajadi sungai mengalami kemerosotan secara beransur-ansur sebagai laluan yang membawa air dan sedimen, menyebabkan tebing sungai menjadi tidak stabil. Ini telah menyebabkan lebih kerap berlakunya banjir pada kawasan persekitaran berhampiran dengan sungai tersebut.

Fungsi rizab sungai:-

DATARAN BANJIR, iaitu satu ruang membolehkan luahan air mengalir, ruang pembentukan liku-liku sungai, ruang yang dapat mengurangkan kadaralir puncak di hilir sungai dan sebagai zon penampan untuk mengawal hakisan.

KEPERLUAN PEMBANGUNAN/PENYELENGGARAAN iaitu dari segi ruang untuk melebar dan melurus sungai pada masa hadapan, ruang untuk kemudahan-kemudahan sungai seperti pembinaan dan pembaikan benteng, untuk memelihara kestabilan benteng, laluan masuk dan ruang untuk kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan, ruang untuk penyimpanan sementara tanah buang serta ruang untuk kerja-kerja pengindahan dan kemudahan rekreasi.

ZON PENIMBAL, bagi pembiakan flora dan fauna serta lain-lain hidupan akuatik. Zon ini boleh dijadikan sebagai zon hijau di mana proses semulajadi sungai dapat dibenarkan berlaku seperti pembentukan liku-liku sungai, kawalan hakisan dan pencemaran serta kestabilan tebing.

PEWARTAAN RIZAB SUNGAI

Di Negeri Pahang, warta rizab sungai boleh didapati di https://jps.pahang.gov.my/index.php/maklumat/sungai-negeri-pahang/. Sebagai contoh, Sungai Benus dalam Daerah Bentong lebarnya 29 meter, rizab tebing p**a adalah 30 meter. Maka, jadilah keseluruhan selebar 89 meter dari kuala hingga ke ulu sungai.

Apabila kawasan-kawasan ini diwartakan bagi rizab sungai, ia tidak boleh digunakan bagi tujuan lain.

Sumber:-

Kanun Tanah Negara 1965.

Garis Panduan Untuk Pembangunan Melibatkan Sungai Dan Rizab Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran.

Gambar, Sungai Pahang di Kg Ganchong, Pekan.

ENAKMEN KAWALAN KERBAU-LEMBU (PAHANG) 2001 adalah suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan kerbau-lembu...
17/02/2022

ENAKMEN KAWALAN KERBAU-LEMBU (PAHANG) 2001 adalah suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan kerbau-lembu dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Sedikit tentang penyu, berkenaan pihak yang mempunyai bidang kuasa ke atasnya untuk membuat undang-undang berkaitan.
16/02/2022

Sedikit tentang penyu, berkenaan pihak yang mempunyai bidang kuasa ke atasnya untuk membuat undang-undang berkaitan.

Address

NO. A43-1 JALAM IM 7/19, SINARAN MAHKOTA, BANDAR INDERA MAHKOTA
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601110196341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abdul Razak, Zulkifli & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Abdul Razak, Zulkifli & Partners:

Share

Category