Wan Rosmawati & Associates

Wan Rosmawati & Associates |khidmat guaman|mengendalikan kes2 syariah|sedia & sahkan doc hibah,wasiat|berkongsi info undang2|

Alhamdulillah,selesai perkongsian bersama Kelab Sokongan Ibu tunggal.Moga memberi Manfaat.Program2 begini sebenarnya san...
22/07/2025

Alhamdulillah,selesai perkongsian bersama Kelab Sokongan Ibu tunggal.Moga memberi Manfaat.

Program2 begini sebenarnya sangat membantu pada mereka yg memerlukan bantuan perundangan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.Program2 begini biasanya dibuat oleh Kelab2 tertentu untuk memberi kesedaran dan/atau memberi jalan pada mereka yang memerlukan,tanpa mengira apakah status individu itu.

Program “legal sharing” adakalanya membuka jalan dan jalan penyelesaian pada kita dalam menyelesaikan masalah-masalah yang menyebabkan tekanan pada jiwa atau kerisauan termasuk lah penyelesaian berkaitan harta.

Terima kasih atas jemputan.

Peguam Syarie
TETUAN WAN ROSMAWATI &Assoc
19/7/2025

08/07/2025

*PEREBUTAN HARTA PUSAKA*

Assalamualaikum w.b.t

Kecoh di Socmed,*Datuk berebut harta pusaka dengan cucu*.Sejauh mana kesahihan cerita tersebut, Wallahu A’lam.

Kali ini saya berkongsi kedudukan datuk atau bapa kepada si mati,samada mereka terhalang dari mewarisi harta pusaka si anak atau tidak?

Dari kedudukan Hukum Syarak,ibu dan bapa kepada si mati TIDAK terhalang dari mewarisi harta pusaka anaknya samada anak yang meninggal itu anak lelaki atau anak perempuan.

Adakah sistem Faraid itu telah menzalimi waris si mati?sebagaimana tanggapan sesetengah netizen?Sudah Tentu Tidak ya tuan/puan.Jangan sesekali kita sebagai muslim berfikiran begitu,kerana kadar pembahagian faraid itu jelas disebut dalam Al-Qur’an.

Hukum Syarak telah memberikan kita panduan bagaimana perlu kita uruskan harta kita iaitu samada membuat hibah atau wasiat dan Faraid adalah kaedah pembahagian terakhir jika dua kaedah tadi tidak dibuat oleh si mati ketika hayatnya.Faraid adalah penyelesaian utk pembahagian jika persetujuan di kalangan ahli waris gagal dicapai.

Dalam kes-kes tinggalan harta pusaka ini memang tidak dapat dinafikan ada sebahagian dari ibu dan bapa si mati berebut harta dengan cucu dan kadang-kadang perebutan terjadi kerana keduanya mempunyai anak kesayangan lain dan harta yang direbutkan utk kepentingan anak tersebut. Jika hal ini terjadi,jangan lah berharap waris yg menerima pusaka tersebut akan menjalankan amanahnya.

Bahkan ada juga sesetengah kes-kes melibatkan tinggalkan harta pusaka ini,pasangan si mati menafikan bahagian ibu dan bapa si mati tersebut terutamanya jika si mati meninggalkan harta yg banyak.

Faraid itu satu sistem yang lengkap dan jelas.Bahkan telah dijelaskan siapakah yg berhak ke atas harta pusaka si mati dan berapa banyakkah bahagian yg layak diperoleh tanpa mana-mana pihak mengambil hak mana-mana pihak yg lain.

Ingat! jangan sesekali kita mengambil hak waris yang lain tanpa pengetahuan waris tersebut atau mengambil dengan tipu muslihat. Wang yg diperoleh dgn cara salah umpama *bara api* yg membakar secara perlahan-lahan harta lain yg kita ada.

Dan bagi mengelak pasangan kita dizalimi oleh waris kita yg lain atau waris kita dizalimi oleh pasangan kita,tetapkan lah dan tentukan lah bahagian masing-masing masa hayat kita masih ada.

Jika kita adalah waris kepada si Mati yg masih mempunyai anak kecil,tiada salahnya jika kita memberi ihsan dengan melepaskan hak tersebut kepada anak-anak si mati tersebut.

Sekian.Moga memberi manfaat.

Sila share utk manfaat bersama.💕

Peguam Syarie
7/7/2025


KENALKAH KITA SIAPA KAH WARIS YANG KITA TINGGALKAN BERSAMA ANAK-ANAK?Assalamualaikum wrt;Penulisan saya kali ini bukan l...
28/06/2025

KENALKAH KITA SIAPA KAH WARIS YANG KITA TINGGALKAN BERSAMA ANAK-ANAK?

Assalamualaikum wrt;

Penulisan saya kali ini bukan lah dengan niat mengajar pembaca supaya berburuk sangka pada keluarga,tetapi penulisan ini sebagai peringatan bagi sesetengah daripada kita.

Kadang kita macam kenal keluarga kita,tetapi siapa sangka mereka bukanlah mereka yg kita kenal masa hayat kita masih ada.Kadang,mereka berubah watak tatkala kita telah tiada.Dan malangnya anak2 kita menjadi mangsa rakusnya mereka.Lagi kesian jika anak2 kita masih kecil.

Penulisan ini saya kongsi sebagai kesedaran dari kisah benar.

******
Dalam kes ini,pasangan suami isteri bertungkus lumus membina empayar mereka sendiri iaitu menubuhkan syarikat dengan harapan syarikat tersebut akan diwarisi oleh anak-anak.si suami memegang share sebanyak 75%, manakala isteri p**a sebanyak 25%.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan 3 orang anak perempuan sahaja,tiada anak lelaki.

Syarikat yang ditubuhkan makin lama makin berkembang Dan mereka berjaya memiliki beberapa property tanah Dan bangunan.

Bila syarikat maju,datanglah kakak kepada si suami Dan telah mencadangkan anak lelakinya membantu syarikat tersebut.Disebabkan keluarga,maka pasangan tadi menerima baik cadangan tersebut.

Tidak lama kemudian,kesihatan si suami makin merosot mungkin terlalu focus pada perniagaan. Dan ketika itu anak sulong mereka baru sahaja berumur 12 tahun.

Atas dasar percaya,si suami telah mengamanahkan kepada anak kakaknya tersebut menguruskan syarikat Dan memegang saham yg beliau miliki sehingga anak sulong tersebut berusia 18 tahun.

Di saat si suami sedang kritikal,proses pemindahan saham berlaku.namun malangnya orang yg di amanahkan telah tersalah arah apabila menjadikan saham tersebut miliknya.

Di awal kematian si mati,Balu si mati tidak syak apa2 kejadian pelik hinggalah pendapatan syarikat mulai berkurang,selain mendapati anak saudara si mati tersebut telah membeli beberapa aset di luar negara.

Disebabkan kesangsian tersebut,Balu si mati mendapatkan nasihat perundangan Dan selepas dinasihati Dan disiasat,terkejutnya Balu si mati apabila mendapati saham sebanyak 75% tersebut telah bertukar tangan Dan pemindahan saham tersebut telah di mati stem,yang membawa maksud proses pemilikan saham telah sempurna menurut undang-undang.

*****
Sebahagian manusia bila diuji dengan harta,ada yang terkandas Dan ada juga yang berjaya.

Sebahagian manusia ada yg bahagia apabila melihat orang terdekat berjaya,tetapi ada juga yg iri,berburuk sangka Dan gembira bila melihat mereka tersungkur tidak berdaya.

Sebahagian manusia ada yg kelihatan gembira di depan mata apabila orang terdekat berada di puncak hasil usahanya,tetapi di belakang kita, mereka hanyalah berpura-pura Dan penuh agenda.
********

Harta tidak mengenal hubungan,saudara atau keluarga.Kadang ia jadi permata Dan kadang ianya merosakkan jiwa.

Peguam Syarie
WAN ROSMAWATI &ASSOCIATES
2 MUHARAM 1447H
28/6/25


27/06/2025
Assalamualaikum;Famous sungguh drama ni kan! saya percaya ramai netizen yang berangin dgn jalan cerita drama   tambah2 d...
23/11/2024

Assalamualaikum;

Famous sungguh drama ni kan! saya percaya ramai netizen yang berangin dgn jalan cerita drama tambah2 dengan watak Intan yang mempunyai hubungan dengan abang ipar sendiri.

Dalam realiti kehidupan agak2 ada ke tidak kejadian umpama ini berlaku?

Sebagai Peguam Syarie yang beramal,kejadian seperti ini memang wujud dan saya juga terkejut bila menerima kes adik sendiri berkahwin dengan abang ipar iaitu suami kepada kakak kandungnya,tergamak sungguh.

Dalam kes yang saya kendalikan lama dulu,saya didatangi seorang perempuan muda dan cantik.Beliau minta saya uruskan proses perceraian dgn suami.

Saya tanya apa alasan nak bercerai dan dia jawab,dia nak lepaskan suami supaya suami dapat kahwin dengan adik kandungnya.saya tanya ada anak?dia jawab ada seorang.Saya tanya lagi,siapa yg akan jaga anak?dan dia jawab,sy bagi suami saya.sekurang2 nya suami saya akan jaga dengan adik kandung saya.keselamatan anak saya lebih terjamin,lepas kes ini saya nak bawa diri.

Sedih p**a saya mendengar alasannya untuk bercerai.berkorban demi kebahagian keluarga.Lebih kesian apabila ibu sendiri menyokong tindakan si adik.Jadi si kakak terpaksa beralah dan bawa diri.

Saya faham dan blh terima jika jodoh si adik dengan abang ipar sendiri tp jika si kakak telah bercerai terlebih dahulu dan dia bukanlah puncanya.Tapi susah nk terima bila punca cerai si kakak kerana si adik tadi.

Kesan dari kejadian,si kakak membawa diri bertahun-tahun dan p**ang sesekali menjenguk anaknya.

Setelah bertahun,si kakak berkahwin lagi supaya dapat merapatkan semula hubunhan keluarga dan supaya si adik tidak berprasangka padanya.

Namun perkahwinan kedua hanya bertahan 2-3 tahun sahaja kerana suami baru cemburu tiap kali beliau berkunjung ke rumah ibunya utk bermanja dgn anak dan dia dituduh ingin berbaik semula dgn bekas suami(bekas suami dan adiknya tinggal bersama ibu).Akibat kejadian itu,beliau sering dipukul dan itulah punca perceraian perkahwinanya.

Dalam Islam,seorang lelaki tidak boleh berkahwin dgn adik/kakak kepada isterinya dan/atau ibu saudara kepada isterinnya. Lelaki tersebut hanya boleh mengahwini golongan ini hanya setelah isteri selesai menjalani iddah.

Jadi Iddah bagi isteri yg mempunyai haid adalah sehingga beliau selesai 3 KALI SUCI dan iddah bagi isteri yang hamil,sehingga beliau MELAHIRKAN.

kena ingat 3 KALI SUCI bukan 3 bulan.3 kali suci bergantung pada haid isterinya.Ada wanita datang haid 1 bulan 1x, Ada wanita datang haid 3 bulan sekali dan ada wanita datang haid 6 bulan sekali.

Apa jadi jika berkahwin sedangkan isteri belum habis iddah?
-perkahwinan yang dilangsungkan tadi menjadi fasid dan tidak sah.Kesannya anak yang dilahirkan tidak boleh dinasabkan kepada bapa dan tidak boleh diwalikan oleh bapa jika anak itu anak perempuan.

-kenapa xboleh dinasabkan?ini kerana dari awal si suami dan isteri tadi tahu kedudukan mereka dan perkahwinan yg dilakukan telah dilakukan dgn sengaja dan isu syubhah tidak timbul disitu.

Jadi,sebelum melakukan apa2 tindakan,pikir dulu kesan pada anak nanti.Jangan pikir sendiri sahaja.

Disebabkan itulah dalam drama ,Intan kena tunggu kakaknya bersalin dulu baru lah boleh kahwin dengan suami kakaknya utk elak perkahwinan mereka nanti tidak sah.

Sekian.Moga bermanfaat.

23/11/2024
Peguam Syarie
WANROSMAWATI & Associates



Makluman:--Sebarang pertanyaan boleh what’s app ke:-https//wa.me /011-1874 7009
07/11/2024

Makluman:-
-Sebarang pertanyaan boleh what’s app ke:-
https//wa.me /011-1874 7009

NUSYUZ BILA PERLU DIFAILKAN:-Nusyuz ini merupakan hak ekslusif yang diberikan Syarak dan Undang2 kepada suami.Namun,BUKA...
07/11/2024

NUSYUZ BILA PERLU DIFAILKAN:-

Nusyuz ini merupakan hak ekslusif yang diberikan Syarak dan Undang2 kepada suami.Namun,BUKANLAH bermaksud suami BOLEH sewenang2nya menghukum isterinya telah nusyuz dan bukanlah Suami itu yang boleh mensabitkan isteri telah Nusyuz.

Sabitan Nusyuz hanya boleh dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah yang mendengar kes tersebut.Suami yang mendakwa isterinya telah berlaku nusyuz perlu membuktikan tiap2 dakwaannya tersebut.Dan hak yg s**ar ditolak oleh undang2 ialah bila isteri dgn sengaja TELAH menolak nafkah batin suami dan/atau enggan berpindah ke kediaman suami dan/atau melakukan lain2 perkara yg bertentangan dengan syarak seperti mengaibkan suami TANPA suami melakukan apa2 mudharat pada tubuh badan isteri dan/atau mudharat pada mental isteri,dan/atau tanpa isteri mempunyai alasan munasabah dari segi perubatan ketika menolak ajakan suami.(rujuk seksyen 60 Enakmen Undang2 Keluarga Islam Selangor).

Sekiranya suami gagal membuktikan dakwaan tersebut,dakwaan suami akan ditolak oleh Mahkamah.

BETUL KE JIKA ISTERI DISABITKAN NUSYUZ,MAKA HAK ISTERI HILANG DALAM TUNTUTAN LAIN?

-Tidak betul.kesan nusyuz ialah isteri tidak berhak menerima nafkah dalam tempoh beliau telah disabitkan nusyuz.

-Isteri tidak dinafikan hak dalam tuntutan harta sepencarian,hak jagaan anak,mutaah dan nafkah tertunggak(jika ada).Ini kerana kesan sabitan tidaklah menafikan 100%,cuma mengurangkan sahaja iaitu setakat mengambilkira tempoh diluar sabitan.

-Isteri BOLEH hilang kelayakan sbg penjaga anak2 JIKA dakwaan nusyuz yg dikemukakan suami berkait dengan hubungan terlarang isteri bersama lelaki lain dan akhlak isteri.

Sekian.Moga bermanfaat.
7/11/2024




DILEMA ISTERI YANG TIDAK BEKERJA SETELAH DICERAIKAN:-Salam dan Salam sejahtera,“Puan,bekas suami saya failkan kes Injunk...
05/11/2024

DILEMA ISTERI YANG TIDAK BEKERJA SETELAH DICERAIKAN:-

Salam dan Salam sejahtera,

“Puan,bekas suami saya failkan kes Injunksi terhadap saya,beliau minta saya keluar dari rumah kelamin sebab iddah saya dh habis,tapi saya tiada rumah lain nak pergi,nak sewa pun xde duit”..itulah awal pertanyaan seorang wanita pada saya.Beliau berumur dalam lingkungan 50 tahun lebih.

“Puan bekerja semasa jadi isteri Pemohon/bekas suami?”tanya saya dan beliau menjawab pernah bekerja dan kemudian diminta berhenti supaya dapat menumpukan perhatian pd rumahtangga dan anak2.

Saya kesian sebab beliau telah berkorban demi kebahagian keluarga tapi nasib tak menyebelahi beliau,bilamana dibuang saat usia begini.Dibuang dalam keadaan beliau tiada sumber pendapatan dan tiada tempat lain untuk dituju.Saya nasihatkan beliau supaya jawab kes yg telah difailkan oleh bekas suaminya itu.Tambahan p**a beliau mempunyai bukti kukuh sebahagian modal membina rumah kelamin adalah hasil dari jualan harta pusakanya.Dan YA!itulah sumbangan langsung beliau sebenarnya yg dia sendiri tidak tahu.

Dan setelah kes berjalan beberap bulan,akhirnya Mahkamah memutuskan permohonan Pemohon iaitu bekas suami ditolak dan beliau (isteri tadi) dibenarkan tinggal di kediaman tersebut hingga tuntutan harta sepencarian selesai.

Nasihat saya untuk para isteri,khususnya suri rumah sepenuh masa,ketahui lah bahawa sekalipun kamu tidak bekerja dan hanya sebagai suri rumah sahaja,kamu tetap ada hak ke atas harta2 yang diperoleh oleh suami kamu ketika kamu dan beliau masih suami isteri.Banyak atau sikit bergantung pada kepada keadaan,namun bahagian kamu tetap ada.

Suami yang baik tidak akan menafikan hak bekas isterinya.Tidak akan menafikan pengorbanan2 kamu sepanjang bergelar isteri walaupun mereka mungkin menafikan bahagian % yang dituntut kamu.Tapi suami yang kurang baik,akan menafikan segala usaha kamu hatta ada yg menafikan si isteri tidak pernah menggosok(iron) bajunya sepanjang perkahwinan semata2 utk menolak tuntutan bekas isteri.

Sekian.Moga bermanfaat.
WRA-5/11/2024



HAK SUAMISetelah melalui proses perbicaraan yg agak lama disebabkan PKP,akhirnya Hakim Bicara memutuskan Defendan(bekas ...
23/08/2024

HAK SUAMI

Setelah melalui proses perbicaraan yg agak lama disebabkan PKP,akhirnya Hakim Bicara memutuskan Defendan(bekas isteri) disabitkan nusyuz kerana enggan tanpa sebab munasabah memenuhi permintaan suami melakukan hubungan kelamin..

Alhamdulillah kemenangan berpihak pada beliau.Ketika awal pertemuan,seorang suami merungut dan kecewa apabila si isteri tidak berhenti menuntut haknya tapi si isteri TERLUPA memberikan hak suami.Dan si suami p**a demi menjaga keharmonian rumahtangga hanya rela dalam terpaksa.

Disebabkan rela dalam terpaksa si suami memendam rasa.Dan si isteri beterusan terlupa memberikan suami haknya itu dengan alasan masalah kesihatan.Namun masalah kesihatan tersebut telah gagal dibuktikan kerana tiadanya laporan perubatan. Dan itulah penyebab penolakan oleh si isteri adalah penolakan tanpa sebab yang dibenarkan.

Pasti ramai beranggapan isu ini isu remeh bukan?Nampak remeh tapi sebenarnya kesannya sangat besar kerana hak suami yang susah dinafikan oleh isteri adalah menjaga nafkah batinnya apatah lagi jika suami tidak mengasari/menyakiti fizikal/mental si isteri.Ini kerana hak yang satu hak yang dijaga oleh syarak bagi pihak suami.

Ketika saya memutuskan mengambil
kes ini,saya telah menjelaskan ruang untuk menang sangat lah tipis kerana tiada bukti dan tiada saksi yang boleh menyokong dakwaan suami.Dan kes bergantung sepenuhnya pada proses bicara. Namun saya yakin si suami tadi menceritakan hal yang sebenar.Dan beliau setuju meneruskan kes walaupun peluang tipis.

Lebih malang lagi apabila suami TIDAK TAHU haknya yang dijaga syarak tersebut.

Saya menulis bukanlah untuk membela para suami TETAPI ada sebahagian isteri yang s**a menidakkan hak suami tetapi pantang jika haknya dinafikan.

Dan para suami p**a,ingatlah walaupun kamu diberikan hak menuntut mahkamah mensabitkan isteri kamu nusyuz,namun janganlah kamu menjatuhkan sendiri hukuman nusyuz tersebut sewenang-wenangnya atau terlalu ringan mulut tuduh isteri nusyuz,kerana sabitan nusyuz hanya boleh disabitkan oleh Mahkmah sahaja.

Hubungan rumahtangga Insyallah akan harmoni jika masing-masing menjaga hak satu sama lain.

Sekian.
23/8/2024
WAN ROSMAWATI & ASSOCIATES

Setelah

29/05/2024

Assalamualaikum wrt:-

Isu pengambilan semula anak angkat yang telah dijaga oleh keluarga angkat,betul ke keluarga kandung boleh ambik semudah itu tanpa keluarga angkat diberi hak yg telah menjaga anak tersebut?

Lama sebenarnya saya nak menulis pasal isu ini cuma tak berkesempatan.

Banyak sungguh kes yang anak angkat diambil begitu sahaja oleh keluarga angkat terutamanya bila anak tersebut telah besar.

Tiada ke ruang undang2(khusus bg muslim) yg memberikan hak kepada mereka dalam situasi begitu?

Ketahui lah para keluarga angkat,jika kamu telah menjaga anak tersebut sejak dari bayi lagi,langkah awal kamu boleh ambil selain sijil pengangkatan ialah sus**an anak tersebut supaya menjadi mahram pada kamu.

Menurut perundangan yang diamalkan hari ini,Mahkamah mengambilkira perkara utama dalam menjaga anak tersebut ialah memastikan kebajikan anak tersebut terjaga.Adakalanya ibu bapa kandung juga hilang kelayakan menjaga anak bila mereka TIDAK BOLEH menjaga dan memastikan kebajikan anak tersebut. Disebabkan itu juga wujudnya JKM.

Agaknya bila ibu dan bapa kandung kepada anak tersebut dengan rela menyerahkan anak untuk dijaga oleh keluarga angkat,ke mana tanggungjawab mereka ketika itu?ke mana sifat keibuan dan kebapaan mereka ketika itu?

Keluarga angkat pastinya tak kan bersetuju menerima dan menjaga anak tersebut untuk dijaga JIKA masa serahan dibuat,mereka maklumkan akan mengambil semula nanti anak tersebut.Apatah lagi keluarga angkat hanya menerima anak sahaja,tiada bekalan duit disediakan untuk memenuhi keperluan anak tersebut.

BILA KELUARGA ANGKAT DATANG MENUNTUT ANAK TERSEBUT,Boleh ke tangguhkan dulu?

Ya boleh.Pastikan ketika itu kamu dgn segera ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam Negeri yang kamu tinggal dan failkan Permohonan Hak Jagaan Sementara ex-parte(sebelah pihak),dalam masa yang sama Failkan tuntutan Hak Jagaan kekal anak tersebut. Sekali pun kamu bukan keluarga kandung namun kamu BOLEH failkan kes2 tersebut disebabkan kepentingan KEBAJIKAN anak tersebut. Apatah lagi fakta jelas menunjukkan sepanjang anak dalam jagaan kamu,anak tersebut tidak pernah terabai,didera atau kurang kasih sayang.

Bila perintah Hak Jagaan Sementara dikeluarkan,keluarga kandung TIDAK BOLEH mengambil anak tersebut sehinggalah kes hak jagaan kekal anak diputuskan.

Ketika ini ibu bapa kandunglah yang perlu buktikan kamu TIDAK LAYAK menjaga anak tersebut.

Dalam menentukan kelayakan menjaga,kebanyakan Hakim mengambilkira kebajikan anak tersebut dan tidak bagusnya menukar2 hak jagaan anak tersebut, Apatah lagi jika anak tersebut telah memunyai Hak Kafalah(membuat keputusan sendiri-pilih nak tinggal dengan siapa).

Jika Mahkamah memutuskan keluarga angkat sebagai penjaga kepada anak tersebut,maka ibu dan bapa kandung akan diberikan hak bersama dan bermalam dengan anak tersebut TANPA mereka boleh memisahkan terus anak tersebut dengan keluarga yang telah menjaganya.

Disebabkan telah ada nya beberapa kes yang mana anak kandung meninggal bila diambil semula oleh keluarga kandung,maka ketahui lah hak kamu dan hak anak tersebut.

Moga bermanfaat.

Sekian
29/4/2024.

https://fb.watch/sm_IOmpUfR/?mibextid=w8EBqM

19/04/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi mesenger atau emelkan ke 📮[email protected]

Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengakses no firma 011-3532 7009 kerana nombor ini telah diakses oleh pihak lain.

Pihak kami akan mengemaskini no telefon dalam masa terdekat.Segala kesulitan amatlah dikesali.

19/4/2024
WRA

Address

TINGKAT 1, NO. 34A, Jalan NIAGA BESTARI 8, PUNCAK BESTARI, BANDAR PUNCAK ALAM
Kuala
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135327009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Rosmawati & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wan Rosmawati & Associates:

Share