AADK Daerah Kuala Pilah

Call Directions Website

AADK Daerah Kuala Pilah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Pilah,
No.14 Jalan Bukit, 72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan

15/11/2026

Cuba bayangkan cahaya bintang yang kita nampak malam ni mungkin datang dari masa lalu. Jauh, lama, dan penuh cerita. Dari bintang kecil hingga galaksi yang luas, angkasa sentiasa buat kita rasa kagum dan ingin tahu.

Semua keindahan ini adalah ciptaan Tuhan yang tidak dapat kita gambarkan sepenuhnya dengan akal manusia. Lagi kita belajar tentang angkasa, lagi kita sedar betapa kecilnya kita dalam alam semesta yang begitu besar dan tersusun.

Kadang-kadang, cukup sekadar pandang langit malam untuk rasa tenang dan bersyukur. Angkasa bukan sekadar pemandangan ia satu peringatan tentang kebesaran ciptaan dan betapa banyak lagi yang masih belum kita terokai.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



14/11/2026
📢 PESADA (Pesanan Antidadah) – Menyantuni Masyarakat, Membina KesedaranPada hari ini, AADK Daerah Kuala Pilah telah mela...
13/11/2026

📢 PESADA (Pesanan Antidadah) – Menyantuni Masyarakat, Membina Kesedaran

Pada hari ini, AADK Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan aktiviti PESADA (Pesanan Antidadah) di Pasaraya Giant, Jalan Melang, Kuala Pilah, melalui edaran risalah/pamflet antidadah kepada masyarakat setempat sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Program ini bertujuan menyampaikan maklumat yang tepat, memupuk kesedaran awam serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras penyalahgunaan dadah demi mewujudkan komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.
-------------------------------------------------
📞 Jika anda atau orang terdekat berdepan masalah dadah, hubungi talian hotline AADK
1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233
Layari juga icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
kunjungi www.aadk.gov.my untuk
maklumat lanjut.





🌟

ADA MASALAH DADAH? JANGAN TAKUT, TAMPIL SUKARELA!Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Pilah sentiasa komited ...
13/11/2026

ADA MASALAH DADAH? JANGAN TAKUT, TAMPIL SUKARELA!

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Pilah sentiasa komited membantu individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah melalui perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara PERCUMA, RAHSIA, PROFESIONAL dan MESRA KELUARGA.

Jangan biarkan dadah memusnahkan kehidupan. Ambillah langkah pertama untuk berubah. Kami sedia membantu, pemulihan bermula dengan kesediaan anda!
------------------------------------------------
📞 Jika anda atau orang terdekat berdepan masalah dadah, hubungi talian hotline AADK
1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233
Layari juga icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
kunjungi www.aadk.gov.my untuk
maklumat lanjut.





🌟

13/11/2026

“Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.”
— Hadis Riwayat Al-Tirmizi.

Dalam menjalani kehidupan seharian, marilah kita menjauhi perkara yang sia-sia, memelihara tutur kata dan memanfaatkan setiap kesempatan untuk melakukan kebaikan.

Setiap tindakan yang membawa manfaat bukan sahaja membentuk peribadi yang lebih baik, malah mencerminkan akhlak mulia yang menjadi asas kepada keindahan Islam.

Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memilih perkara yang bermanfaat serta meninggalkan segala perkara yang tidak membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Sesungguhnya, akhlak mulia mencerminkan keindahan Islam.




13/11/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KOMANDER ESSCOM

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YDH DCP Datuk Abdul Fuad Abdul Malek atas pelantikan sebagai Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan serta terus dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan komitmen dalam menggalas amanah bagi memperkukuh keselamatan dan kestabilan di kawasan Pantai Timur Sabah.

Seluruh warga AADK mendoakan agar Datuk terus mencapai kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Ikhlas daripada,
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




13/11/2026

Perasan tak, cara kita beli sekarang dah berubah. Kalau dulu kita banyak pilih jenama luar. Sekarang, produk lokal seperti Brik, SVG, Poplook dan Christy Ng pun dah jadi pilihan. Kualiti kain, rekaan dan strategi mereka dah tahap dunia sampai banyak jenama antarabangsa terpaksa "gulung tikar".

Ini bukti anak muda kita punya kreativiti dan akal yang sangat tajam. Kita sebenarnya tak perlukan "keajaiban" luar untuk jadi genius. Kita cuma perlukan fokus, disiplin, dan prinsip yang tidak boleh dijual beli.

Kenapa kebangkitan jenama lokal ni penting sangat untuk kita jaga? Semuanya berbalik kepada akal yang menjadi aset paling bernilai. Usahawan lokal kita boleh berjaya hari ni sebab mereka betul-betul jaga kualiti fikiran untuk terus berfikir di luar kotak.
Dengan “standard Malaysia”, kita dah buktikan yang kita mampu bina empayar sendiri dimana kita bukan lagi bangsa yang sekadar tahu "meniru", tapi kita dah mula "meneraju".

Namun kena ingat, jenama yang boleh bertahan lama hanyalah jenama yang jujur. Macam tu jugalah dengan hidup kita, kejayaan tanpa integriti sebenarnya tak tumpah macam istana pasir yang cuma menunggu masa untuk runtuh.
Tapi persoalannya, di mana kedudukan kita dalam gelombang kejayaan ini?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



13/11/2026

DADAH BAWA RISIKO, KETAGIHAN BOLEH MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN!

Jangan mudah terpedaya dengan mitos kononnya terdapat dadah yang mampu memberikan ‘kebaikan’ tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Hakikatnya, penyalahgunaan dadah boleh membawa kepada ketagihan, menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, meruntuhkan hubungan kekeluargaan serta meningkatkan risiko penglibatan dalam kegiatan jenayah.

Namun, individu yang terjerumus dalam kancah penagihan bukan sekadar memerlukan teguran atau hukuman, sebaliknya sokongan keluarga, masyarakat serta akses kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan untuk membina semula kehidupan.

Ketagihan bukan pengakhiran segalanya kerana setiap individu masih mempunyai peluang untuk berubah dan kembali pulih.

Saksikan kupasan dan penjelasan lanjut daripada wakil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi rancangan Fail Mahkamah di TV3.

📅 Hari: Rabu
🕘 Masa: 9.00 malam
📺 Saluran: TV3

Jangan lupa saksikan! Fahami risiko penyalahgunaan dadah serta kepentingan sokongan dan rawatan dalam membantu individu menuju kepulihan.

Bagi mendapatkan khidmat nasihat, maklumat rawatan dan pemulihan dadah, hubungi Hotline AADK: 1-800-22-2235.

Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama. Lebih Baik Cegah!

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Address

No. 14 Jalan Bukit Pilah
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby law practices


Other Kuala Pilah law practices

Show All