Messrs Saiful Kasri & Associates

Messrs Saiful Kasri & Associates A legal firm established in year 2000. Providing a wide range of legal services in the areas of corp

13/09/2024

● THE PROPHET ●

Do not live half a life
and do not die a half death
If you choose silence, then be silent
When you speak, do so until you are finished
If you accept, then express it bluntly
Do not mask it
If you refuse then be clear about it
for an ambiguous refusal is but a weak acceptance
Do not accept half a solution
Do not believe half truths
Do not dream half a dream
Do not fantasize about half hopes
Half the way will get you no where
You are a whole that exists to live a life
not half a life.

~ Khalil Gibran

(Book: The Prophet https://amzn.to/3LqsqAN)

Penulisan ini adalah hasil nukilan seorang sahabat pengamal undang2 yang tersohor. Sila kongsikan sekiranya ia bermanfaa...
15/12/2023

Penulisan ini adalah hasil nukilan seorang sahabat pengamal undang2 yang tersohor. Sila kongsikan sekiranya ia bermanfaat untuk Anda...

POWER OF ATTORNEY / SURAT KUASA WAKIL

Baru-baru ini Bar Council ada sebarkan pekeliling berkaitan Power of Attorney atau Surat Kuasa Wakil yang banyak digunakan dalam transaksi berkaitan tanah.

Tujuan dibuat PA ini adalah untuk memberikan kuasa kepada pemegang PA untuk berurusan dengan hartanah itu sama ada untuk menyewa, menjual, memajak, mencagar dan lain-lain lagi.

Secara asasnya ada 3 jenis PA:

i. PA yang diberikan dengan balasan bernilai dan disebut secara nyata sebagai tidak boleh ditarikbalik, Maka PA ini tidak boleh ditarikbalik tanpa persetujuan penerima PA atau kematian pemberi PA, gila, bankrap dan lain-lain. PA sebegini sesuai diberikan kalau seseorang itu membeli satu hartanah dan telah membayar sepenuhnya harga jual beli tetapi nama dalam geran belum ditukar.

ii. PA yang diberikan untuk satu tempoh tertentu sama ada dengan balasan bernilai atau tidak. PA ini juga tidak boleh ditarikbalik tanpa persetujuan penerima PA atau kematian pemberi PA, gila, bankrap dan lain-lain dalam tempoh PA itu diberikan. PA sebegini sesuai diberikan untuk seseorang yang buat projek joint venture untuk develop tanah miliknya.

iii. PA yang diberikan tanpa balasan bernilai dan tidak dinyatakan dalam instrumen PA itu sama ada boleh ditarikbalik atau tidak. PA seperti ini boleh ditarikbalik tanpa persetujuan penerima PA atau kematian pemberi PA, gila, bankrap dan lain-lain.

Dr Zulqarnain Lukman
31 Oktober 2023

 AWAS! SEMAK “DASHCAM” ANDA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANANRakaman audio dan video yang dihasilkan oleh kamera papan pemuka...
20/04/2023



AWAS! SEMAK “DASHCAM” ANDA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Rakaman audio dan video yang dihasilkan oleh kamera papan pemuka (Dashcam) boleh dijadikan bukti penting untuk mengetahui punca sesuatu insiden, mengesan kenderaan atau individu dan menfailkan tuntutan insurans.

Data dari kamera “Dashcam” hendaklah diperolehi dengan cara yang betul dari sudut forensik bagi menjamin keutuhannya.

Jika terjadi kemalangan atau anda menjadi saksi kemalangan, lindungi kamera dan kad memori. Ikuti garis panduan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia bagi mendapatkan data secara forensik dari "Dashcam".

Sumber: CyberSecurity Malaysia

*Salah faham status Malaysia negara Islam, sekular perlu diperbetulkan*Oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed AdilMac 2...
29/03/2023

*Salah faham status Malaysia negara Islam, sekular perlu diperbetulkan*

Oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil

Mac 29, 2023 @ 10:00am

[email protected]

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara mengikut Perkara 4(1) dan dokumen penentu takdir mengambil kira kehendak tempatan.

Suruhanjaya Reid adalah suruhanjaya bebas dibentuk pada 21 Mac 1956 ditubuhkan bertujuan untuk merangka Perlembagaan sebagai persediaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara penting dibincangkan suruhanjaya dipengerusikan Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) seperti pembentukan sebuah kerajaan Pusat, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu, pengekalan hak istimewa orang Melayu dan pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan.

Hasilnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mula terpakai pada 31 Ogos 1957 sehingga hari ini adalah satu dokumen dapat diterima semua pihak daripada pelbagai latar kaum, bangsa dan agama.

Ia sebuah kontrak sosial dipersetujui tiga etnik besar, iaitu Melayu, Cina dan India yang membentuk Parti Perikatan pada masa itu.

Uniknya, agama Islam adalah satu-satunya agama disebutkan dalam Perlembagaan. Tiada agama lain disenaraikan dalam Perlembagaan, jauh sekali perkataan sekular.

Ini berbeza dengan negara seperti Turkiye dan India yang secara jelas menyebut perkataan sekular dalam Perlembagaan mereka.

Bermula dari Perkara 3(1) diperuntukkan Islam agama bagi Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 3 juga memperuntukkan berkaitan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri, manakala Yang di-Pertuan Agong p**a Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya serta negeri tiada beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bahagian I dan II Jadual Keempat menerusi Perkara 37 p**a memperuntukkan lafaz angkat sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menyaksikan baginda berdua sentiasa memelihara agama Islam.

Perkara 38 menerangkan fungsi dan peranan Majlis Raja-Raja seperti memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, memperkenan atau tidak undang-undang dan melantik anggota Mahkamah Khas.

Antara peruntukan lain dalam Perlembagaan yang mengesahkan lagi kedudukan istimewa agama Islam ialah Perkara 12(2), membenarkan kerajaan membelanjakan duit negara bagi pembangunan agama Islam: "…tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam ajaran dalam agama Islam…"

Meskipun Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pernah menjelaskan dalam sesi Parlimen, negara ini ialah negara sekular dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan hanya untuk tujuan rasmi negara, namun kenyataan beliau tidak sama sekali menjejaskan kedudukan sebenar Perlembagaan yang tidak menyebut perkataan sekular.

Begitu juga dengan kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988 yang mungkin dijadikan hujah bagi sesetengah peguam dan pengamal undang-undang mengakui Malaysia bukan negara Islam dan mengesahkan negara ini sebagai negara sekular.

Dalam kes ini, perayu mempertikaikan hukuman gantung mandatori bagi kesalahan mengedar dadah yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Pandangan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas bahawa agama Islam bukan hanya semata-mata ibadat khusus, tetapi meliputi satu cara hidup merangkumi pelbagai aktiviti kehidupan sama ada individu atau kemasyarakatan seperti undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan kehakiman wajar diteliti dalam mentakrif Perkara 3(1).

Perkara ini juga turut disokong Hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam memutuskan isu pemakaian serban tiga murid sekolah melalui kes Meor Atiqulrahman dan lain-lain melawan Fatimah Sihi dan lain-lain pada 2000.

Beliau mengatakan agama Islam ialah 'ad-deen' dan satu cara hidup, bukan khusus untuk upacara rasmi sahaja. Status Islam sebagai agama utama adalah mengatasi agama lain dan tidak boleh disamakan di negara ini.

Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi p**a berpendapat lazimnya, peruntukan agama rasmi bagi negara tidak dimasukkan dalam Perlembagaan negara dalam negara sekular dan tiada peruntukan serta bantuan diberikan bagi aktiviti agama.

Agama diberikan kedudukan tinggi

Jika dilihat dalam Perlembagaan, perkataan 'agama' itu sendiri diulang tidak kurang daripada 20 kali. Agama diberikan penekanan dan kedudukan tinggi, sekali gus membuktikan Perlembagaan bukan sekular kerana sekular bermaksud mengasingkan urusan duniawi dengan hal keagamaan.

Bapa Perundangan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim juga tidak dapat menerima pandangan mengatakan negara ini sekular.

Menurut beliau, Perkara 3(1) seharusnya meliputi undang-undang utama negara dan tidak disempitkan untuk upacara rasmi keagamaan semata-mata.

Menelusuri sejarah, undang-undang Islam adalah undang-undang utama negara (law of the land) sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Selain Islam, undang-undang ketika itu turut dipengaruhi elemen adat tempatan.

Hukum Kanun Melaka yang kemudian menjadi rujukan dan contoh bagi negeri lain banyak mengandungi peraturan dan hukuman berlandaskan agama Islam dan adat Melayu.

Hanya dengan kedatangan penjajah Inggeris, ia membataskan sedikit demi sedikit undang-undang Islam terhad kepada undang-undang diri dan keluarga sahaja.

Asalnya, dalam draf awal Perlembagaan tidak terdapat peruntukan Islam sebagai agama negara tetapi Hakim Abdul Hamid dari Pakistan membangkitkan persoalan itu dalam lampiran laporan Suruhanjaya Reid yang turut dianggotai beliau.

Kemudian, satu peruntukan mengenai Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam perlembagaan atas cadangan Parti Perikatan tanpa mengenepikan hak bukan Islam dalam menganut, mengamal dan menyebar agama mereka.

Namun begitu, agama lain tidak boleh dikembangkan dan disebar luaskan kepada orang Islam menurut Perkara 11(4).

Berdasarkan bukti dan hujah diberikan menerusi beberapa peruntukan terdapat dalam Perlembagaan, kes berkaitan dan pandangan tokoh, Islam diletakkan di tempat tertinggi di negara ini dan ia bergantung kepada individu untuk menilai dan mentafsir kepentingan Islam mengikut konteks hendak diketengahkan.

-------------------------------------------

Penulis adalah Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Pautan rencana
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/03/1083225/salah-faham-status-malaysia-negara-islam-sekular-perlu

Padah menghasut dan membangkitkan kebencian di kalangan masyarakat dengan fitnah dan menggunakan isu2 3R (Race, Religion...
19/03/2023

Padah menghasut dan membangkitkan kebencian di kalangan masyarakat dengan fitnah dan menggunakan isu2 3R (Race, Religion, Royalty) atau isu2 Perkauman, Agama & Institusi Di Raja, di sebarang platform media sosial, sehingga menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Anda boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua duanya sekali.

Anda juga boleh ditahan, disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Fikir2kanlah sebelum merelakan diri anda dijadikan penyambung lidah para pemfitnah dan perosak keharmonian masyarakat, serta pemecahbelah Ummat.

Hari ni nak berkongsi sedikit info berkenaan satu Skim Perlindungan di bawah PERKESO yang sangat kurang diketahui oleh r...
19/02/2023

Hari ni nak berkongsi sedikit info berkenaan satu Skim Perlindungan di bawah PERKESO yang sangat kurang diketahui oleh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang bekerja sendiri. Skim ini ialah satu skim yang dinamakan SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini diwujudkan untuk memberikan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai pemulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, di bawah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain, rakyat iaitu :

1. Pengangkutan Barangan atau Makanan
2. Pertanian
3. Penternakan
4. Perhutanan
5. Perikanan
6. Makanan
7. Pembuatan
8. Pembinaan
9. Penjaja
10. Premis Penginapan
11. Perniagaan Online
12. Teknologi Maklumat
13. Pemprosesan Data
14. Ejen
15. Perkhidmatan Profesional
16. Perkhidmatan Sokongan
17. Kesenian
18. Perkhidmatan Isi Rumah
19. Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Skim PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan p**a adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur

2. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

DOKUMEN DIPERLUKAN
1. Salinan kad pengenalan

2. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN
Pembayaran caruman boleh dibuat secara tahunan atau bulanan.

Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .

Antara Faedah-Faedah Yang ditawarkan Untuk Pencarum Skim ini.

1. FAEDAH PERUBATAN
2. FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
3. FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL
4. FAEDAH ORANG TANGGUNGAN
5. ELAUN LAYANAN SENTIASA
6. FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
7. KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL
8. FAEDAH PENDIDIKAN

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi sila Layari pautan ni..

https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keselamatan-sosial.html

Semoga penerangan ringkas ini memberikan manfaat kepada semua.

Sila berkongsi sekiranya penerangan ini bermanfaat untuk anda dan rakyat semuanya...

Wallahua'lam






27/12/2022
Wishing everyone a safe and enjoyable holiday season with all your loved ones.Merry Christmas & Happy New Year 2023!
24/12/2022

Wishing everyone a safe and enjoyable holiday season with all your loved ones.

Merry Christmas & Happy New Year 2023!

Macam terkena ke muka sendiri... Hahhaha
15/12/2022

Macam terkena ke muka sendiri... Hahhaha

Jangan biarkan golongan penabur fitnah & penunggang isu2 perkauman dan agama, terus berleluasa membohongi rakyat, menabu...
29/11/2022

Jangan biarkan golongan penabur fitnah & penunggang isu2 perkauman dan agama, terus berleluasa membohongi rakyat, menabur fitnah, merosakkan minda generasi muda dan mengancam perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mulai daripada hari ni, kita semua mesti laporkan kepada pihak berkuasa. Hantar link dan screenshot kepada MCMC:

Whatsapp - wassap.my/60162206262
Email - [email protected]

Address

Lot 2-1-57, 1st Floor, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Seri Rampai
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341442374

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs Saiful Kasri & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Messrs Saiful Kasri & Associates:

Share

Category