NSA LEGAL

NSA LEGAL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NSA LEGAL, Lawyer & Law Firm, C-21-01, KL Trillion (Office Tower) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Salam Maulidur Rasul.May the exemplary character of Prophet Muhammad ﷺ continue to inspire us to uphold truth, practise ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul.

May the exemplary character of Prophet Muhammad ﷺ continue to inspire us to uphold truth, practise justice, and fulfil our responsibilities with compassion and integrity.

Warm wishes from all of us at NSA Legal.

Setiap SME mempunyai keperluan kontrak yang berbeza mengikut operasi dan urusan perniagaan.Daripada urusan dengan pelang...
20/08/2026

Setiap SME mempunyai keperluan kontrak yang berbeza mengikut operasi dan urusan perniagaan.

Daripada urusan dengan pelanggan, pembekal, pekerja sehingga rakan niaga, kontrak yang jelas membantu menetapkan hak, tanggungjawab dan jangkaan setiap pihak.

Kenali 6 jenis kontrak yang lazimnya penting untuk sesebuah SME dan fahami fungsinya sebelum membuat sebarang komitmen.

Untuk maklumat umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.

Template kontrak yang diperoleh secara online boleh membantu sebagai draf awal, tetapi ia tidak semestinya sesuai diguna...
19/08/2026

Template kontrak yang diperoleh secara online boleh membantu sebagai draf awal, tetapi ia tidak semestinya sesuai digunakan terus untuk setiap perniagaan.

Sebelum digunakan, pastikan kontrak tersebut sesuai dengan undang-undang dan amalan di Malaysia, disesuaikan dengan urusan sebenar bisnes, serta mempunyai klausa penting yang telah diperiksa.

Gunakan template sebagai titik permulaan dan pastikan terma perjanjian benar-benar sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Celebrating 3 years of NSA Legal.Our 3rd Anniversary falls on 8 August, and we marked the occasion with a 3D2N team retr...
18/08/2026

Celebrating 3 years of NSA Legal.

Our 3rd Anniversary falls on 8 August, and we marked the occasion with a 3D2N team retreat in Penang.

From shared meals and exploring Armenian Street to taking on challenges at ESCAPE Penang, the retreat gave us the chance to connect outside the office, understand one another better, and strengthen the teamwork we bring into our work every day.

We’re grateful for how far we’ve come, and even more grateful for the people who have been part of the journey.

Here’s to stronger connections, continued growth, and the years ahead.

Perjanjian pembekal yang tidak jelas boleh menimbulkan salah faham dan pertikaian di kemudian hari.Antara perkara yang s...
18/08/2026

Perjanjian pembekal yang tidak jelas boleh menimbulkan salah faham dan pertikaian di kemudian hari.

Antara perkara yang sering terlepas pandang ialah spesifikasi barang, terma bayaran, tempoh penghantaran, piawaian kualiti dan prosedur penamatan.

Sebelum tandatangan, pastikan semua terma penting dinyatakan dengan jelas dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Semak dahulu, supaya urusan perniagaan lebih teratur dan risiko dapat dikurangkan.

Untuk maklumat umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.

Sudah membuat bayaran kepada kontraktor, tetapi kerja pengubahsuaian masih tidak siap dan kontraktor p**a gagal dihubung...
29/07/2026

Sudah membuat bayaran kepada kontraktor, tetapi kerja pengubahsuaian masih tidak siap dan kontraktor p**a gagal dihubungi?

Dalam situasi seperti ini, pemilik rumah mungkin boleh mempertimbangkan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, jika tuntutan tersebut berada dalam bidang kuasanya, atau melalui tindakan sivil di Mahkamah Majistret.

Sebelum mengambil langkah seterusnya, kumpulkan dokumen penting seperti:

-quotation atau kontrak;
-resit dan bukti pemindahan wang;
-gambar kemajuan kerja;
-mesej WhatsApp atau e-mel;
-anggaran kos untuk menyiapkan baki kerja.

Jumlah yang boleh dituntut dan saluran yang sesuai bergantung pada fakta, dokumen, kerja yang telah disiapkan dan kerugian sebenar yang dapat dibuktikan.

Dapatkan nasihat daripada NSA Legal untuk memahami pilihan yang sesuai berdasarkan situasi anda.

Setiap kes mempunyai fakta yang berbeza. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang.

Malam kelmarin tak dapat tidur kerana bunyi bising. Semalam p**a kawasan parkir dipenuhi puntung rokok. Hari ini menerim...
28/07/2026

Malam kelmarin tak dapat tidur kerana bunyi bising. Semalam p**a kawasan parkir dipenuhi puntung rokok. Hari ini menerima ugutan melalui WhatsApp.

Pernah berdepan situasi seperti ini?

Ramai yang menyangka semua masalah dengan jiran hanya boleh diselesaikan melalui saman. Hakikatnya, tindakan yang sesuai bergantung kepada jenis masalah yang berlaku. Ada keadaan yang lebih sesuai dilaporkan kepada PBT, ada yang memerlukan laporan polis, dan ada juga yang boleh dibawa ke mahkamah.

Untuk maklumat umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.

Kerja gig nampak stabil, tetapi adakah anda dilindungi jika berlaku kemalangan? 🛵 Ramai rider menyangka mereka dilindung...
27/07/2026

Kerja gig nampak stabil, tetapi adakah anda dilindungi jika berlaku kemalangan? 🛵 Ramai rider menyangka mereka dilindungi seperti pekerja tetap, tetapi tuntutan pampasan kerap ditolak atas status kontraktor bebas.

Sebenarnya, Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) dan Akta 789 (SKSPS PERKESO) wujud untuk melindungi anda. Anda berhak mendapat layanan adil serta layak menuntut Faedah Perubatan dan Hilang Upaya jika ditimpa musibah.

Pastikan anda mendaftar PERKESO sebelum kemalangan berlaku dan tuntut dalam tempoh 12 bulan. Ketahui hak anda, layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Ramai pemilik perniagaan kecil dan sederhana (SME) kini menggunakan chatbot AI untuk membantu melayan pertanyaan pelangg...
22/07/2026

Ramai pemilik perniagaan kecil dan sederhana (SME) kini menggunakan chatbot AI untuk membantu melayan pertanyaan pelanggan, terutamanya bila jumlahnya mencecah beratus-ratus sehari. Ia jimatkan masa, jimatkan tenaga, dan bekerja tanpa henti.

Tapi macam mana kalau chatbot tersebut buat silap? Contohnya, menjanjikan diskaun 50% yang sebenarnya tidak sah. Pelanggan sudah screenshot, pelanggan sudah menuntut. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?

Ramai tidak sedar bahawa di bawah undang-undang, pemilik perniagaanlah yang bertanggungjawab atas setiap kandungan dan respons yang dihasilkan oleh chatbot mereka sendiri.

Dalam post ini, kami kongsikan apa yang perlu anda tahu sebagai pemilik SME, serta langkah mudah untuk melindungi bisnes anda daripada risiko ini.

Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.

Apabila pertikaian perniagaan berlaku, ramai yang terus beranggapan bahawa saman dan mahkamah adalah satu-satunya jalan ...
10/07/2026

Apabila pertikaian perniagaan berlaku, ramai yang terus beranggapan bahawa saman dan mahkamah adalah satu-satunya jalan penyelesaian. Hakikatnya, terdapat pendekatan lain yang boleh dipertimbangkan.

Resolusi Pertikaian Alternatif (ADR) merupakan satu mekanisme penyelesaian pertikaian yang melibatkan prosedur yang berbeza daripada litigasi. Ia merangkumi beberapa kaedah seperti timbangtara, mediasi dan rundingan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan setiap kes.

Memahami pilihan yang ada membolehkan anda membuat keputusan yang lebih tepat untuk perniagaan anda sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Lihat gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADR dan bagaimana ia boleh menjadi pertimbangan dalam pengurusan pertikaian perniagaan anda.

Kongsi post ini kepada rakan perniagaan yang mungkin memerlukan maklumat ini.

Ada soalan? Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.

Address

C-21-01, KL Trillion (Office Tower) Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NSA LEGAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share