Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates

Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates Peguam Syarie yang beramal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Perak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.Syawal hadir sebagai tanda kemenangan...
01/04/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Syawal hadir sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, mengajar kita erti kesabaran, ketabahan, dan keikhlasan. Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, marilah kita menghiasi hati dengan kemaafan, menyemai kasih sayang, dan memperkukuh silaturahim.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan kepada semua. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya dan dipenuhi dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.




18/09/2024

Alhamdulillah, Sedikit perkongsian berkaitan anak tak sah taraf ('bin Abdullah') rentetan dari isu GISBH dan Ops Global yang melanda negara tika ini.

Terima Kasih TVAlhijrah Berita AlHijrah diatas peluang yang diberikan.

Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates

Kaedah laluan pantas (fast-track) diperkenalkan di Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang untuk menyegera...
30/07/2024

Kaedah laluan pantas (fast-track) diperkenalkan di Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang untuk menyegerakan penyelesaian kes, asalkan terdapat persetujuan bersama daripada kedua-dua belah pihak yang bertikai. Berita baiknya lagi, kedua-dua pihak berkenaan hanya perlu menghadirkan diri sekali sahaja ke mahkamah dengan kesnya akan didaftar, didengar, diadili dan dikeluarkan perintah bersih pada hari yang sama.

๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ—๐Ÿ“ ๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐’ ๐Š๐„๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐„๐‹๐„๐’๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐“๐€๐‡๐”๐.
Dr. Roziana Mat Amin, 16 Julai 2024, 9.00 pagi

STIGMA masyarakat yang mendakwa berlakunya lambakan kes tertunggak bagi pembubaran perkahwinan di mahkamah syariah semakin memudar semenjak sedekad kebelakangan ini.

YAA Datoโ€™ Setia Dr. Mohd. Naโ€™im Mokhtar (pada ketika itu) yang merupakan Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan kes tertunggak merupakan kes yang diselesaikan melebihi 365 hari. Walau bagaimanapun, usaha sentiasa diambil dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kes secara holistik, iaitu dengan kadar yang lebih singkat tanpa pengabaian terhadap hak pasangan yang bertikai.

Statistik yang dikeluarkan JKSM menunjukkan terdapat 683,381 kes pembubaran perkahwinan difailkan di seluruh negara sepanjang 2005 sehingga 2019.

Dalam tempoh 15 tahun ini, statistik juga merekodkan peningkatan pemfailan kes pembubaran perkahwinan mencecah sehingga 100,000 kes bagi setiap lima tahun, seolah-olah tiada indikator menunjukkan akan berlakunya penurunan pemfailan kes berkenaan.

Ironinya, walaupun berlaku peningkatan pemfailan kes, namun suara rungutan disebabkan kes tertunggak semakin menyepi dan tidak galak seperti di awal 1990-an sehingga awal 2000-an.

PERBANDINGAN

Bagi mengesahkan peningkatan penyelesaian kes pembubaran perkahwinan di mahkamah syariah seluruh negara, maka rujukan dan perbandingan dilakukan terhadap 545,740 kes yang difailkan dari 2010 hingga 2014 dan 2015 hingga 2019.

Berdasarkan statistik tersebut, saya mengklasifikasikan tempoh masa penyelesaian kes kepada lima kategori iaitu kes yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 90 hari, 91 hingga 180 hari, 181 hingga 270 hari, 271 hingga 365 hari dan kes yang diselesaikan melebihi 365 hari.

Hasilnya didapati daripada 239,286 jumlah kes pembubaran perkahwinan yang didaftarkan sepanjang 2010 hingga 2014 terdapat sebanyak 159,972 kes (67 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 90 hari, 31,717 kes (13 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 91 hingga 180 hari, 14,280 kes (6 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 181 hingga 270 hari, 8,512 kes (4 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 271 hingga 365 hari, manakala 24,805 kes (10 peratus) diselesaikan dalam tempoh melebihi 12 bulan.

Bagi tempoh 2015 hingga 2019 p**a, terdapat 306,454 kes yang didaftarkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 232,905 kes (76 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 90 hari, 33,710 kes (11 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 91 hingga 180 hari, 15,323 kes (5 peratus) berjaya diselesaikan dalam tempoh 181 hingga 270 hari, 9,194 kes (3 peratus) kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 271 hingga 365 hari, manakala 15,323 kes (5 peratus) diselesaikan dalam tempoh melebihi 12 bulan.

Berdasarkan statistik tersebut dapat disimpulkan berlaku peningkatan signifikan bagi penyelesaian kes dalam tempoh 90 hari iaitu daripada 67 peratus sepanjang 2010 hingga 2014 kepada 76 peratus sepanjang 2015 hingga 2019.

Penurunan sebanyak dua peratus dicatatkan bagi penyelesaian kes dalam tempoh 91 hingga 180 hari, penurunan satu peratus bagi tempoh 181 hingga 270 hari, penurunan satu peratus bagi penyelesaian kes dalam tempoh 271 hingga 365 hari, manakala peratusan penurunan terbanyak iaitu berjumlah lima peratus direkodkan bagi penyelesaian kes melebihi 365 hari.

Ini bermakna sepanjang 2015 hingga 2019, peratusan terbesar kes iaitu masing-masing sebanyak 76 peratus dan 87 peratus diselesaikan dalam tempoh 90 dan 180 hari dari tarikh fail didaftarkan, menjadikan jumlah yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 365 hari adalah sebanyak 95 peratus.

Daripada penelitian ini juga didapati hanya lima peratus kes yang diselesaikan melebihi tempoh 365 hari berbanding 10 peratus yang diselesaikan sepanjang 2010 hingga 2014.

Menariknya, Selangor merekodkan pemfailan kes pembubaran tertinggi dengan 62,049 kes sepanjang 2015 hingga 2019, menunjukkan trend peningkatan penyelesaian dengan 97 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 365 hari, berbanding hanya 86 peratus yang diselesaikan sepanjang 2010 hingga 2014.

INISIATIF

Pelbagai inisiatif dilakukan JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri (MSN) bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Tidak sekadar menerusi statut, peruntukan tersebut turut diperkemas dengan kewujudan Arahan Amalan, kaedah-kaedah, pekeliling Ketua Hakim Syarie serta prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan segala kes dapat didengar dan diadili dengan sebaiknya.

Begitu juga pelbagai inovasi bagi menangani isu birokrasi, kekerapan penangguhan, kerumitan dan kelewatan penyelesaian kes termasuklah memperkenalkan sistem e-syariah bagi pengurusan sistem pemfailan.

Malah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang, kaedah laluan pantas (fast-track) diperkenalkan untuk menyegerakan penyelesaian kes, asalkan terdapat persetujuan bersama daripada kedua-dua belah pihak yang bertikai. Berita baiknya lagi, kedua-dua pihak berkenaan hanya perlu menghadirkan diri sekali sahaja ke mahkamah dengan kesnya akan didaftar, didengar, diadili dan dikeluarkan perintah bersih pada hari yang sama.

Sungguhpun kaedah ini berupaya mengelakkan kes tertangguh, namun bukanlah bermakna hakim dengan mudahnya mengeluarkan penghakiman tanpa pertimbangan dan usul periksa.

Ini kerana setiap prosedur serta aspek keterangan perlu diperhalusi dan dititikberatkan, apatah lagi apabila kes yang diputuskan tersebut terdedah kepada proses semakan dan rayuan sekiranya terdapat kekhilafan dari aspek perundangan dan hukum syarak.

Justeru bagi mengimbangi keterdesakan masyarakat, keperluan menyelesaikan kes dalam tempoh yang singkat serta memelihara izzah (kemuliaan) mahkamah, JKSM sentiasa berusaha mempertingkatkan keilmuan dan kompetensi hakim menerusi siri kursus, bengkel dan latihan yang dianjurkan.

Signifikannya, kesedaran para hakim mengikat diri dengan ayat 8, surah al-Maidah untuk sentiasa berlaku adil menjadi keutamaan ketika menjunjung amanah mulia tersebut.-UTUSAN

DR. Roziana Mat Amin ialah Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

#๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช
#๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ง๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ
#๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ

๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป
19/09/2023

๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

Hidup yang aman dan dipenuhi dengan keberkatan menjadi dambaan setiap manusia. Dalam Islam, kita dianjurkan untuk berdoa agar dilindungi dan dijauhkan daripada perkara buruk yang merugikan dan berbahaya.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT, Insya-Allah.





Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445 H. Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates
18/07/2023

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445 H.

Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates

Assalamualaikum.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.Semoga diterima segala amalan kita di bulan Ramadhan ya...
22/04/2023

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Semoga diterima segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lepas dan dapat terus istiqomah dilakukan pada bulan-bulan mendatang.

Insya Allah semoga direzekikan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.


22/03/2023

Notis Makluman.
Waktu Operasi Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1444h/2023

22/03/2023

MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR SEPANJANG BULAN RAMADAN TAHUN 2023



Assalamualaikum w.b.t.Firma Nadhirah Munir & Associates menawarkan perkhidmatan guaman dalam permasalahan Syariah. Firma...
06/02/2023

Assalamualaikum w.b.t.

Firma Nadhirah Munir & Associates menawarkan perkhidmatan guaman dalam permasalahan Syariah. Firma guaman kami juga yang menyediakan khidmat konsultasi berkaitan kes di Mahkamah Syariah dan khidmat rundingan keluarga.

Antara perkhidmatan syariah yang ditawarkan oleh firma kami adalah sebagaimana berikut :-

1. Permohonan Faraid Harta Pusaka
2. Tuntutan Hibah & Wasiat
3. Tuntutan Putus Tunang
4. Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara atau Sindiket
5. Tuntutan Perceraian iaitu fasakh, Ta'liq, Khuluk.
7. Tuntutan Nafkah Anak & Isteri
8. Tuntutan Mutaah (Sagu Hati Perkahwinan)
9. Tuntutan Harta Sepencarian
10. Tuntut Hak Jagaan Anak
11. Jenayah Syariah
12. Rayuan Syariah (Mal & Jenayah)
13. Penguatkuasaan & Perlaksanaan Perintah.

Page ini akan berkongsi info dan ilmu berkaitan tuntutan kes di Mahkamah Syariah.

Sila hubungi/WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan dan nasihat guaman syarie berkaitan kes-kes di mahkamah syariah.

Call / WhatsApp ๐Ÿ‘‡

https://en.wh.ms/60195137519









Salam Jumaat โค๏ธโค๏ธโค๏ธ
27/01/2023

Salam Jumaat โค๏ธโค๏ธโค๏ธ


13/01/2023

Address

Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50350

Telephone

+60195137519

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie : Nadhirah Munir & Associates:

Share

Category