08/07/2025
✅SYUKUR! BERJAYA MEMBELA KLIEN DARI SAMAN SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM YANG MENYAMAR SEBAGAI PERNIAGAAN FINANCIAL ADVISORY!
[04.07.2025] Baca perjalanan kes di bawah untuk faham👇🏼
Bicara dan hujahan dijalankan oleh rakan-rakan kongsi firma guaman, Tuan Hj. Nizam Bashir & saya.
•Latar belakang:
1. Pada 2022, Plaintif dakwa kononnya telah berikan Friendly loan berjumlah RM72k kepada klien kami, dan samannya atas dasar ringkas itu, kerana tiada bayaran semula;
2. Kami telah mengupas fakta kes satu demi satu, termasuk bukti perbualan Whatsapp, dokumen2 dan mendapati sebenarnya Plaintif menjalankan sindiket, khususnya kepada klien kami dengan:
a. Menawarkan refinancing loan Rumah klien kami bernilai RM425k waktu itu, yang mana klien akan dapat “cash in hand” dan “processing fees” RM45,500 akan dicaj berserta bayaran semula wang didahulukan - selepas loan approved oleh Bank dan refinancing loan diterima.
b. Pekerja Plaintif telah approach klien kami dan memperdaya klien kami untuk mengikut percaturan sindiketnya - yang mana proses flow ditulis dalam helaian2 kertas dan dibual dalam whatsapp dan klien kami diarahkan untuk ikut “step” dan berikan butir-butir kewangan, laporan house valuation, slip gaji, penyata kwsp, dsb.
c. Klien kami waktu itu baru berhenti kerja pada bulan Julai 2021 dan bekerja freelance. Tidak lagi dicarum KWSP. Menurut Plaintif, “credit score” Klien kami perlu dinaikkan;
d. Selepas kami siasat dengan pihak berkaitan, ia kemudian diketahui:
i. Refinancing Loan telah dipohon kepada Bank oleh Plaintif pada Disember 2021 dan approve pada Januari 2022. Klien tidak ada sign apa-apa Borang Loan Application& Slip gaji terakhir hanya Julai 2021. Beliau hanya diarahkan untuk datang beri thumbprint scan di Bank;
ii. Pegawai KWSP sahkan Plaintif telah secara senyap mendaftarkan dalam sistem KWSP bahawa Klien kami sebagai “pekerja” dan suatu perniagaan tidak dikenali (“Perniagaan E”) sebagai “majikan” klien kami. Caruman KWSP dibuat Perniagaan E kepada akaun KWSP klien kami meniru amaun sama seperti majikan terdahulu klien kami - jumlah semua RM12k;
iii. Plaintif membuat full settlement RM60k bagi Pinjaman Sewa Beli (Hire Purchase) kereta Klien kami;
iv. Bayaran-bayaran tersebut dibuat untuk naikkan “credit score”.
3. Klien kami kemudian tidak bersetuju untuk ambil Loan Refinancing tersebut, kerana terma-terma tidak seperti yang dijanji asal;
4. Tidak puas hati, Plaintif menyaman, namun ia pada mulanya tidak menceritakan hal sebenar, cuma didakwa ada “friendly loan”;
•Kami telah bangkit dalam pembelaan:
1. Transaksi-transaksi yang dibuat Plaintif sebenarnya secara kolektif & “part and parcel” adalah sindiket untuk menyamar pinjaman wang haram, sebagai permohonan loan yang biasa - walaupun loan tidak diterima. Bayaran Kereta & KWSP adalah “pinjaman” dan “processing fees” adalah interest haram yang ingin dibuat;
2. Ia sindiket & skim untuk memperdaya Bank & pihak berkuasa penguatkuasaan, seperti KWSP;
3. Ia sindiket & skim yang melanggar akta undang-undang (Akta Pemberi Pinjam Wang 1951; Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, dsb). Oleh itu, Plaintif tidak boleh menuntut apa-apa kerugian & transaksi-transaski dibuat tidak boleh dikuatkuasakan.
•Apa yang terjadi sewaktu bicara:
1. Plaintif mengaku ia berikan kepercayaan kepada Klien kami bahawa ia jalankan perniagaan financial advisory sah dan berdaftar. Bila disoal balas, apa-apa sijil pendaftaran gagal dikemukakan;
2. Saksi-saksi Plaintif didapati banyak menipu dan bercanggah cerita apabila disoal balas tentang sindiket yang dijalankan;
3.Bekas pekerja Plaintif mengaku ada unsur proses “illegal” sebab babitkan caruman KWSP palsu & approval refinancing bank dengan mudah , tanpa borang permohonan & dokumen sokongan terkini.
4. Pegawai KWSP yang dipanggil Sepina oleh kami sebagai saksi mengaku bahawa nama Klien kami didaftarkan sebagai pekerja yang dicarum KWSP dengan Perniagaan E, yang memang tidak benar dan palsu.
•Keputusan Mahkamah:
1. Mahkamah bersetuju dengan hujahan dan pembelaan kami bahawa transaksi-transaksi yang dibuat Plaintif adalah satu bentuk penyamaran bagi kegiatan pinjaman wang tidak berlesen, iaitu kesalahan di bawah undang-undang;
2. Kerugian tidak mengatasi undang-undang - walaupun Plaintif telah mengalami kerugian kewangan, Mahkamah terikat dengan undang-undang (Akta Pemberi Pinjam Wang 1951), yang tidak memberi ruang budi bicara untuk Mahkamah benarkan tuntutan transaksi yang melanggar undang-undang.
Syukur Alhamdulillah untuk anakguam kami yang diberi pembelaan yang adil.🤲🏻
**Alasan Ringkas Mahkamah dalam Gambar di bawah: