15/10/2022
Apa yang pembeli rumah dapat dari Belanjawan 2023
-pembeli rumah kali pertama akan menyokong pengecualian duti setem 100 peratus yang diumumkan sebelum ini bagi memorandum pemindahan membabitkan kediaman berharga RM500,000 dan ke bawah sehingga akhir 2025.
-Pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus untuk hartanah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM1 juta, hanya sehingga 31 Dis 2023.
-Pindah milik harta tanah antara keluarga akan dikenakan bayaran bagi duti setem sebanyak RM10 sahaja
-Peruntukan RM3 bilion kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) untuk 12,000 peminjam terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig.
-Kadar siling bantuan bina rumah baru dinaikkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta.
-RM367 juta diperuntukkan untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar, termasuk projek baharu di Terengganu dan Perlis, yang dijangka memanfaatkan lebih 16,000 isi rumah B40.
-Sebanyak 4,250 unit rumah bernilai RM358 juta akan dibina di bawah program Rumah Mesra Rakyat.
Tapi anda p**a rasa macam mana? Bagi anda belanjawan 2023 dah dah cukup bermanfaat atau tidak? Cuba komen sikit.