17/04/2025
China pegang ekonomi Malaysia? Ini rahsia disebalik 31 MOU yang ramai tak tahu.
Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dengan menandatangani 31 Memorandum Persefahaman (MOU) bersama China yang merupakan satu langkah strategik yang menandakan kematangan hubungan dua hala serta keterbukaan negara dalam memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan, khususnya dalam bidang perniagaan dan ekonomi global.
Dari sudut perniagaan, MOU ini menyentuh pelbagai sektor utama antaranya :
-Tenaga boleh diperbaharui
-Teknologi hijau
-Pembangunan infrastruktur
-E-dagang
Apa maksudnya untuk perniagaan Malaysia?
Pertama, akses kepada pelaburan.
Syarikat tempatan, khususnya SME, akan berpeluang untuk bekerjasama dengan pemain industri besar dari China, bukan hanya dari segi dana, tetapi juga dari segi teknologi, pengurusan rantaian bekalan, dan kepakaran teknikal.
Kedua, ia membuka peluang untuk pemindahan teknologi dan pengembangan pasaran.
Dengan hubungan ini, syarikat Malaysia boleh memperluas pasaran mereka ke China yang mempunyai lebih 1.4 bilion pengguna.
Namun begitu, peluang ini datang dengan cabaran, seperti persaingan harga, standard pematuhan yang berbeza, dan risiko kebergantungan terhadap entiti luar jika tidak diurus secara strategik.
Dari sudut undang-undang, terdapat beberapa aspek kritikal yang perlu diberi perhatian oleh pemain industri dan pelabur:
1.Kedudukan MOU
MoU biasanya tidak mengikat secara undang-undang seperti kontrak formal. Tetapi, ia boleh mengandungi elemen yang mempunyai kesan undang-undang, terutamanya jika dinyatakan dengan jelas dalam dokumen.
2.Perlindungan Harta Intelek (IP)
Jika kerjasama melibatkan teknologi atau produk eksklusif, perlindungan IP amat penting. Pendaftaran paten, cap dagang, dan rahsia perniagaan perlu ditangani sebelum berkongsi maklumat.
3.Kepatuhan Perundangan Tempatan & Luar Negara
Syarikat Malaysia yang ingin melabur atau bekerjasama dengan China perlu memahami peraturan perniagaan, cukai, pelesenan, dan buruh di sana.
4.Penyelesaian Pertikaian
Sebaik-baiknya, setiap perjanjian atau kerjasama perlu mempunyai mekanisme penyelesaian pertikaian yang jelas, seperti arbitrasi antarabangsa, untuk melindungi semua pihak dari segi perundangan.
Sebagai kesimp**an, 31 MoU ini adalah satu permulaan yang berpotensi tinggi, namun pelaksanaannya perlu dijalankan dengan teliti.
Kerjasama ini mestilah dilandaskan atas dasar strategi perniagaan yang bijak dan nasihat undang-undang yang profesional.
Bagi syarikat yang serius untuk berkembang ke China atau ingin memanfaatkan kerjasama ini, pastikan anda dilengkapi dengan pasukan yang memahami landskap undang-undang dan komersial antarabangsa.
MOU ini mencerminkan keyakinan pelabur luar terhadap kestabilan ekonomi Malaysia. Namun, setiap langkah strategik perlu disokong dengan nasihat perundangan dan pelaksanaan komersial yang teliti.
Akmal SK
Corporate Lawyer