Nikmajid - Perunding Hartanah

Nikmajid - Perunding Hartanah Property. Tips-tips hartanah. Membantu proses jual beli hartanah anda

Apartment Taman Tenaga Hentian KajangShop Apartment Taman Tenaga, Hentian Kajang.Available on Oktober 2025==============...
30/09/2025

Apartment Taman Tenaga Hentian Kajang
Shop Apartment Taman Tenaga, Hentian Kajang.
Available on Oktober 2025
=============================
Rental : RM800/ month
Call: 011-6342 7235
=============================
DETAILS & FEATURES:
===================
* Type: Shop Apartment
* Level 1
* Bedroom: 3
* Bathroom: 1
* Partly furnished with washing machine,freezer/peti ais,katil & tilam

NEARBY AMENITIES:
=================
* Hentian Bas Kajang, KTM UKM, MRT Kajang
* Universiti Kebangsaan Malaysia, German Malaysia Institute
* Klinik 1 Malaysia
* Pejabat Kesihatan Hulu Langat, KWSP, LHDN, Perkeso
* Shell Jalan Reko, Sg Tangkas, Petronas Jalan Reko
* Perodua Service Center Kajang
* Bangi Square, Econsave Bangi, Bangi Gateway
* Uptown Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang
* Surau Taman Reko Mutiara, Surau Taman Tenaga
ACCESSIBLES ROADS:
==================
* KL-Seremban Highway
* SILK Highway
* SKVE
* Putrajaya / Cyberjaya
============================
RENTAL PRICE: RM800 / Month
Deposit 2+1+Half
Tenancy Agreement Provided
============================

For more info or viewing session, please contact me http://wa.me/601163427235

Nik Majid
Landsworth Properties

Alhamdulillah rezeki tersenarai award penutup 2023.Terima kasih GAM Arif Hussin merangkap direct manager ambo di Landswo...
14/12/2023

Alhamdulillah rezeki tersenarai award penutup 2023.

Terima kasih GAM Arif Hussin merangkap direct manager ambo di Landsworth Properties Sdn Bhd dan HIT team.

Last but not least thank you wife Azilah Saidin yang "paksa" saya join bidang hartanah. Haha!

MACAM MANA NAK JUAL RUMAH YANG ADA PENYEWA?1) Ada sesetengah pemilik nak jual rumah yang ada penyewa duduk. Boleh ke jua...
23/02/2023

MACAM MANA NAK JUAL RUMAH YANG ADA PENYEWA?

1) Ada sesetengah pemilik nak jual rumah yang ada penyewa duduk. Boleh ke jual?

2) Jawapannya boleh. Tapi korang kena buat beberapa perkara sebelum jual.

3) Pertama sekali semak dulu Perjanjian Sewaan antara korang dan juga penyewa. Dalam perjanjian tu mungkin ada terma tertentu untuk jualan semasa dalam tempoh kontrak.

4) Sesetengah perjanjian sewa perlukan korang beri notis kepada penyewa untuk satu tempoh yang spesifik. Tapi mungkin juga ada terma yang lebih yang serius yang mana korang kena bayar penalti kalau pindah milik selesai dalam tempoh kontrak sewaan.

5) Seterusnya korang kena beritahu penyewa sebelum mula iklan rumah. Jangan sampai penyewa tahu dari orang lain macam ejen hartanah contohnya. Atau mungkin juga dia tahu setelah kita bawa pembeli ke rumah.

6) Penyewa ni pun manusia, dia ada situasi dan cabaran hidup dia. Maka hormatilah hak mereka. Beritahu awal, supaya mereka dapat buat perancangan. Kalau penyewa faham niat korang untuk jual rumah, proses tu akan jadi mudah dan lancar.

7) Berbeza kalau kita tak beritahu dan dia tahu dari orang lain. Dah tentulah mereka terluka. Lebih teruk lagi, mungkin ada penyewa yang tak bagi kerjasama masa kita nak bawa pembeli tengok rumah. Dah kita yang tak hormat mereka. Kenapa perlu mereka hormat kita, ye dak? Kalau jadi macam ni, proses jualan tu memang rumit.

8 ) Jadi, sebelum korang jual rumah yang ada penyewa, semak kontrak sewa tu, dan bincanglah elok-elok dengan penyewa korang. InsyaAllah proses akan jadi lancar.

Bejid, bimbing dan bantu!

CARA SEMAK HARGA PASARAN RUMAHSebelum korang jual rumah, semaklah harga pasaran tu dulu supaya korang dapat tetapkan har...
20/02/2023

CARA SEMAK HARGA PASARAN RUMAH

Sebelum korang jual rumah, semaklah harga pasaran tu dulu supaya korang dapat tetapkan harga jualan yang baik. Macam mana nak semak harga pasaran ni?

1) Langkah yang paling tepat ialah korang lantik penilai profesional untuk nilaikan rumah korang. Mereka akan datang ke rumah dan keluarkan laporan penilaian. Cuma cara ni ada kos yang korang kena bayar.

2) Sebagai alternatif, korang juga boleh tanya ejen hartanah atau banker. Mereka boleh bagi ANGGARAN harga pasaran. Cumanya korang kena ingat, diorang ni tak ada tauliah dan anggaran harga mereka tu tak tepat macam korang lantik penilai profesional.

3) Korang juga boleh semak anggaran harga pasaran melalui portal Brickz.my. Dekat laman web ni ada data transaksi jual beli. Dari sini korang boleh tengok berapa harga rumah yang pernah terjual dekat kawasan rumah korang.

4) Atau semaklah dekat portal iklan macam Mudah.my. Buka iklan hartanah yang sama jenis dengan rumah korang dan puratakan harga tu.

5) Semoga posting ni membantu. Tapi sebelum korang iklan rumah, korang kena tahu satu perkara. Harga pasaran ni TAK MENENTUKAN sama ada rumah tu boleh terjual atau tidak. Nanti kita sambung dalam posting akan datang.

Bejid, bimbing dan bantu!

RUGI KE BELI HARTANAH LEASEHOLD?Ada orang, kot mana pun dia tak nak beli hartanah pegangan leasehold. Depa takut lepas t...
16/02/2023

RUGI KE BELI HARTANAH LEASEHOLD?

Ada orang, kot mana pun dia tak nak beli hartanah pegangan leasehold. Depa takut lepas tempoh pajakan tamat, kerajaan ambil balik hartanah tu. Baik beli hartanah freehold, betul tak? Tak betul. Kalau kerajaan nak ambil tanah ni, tak semestinya leasehold. Freehold pun mereka boleh ambil.

1) Ada pun hartanah leasehold, sebelum tempoh pajakan tu tamat, korang boleh perbaharui tempoh tu. Walaupun melibatkan kos, kemungkinan besar lepas korang renew, harga hartanah tu pun akan naik.

2) Dan ramai juga orang tak tahu, hartanah leasehold ni kebanyakannya terletak dekat kawasan bandar yang dekat dengan tempat kerja dan juga fasiliti.

3) Memanglah tak nafi ada hartanah freehold dekat kawasan bandar. Tapi ini pun kita boleh kata kawasan lama. Tanah-tanah baru semuanya status leasehold. Kawasan freehold tengah bandar ni harganya bukan lagi mampu milik. Harga memang mahal.

4) Opsyen seterusnya yang korang ada ialah beli hartanah freehold luar bandar, yang mana jaraknya jauuuhh dengan tempat kerja. Bila jauh, dah tentu ada kos dari segi masa dan wang ringgit untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja dan fasiliti. Jangan pandang rendah kos ni.

5) Kalau korang buat pelaburan pun, pertimbangan freehold vs leasehold ni pun mungkin perkara kedua. Yang paling penting, rumah tu ada permintaan atau tidak. Kalau rumah tu leasehold, ada akses yang baik, dekat dengan kemudahan dan fasiliti, dah tentulah nak sewa atau nak jual balik kemudian tak terlalu susah.

6) Jadi, kalau korang dah berkenan dengan satu rumah dan part yang tak kena bahagian leasehold tu je, janganlah sebab tu jadi penghalang korang beli rumah.

Semoga artikel ni bermanfaat untuk korang buat keputusan.

Bejid, bimbing dan bantu!

BAGAIMANA KITA BERMULA TIDAK PENTING1) Boleh kata semua orang ada impian nak beli rumah yang selesa. Tapi cabaran ekonom...
14/02/2023

BAGAIMANA KITA BERMULA TIDAK PENTING

1) Boleh kata semua orang ada impian nak beli rumah yang selesa. Tapi cabaran ekonomi sekarang memang besar, apatah lagi untuk orang muda.

2) Gaji permulaan untuk graduan, agak stagnant bahkan mencatatkan penurunan masa musim Covid-19. Kos sara hidup p**a begitu tinggi.

3) Tak payahlah kita kata kepada mereka “kenapa tak buat dua kerja?”. Orang muda dah buat 2-3 kerja dan mereka bukan malas.

4) Jadi dengan keadaan sekarang ni, macam mana orang muda kita nak beli rumah? Pertama tanamkan niat untuk beli rumah. Dengan niat, jalan tu akan terbuka walaupun belum jelas.

5) Kedua, belajar ilmu kewangan. Ini termasuklah cara nak uruskan kewangan, proses dan kos jual beli rumah dan apa kriteria yang bank mahu untuk mereka luluskan pinjaman perumahan.

6) Bila kita ada ilmu ni, jalan kita makin jelas. Hanya tinggal untuk kita bertindak dan tambah kemampuan kita supaya kita dapat penuhi keperluan untuk beli rumah.

7) Dan yang paling penting sekali…tidak mengapa kalau rumah yang kita beli tu tak sempurna. Tak ada ruang yang besar. Jauh dari tempat kerja. Tingkat tinggi. Tak ada lif. Rumah tu berkat hasil titik peluh kita.

8) Satu hari nanti dengan pengalaman yang kita dapat dari belian rumah pertama, dengan usaha gigih kita yang konsisten, insyaAllah kita akan mampu beli rumah yang lebih sempurna.

Semi D Cluster Bayu Suria Puncak AlamGambar adalah unit sebenar=======================BUTIRAN=======================- Se...
28/01/2023

Semi D Cluster Bayu Suria Puncak Alam

Gambar adalah unit sebenar

=======================
BUTIRAN
=======================
- Semi D Dua Tingkat, Bayu Suria
- Saiz: 30x60
- Leasehold bumi lot
- 4 bilik 3 bilik air
- Awning
- Kitchen cabinet
- Langsir
- Well maintained
- Gated & guarded

=======================
BERDEKATAN
=======================
- SK Puncak Alam
- SMK Puncak Alam
- Lotus
- Kedai dan pasar malam
- Masjid Puncak Alam
- UITM Puncak Alam
- Hospital Puncak Alam
- Bank

=======================
AKSES
=======================
- Latar highway
- Guthrie highway
- Persiaran Mokhtar Dahari
- DASH Highway

========================
Price: RM520000
========================

Nikmajid
Real Estate Negotiator
Landsworth Properties
01163427235

SAYANGNYA NAK JUAL RUMAH1) Kadang-kadang ada orang nak jual rumah, tapi perasaan sayang atau emotional attachment tu jad...
28/01/2023

SAYANGNYA NAK JUAL RUMAH

1) Kadang-kadang ada orang nak jual rumah, tapi perasaan sayang atau emotional attachment tu jadi halangan besar untuk dia jual.

2) Maklumlah rumah dah duduk lama. Dah tengok kawasan pesat membangun. Dah tengok anak membesar. Dah renovate.

3) Akhirnya pemilik rumah pun rasa rumah dia tu ada nilai yang tinggi sebab semua ni. Dia pun letak harga yang terlalu tinggi dan rumah tak boleh laku.

4) Yang paling penting masa kita tetapkan harga ialah BUKAN berapa yang kita nak. Tapi sebaliknya berapakah harga maksimum yang pembeli sanggup bayar.

5) Oleh sebab itu kita tak boleh bergantung kepada perasaan. Kita mesti tengok data.

6) Kaji data transaksi lepas. Semak juga berapa harga yang jiran-jiran kita tengah jual. Dan akhir sekali buat kesimp**an, berapa sebenarnya harga patut?

7) Kalau kita ada mindset macam ni, insyaAllah rumah tu akan laku.

BEJID,
Bimbing dan bantu urusan jual beli hartanah anda

Nikmajid.com

2 Storey Terrace Astana, Bandar Putera 2 KlangGambar adalah unit sebenar=====================DETAILS====================...
28/01/2023

2 Storey Terrace Astana, Bandar Putera 2 Klang

Gambar adalah unit sebenar

=====================
DETAILS
=====================
- 2 Storey Terrace Intermediate
- Type Astana, Bandar Putera 2 Klang
- Developed by IOI Properties
- Leasehold bumi lot
- Built-up: 1,700sqft approx
- Land size: 1,400sqft (20x70)
- 4 bedrooms 4 bathrooms
- Basic unit with table top

=====================
NEARBY
=====================
- SK Jalan Kebun
- SMK Jalan Kebun
- Econsave Kota Kemuning
- Gamuda Walk Mall
- Kedai runcit & restoran
- Hospital Columbia Asia
- Klinik Sentosa
- Masjid Al Falah
- Bukit Kemuning Golf & Country Resort

=====================
ACCESSIBILITIES
=====================
- KESAS Highway
- LKSA Highway
- Elite
- SKVE

========================
Price: RM570000
========================

Nikmajid
Real Estate Negotiator
Landsworth Properties
01163427235

2 Storey Terrace End Lot, Nusa Suria Subang Shah AlamPictures are actual units.=====================DETAILS=============...
28/01/2023

2 Storey Terrace End Lot, Nusa Suria Subang Shah Alam

Pictures are actual units.

=====================
DETAILS
=====================
- 2 Storey Terrace End Lot
- Suria Subang, Shah Alam
- 4 bedrooms 3 bathrooms
- Open facing
- Land area 30x60 (1,798) sqft
- Leasehold non-bumi lot (bumi / non bumi can buy)
- Kitchen cabinet
- New gate + autogate

=====================
NEARBY
=====================
- SK Subang Bestari
- SMK Subang Bestari
- HELP International School
- Star Avenue
- Mahkamah Rendah Syariah
- Petronas
- Hospital Pusrawi
- Balai Polis Bandar Baru Subang
- Many restaurants and shops

=====================
ACCESSIBILITIES
=====================
- Guthrie Highway
- Jalan Sungai Buloh
- Jalan Kuala Selangor

========================
Price: RM610000
========================

Nikmajid
Real Estate Negotiator
Landsworth Properties
01163427235

LUAS Teres 2 Tingkat Corner Lot Taman Jenderam Permai, DengkilGambar adalah unit sebenar========================BUTIRAN=...
28/01/2023

LUAS Teres 2 Tingkat Corner Lot Taman Jenderam Permai, Dengkil

Gambar adalah unit sebenar

========================
BUTIRAN
========================
- Teres 2 Tingkat Corner Lot
- Taman Jenderam Permai Dengkil
- Land area: 3476 sqft. LUAS!
- Built up: anggaran 2000-2200 sqft
- 4 bilik 3 bilik air
- Freehold Malay Reserve
- Plaster ceilings
- Kitchen cabinet
- Built-in wardrobe
- Stor di luar rumah

========================
BERDEKATAN
========================
- SK Jenderam Hilir
- SMK Jenderam Hilir
- Restoran
- Speedmart
- Alamanda Putrajaya
- Dengkil Centrepoint
- Hospital Putrajaya
- 15 minit ke Putrajaya
- 15 minit ke bandar baru bangi
- 10 minit ke Serenia City

========================
AKSES
========================
- Plus Highway
- Elite Highway

========================
Price: RM695000
========================

Nikmajid
Real Estate Negotiator
Landsworth Properties
011-6342 7235

2 Storey Superlink Jalan Adang, Bukit Jelutong Shah AlamGambar adalah unit sebenar======================Details=========...
28/01/2023

2 Storey Superlink Jalan Adang, Bukit Jelutong Shah Alam

Gambar adalah unit sebenar

======================
Details
======================
- Teres Superlink
- Jalan Adang Bukit Jelutong
- Saiz tanah 24x80
- Built up 2300 sqft approx
- 4 bedrooms 4 bathrooms
- Gated & guarded

======================
Amenities
======================
- SK Bukit Jelutong
- SMK Bukit Jelutong
- Masjid Tengku Ampuan Jemaah
- Radia Commercial Park
- Jaya Grocer & Mydin
- Bukit Jelutong Eco Community Park
- Restoran
- KFC, Subway, Burger King

======================
Accessibilities
======================
- Federal Highway
- Guthrie Highway
- NKVE Highway

========================
Price: RM850000
========================

Nikmajid
Real Estate Negotiator
Landsworth Properties
01163427235

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nikmajid - Perunding Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nikmajid - Perunding Hartanah:

Share

Category