Peguam Syarie Kuala Lumpur

Peguam Syarie Kuala Lumpur Peguam Syarie Bertauliah & Berpengalaman. Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Makluman Awam.Waktu pengoperasian Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang Ramadan 1443...
04/04/2022

Makluman Awam.

Waktu pengoperasian Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang Ramadan 1443H/2022.


Makluman Awam.

Waktu pengoperasian Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang Ramadan 1443H/2022

Masjid sebagai tempat berlindung mangsa keganasan rumah tangga. KUALA LUMPUR: Dua masjid dipilih untuk projek rintis Pro...
08/04/2021

Masjid sebagai tempat berlindung mangsa keganasan rumah tangga.

KUALA LUMPUR: Dua masjid dipilih untuk projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata kementerian itu menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melaksanakan projek rintis berkenaan di Masjid Al-Ghufran di Taman Tun Dr Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Dalam projek ini, masjid akan menerima dan memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan menyediakan bilik asrama yang sedia ada di masjid, keperluan asas diri, dan makan minum sepanjang berlindung di masjid.

"Saya berharap projek rintis ini akan berjaya dan boleh disebar luas ke seluruh Malaysia, agar nasib wanita-wanita yang teraniaya ini dapat terbela dan dilindungi," katanya pada Program Malaysia Prihatin Penyampaian Sumbangan Imarah Ramadan Masjid-masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Titiwangsa di sini.

Rina berkata pengurusan masjid dan surau diharap dapat menjadi ejen penyampai inisiatif bantuan kerajaan kepada kariah kawasan masing-masing.
Sebanyak tujuh masjid, 17 surau dan empat NGO kawasan parlimen itu turut menerima sumbangan wang tunai pada majlis berkenaan.
-- BERNAMA

Projek rintis berkenaan dilaksanakan di Masjid Al-Ghufran di Taman Tun Dr Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

[HEBAHAN] PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
07/05/2020

[HEBAHAN]

PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius ...
29/04/2020

Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.

LELAKI yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.

Perintah Nafkah Tidak Dipatuhi, Ini Tindakan Yang Anda Boleh Ambil Sepanjang PKP.. Sekiranya suami atau bekas suami engg...
17/04/2020

Perintah Nafkah Tidak Dipatuhi, Ini Tindakan Yang Anda Boleh Ambil Sepanjang PKP..

Sekiranya suami atau bekas suami enggan membayar nafkah seperti mana yang telah diperintahkan, aduan pelanggaran perintah boleh dikemukakan kepada BSK, melalui laman sosial Facebook rasminya ‘Bahagian Sokongan Keluarga-BSK’ atau e-mel BSK Seksyen Negeri-negeri.

Setiap aduan yang masuk akan disemak dan diproses oleh BSK.

“Suatu notis peringatan akan dikeluarkan kepada suami atau bekas suami, sebelum tindakan selanjutnya seperti runding cara, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah diambil oleh BSK, yang akan dilaksanakan selepas tempoh PKP tamat.

Selain menerima aduan menerusi Facebook dan e-mel, pegawai dari BSK seluruh negara turut mengambil langkah proaktif dengan menyantuni klien mereka bagi mengetahui masalah masing-masing dan berjaya menyantuni 437 klien dalam tempoh empat hari sejak Isnin lalu.

Berdasarkan peruntukan Mahkamah Syariah sedia ada, sekiranya suami atau bekas suami tetap ingkar memberi nafkah walaupun perintah telah dikeluarkan, mereka boleh dikenakan hukuman pemenjaraan, kerana dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah tersebut.

“Mengikut prosedur untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah di Mahkamah Syariah, adalah seperti yang dinyatakan dalam Akta / Enakmen / Ordinan prosedur/ Tatacara Mal Mahkamah Syariah negeri-negeri.

Berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah boleh mengarahkan pihak penghutang membayar keseluruhan jumlah nafkah semasa, dan atau membayar jumlah tunggakan nafkah mengikut perintah dan cara yang ditentukan oleh mahkamah, sama ada membayar secara sekali gus atau ansuran bulanan.

Mahkamah Syariah juga boleh mengeluarkan perintah penahanan pendapatan atau potongan gaji bagi yang berpendapatan tetap dengan mengarahkan bayaran terus ke dalam akaun bank anak-anak dan isteri.

“...atau mengenakan hukuman pemenjaraan ke atas suami yang sengaja tidak mematuhi perintah nafkah tersebut, atau perintah penyitaan dan penjualan atau laksanakan prosiding hiwalah,”
......

Hubungi kami untuk sebarang Khidmat Nasihat Guaman Syarie / Konsultasi secara Call, WhatsApp atau Online Meeting sepanjang tempoh PKP ini.

Peguam Syarie,
018-4000455

KUALA LUMPUR: Aduan berhubung suami atau bekas suami tidak memberi nafkah kepada isteri atau bekas isteri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat berbanding sebelumnya.

Aduan Keganasan Rumahtangga Sepanjang Tempoh PKP.Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke polis di talian ...
16/04/2020

Aduan Keganasan Rumahtangga Sepanjang Tempoh PKP.

Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke polis di talian 019-2615999.......

Sepanjang tempoh PKP ini anda boleh dapatkan Khidmat Nasihat / Konsultasi berkaitan permasalahan kes anda terus daripada kami Peguam Syarie melalui call, WhatsApp atau online meeting dengan menghubungi kami di talian di bawah. Terima kasih.

Peguam Syarie Kuala Lumpur,
018-4000455

Talian Kasih telah menerima 135 panggilan berhubung insiden yang melibatkan keganasan rumah tangga. | Berita Terkini, foto dan video, dunia dan Malaysia

Bagaimana Status Kes Di Mahkamah Syariah sepanjang tempoh PKP ini?Kes jalan atau tangguh?Kes apa yang boleh jalan?Bagaim...
14/04/2020

Bagaimana Status Kes Di Mahkamah Syariah sepanjang tempoh PKP ini?

Kes jalan atau tangguh?
Kes apa yang boleh jalan?
Bagaimana nak tahu tangguhan tarikh kes?
Dan lain-lain..

Boleh baca soalan lazim berkaitan di bawah..
......

Sepanjang Tempoh PKP ini anda boleh dapatkan Khidmat Nasihat / Konsultasi berkaitan permasalahan kes anda terus daripada kami melalui call, WhatsApp atau online meeting dengan menghubungi Peguam Syarie 018-4000455.

Terima kasih.

Hebahan Awam: Covid19Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, semua prosiding Mahkamah Syariah Wilayah Perseku...
19/03/2020

Hebahan Awam: Covid19

Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, semua prosiding Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan.

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseor...
25/02/2020

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua:

a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah;
b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

Hubungi kami untuk mengenalpasti ahli waris yang mewarisi harta dan untuk mengetahui pengiraan bahagian faraid untuk setiap ahli waris dari harta yang ditinggalkan sebagai Pusaka..

Peguam Syarie Kuala Lumpur,
018-4000455

Address

Sri Hartamas
Kuala Lumpur
50676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category