22/07/2025
Semalam saya baru sampai KL semula lepas join satu event yang sangat bermakna ,Escape Team di Belantara Resort, Trong Perak.
Tempat dia sangat cantik, tenang dan penuh dengan suasana semula jadi.
Saya ke sana 2 hari 1 malam, bertolak dari KL ke Perak semata-mata nak sertai dan raikan semangat dalam bidang hartanah bersama ejen-ejen lain dari pelbagai tempat.
Jujur cakap, saya tak menyesal langsung pergi.
Bukan sekadar networking, tapi saya dapat duduk, dengar, dan belajar dari ramai ejen yang dah lama dalam industri.
Ada yang closing unit setiap minggu, ada yang baru start tapi cara kerja mereka sangat sistematik dan konsisten.
Saya banyak korek ilmuโฆ strategi mereka, cara follow-up klien, cara buat content, semua saya telan satu-satu.
Dan masa saya duduk sorang-sorang lepas balik bilik malam tu, saya mula fikirโฆ
Ramai orang kat luar sana sebenarnya tengah struggle.
Ada yang ada rumah tapi tak tahu nak mula cari penyewa.
Ada yang nak jual rumah tapi pembeli tak muncul-muncul.
Ada juga pembeli yang baru nak mula, tapi takut nak tanya ejen sebab rasa diri belum bersedia.
Lepas balik dari event tu, saya buat keputusan untuk mula berkongsi secara konsisten.
Mulai hari ni, saya akan cuba post setiap hari satu konten, satu perkongsian, dengan harapan dapat bantu walau seorang pun yang tengah buntu.
Saya tak janji semua posting saya hebat. Tapi kalau ada satu yang boleh bantu seseorang buat keputusan besar dalam hidup dia, saya anggap itu satu rezeki.
Kalau awak tengah cari jalan untuk jual, sewa, atau beli rumah dengan cara yang betul, stay tuned. Saya akan mula berkongsi satu demi satu, ikut pengalaman sebenar dan ilmu yang saya belajar.
Doakan saya terus kuat untuk istiqamah. Dan kalau awak ada soalan atau isu yang tengah dihadapi, boleh DM saya , saya akan bantu ikut kemampuan saya.
Azline Adnan
Ejen Hartanah Setapak, KL