Waris.my

Waris.my Pengurusan harta pusaka, hibah & wasiat tinggalan harta Muslim. Tahu hak anda sebagai seorang WARIS

Arwah Pak Hamid meninggal tiba-tiba.Tinggal rumah pusaka, sebidang tanah sawah, dan sebuah motosikal tua.Dia tak sempat ...
26/04/2025

Arwah Pak Hamid meninggal tiba-tiba.
Tinggal rumah pusaka, sebidang tanah sawah, dan sebuah motosikal tua.

Dia tak sempat buat wasiat, apatah lagi hibah. Anak-anak p**a ramai – 6 orang. Ada yang tinggal jauh, ada yang tak bertegur sapa.

Bila urusan faraid nak mula, timbul masalah:
– Ada yang tak setuju dengan agihan
– Ada yang tuntut lebih sebab “dulu jaga ayah”
– Ada p**a menantu yang campur tangan

Proses ke mahkamah terpaksa dibuat.
Harta jadi beku hampir 3 tahun.
Rumah usang itu akhirnya terbiar.

Faraid wajib, ya. Tapi tanpa perancangan awal, proses itu jadi rumit.

Hibah dan wasiat bukan ganti hukum, tapi memudahkan urusan sesama waris.

Jangan tunggu sampai kita “tiada”.

WARIS.MY
Harta Terjaga, Waris Bahagia.

“Faraid adalah hukum Allah. Wajib kita ikut. Tapi pernah tak fikir — cukupkah sekadar tahu faraid?”Banyak kes pusaka yan...
26/04/2025

“Faraid adalah hukum Allah. Wajib kita ikut. Tapi pernah tak fikir — cukupkah sekadar tahu faraid?”

Banyak kes pusaka yang terhenti lama bukan sebab tak ikut faraid, tapi sebab:

• Tak tahu siapa waris sebenar
• Ada waris tak setuju
• Harta tak boleh dibahagi terus

Hibah bukan ganti faraid, tapi pelengkap perancangan.
Supaya bila kita tiada, waris tak bercakaran.

WARIS.MY
Harta Terjaga, Waris Bahagia.

25/02/2025

Berapa Kos Untuk Buat Wasiat?

💰 Kos wasiat boleh berbeza bergantung kepada:
✔ Jenis harta yang dimiliki
✔ Pihak yang menguruskan dokumen
✔ Yuran guaman (jika diperlukan)

25/02/2025

Siapa dalam keluarga anda yang paling layak untuk menguruskan harta selepas anda tiada? Kongsikan di ruangan komen.

24/02/2025

Apa beza Wasiat dan Hibah?
🔸 Wasiat – Berkuat kuasa selepas kematian
🔸 Hibah – Berkuat kuasa semasa hidup
👉 Ketahui mana yang sesuai untuk anda. Rancang dari sekarang.

24/02/2025

Anda di situasi mana?
A - Saya nak buat wasiat tapi tak tahu nak mula di mana
B - Saya dah ada wasiat, tapi belum semak semula
C - Saya belum fikir pasal wasiat langsung"
(Jawab di komen! 👇)

Hibah harta bercagar dibenarkan di Terengganu
07/03/2024

Hibah harta bercagar dibenarkan di Terengganu

Semalam saya ke TTDI untuk sesi suatemu bersama pelanggan.Sesampainya saya disana. Kami dijamu nasi briani kambing. Rasa...
09/02/2024

Semalam saya ke TTDI untuk sesi suatemu bersama pelanggan.

Sesampainya saya disana. Kami dijamu nasi briani kambing. Rasanya syahdu. Kes pusaka dah berpuluh tahun. Tahniah buat Abang Wali, hebatnya beliau selesaikan sijil faraid dengan catatkan waris melebihi 150 orang.

Saya hadir untuk sesi pindaan surat kuasa tadbir, buat perintah turun milik dan pendaftaran nama di geran bagi setiap waris yang telah ditentukan tanah milikan masing-masing.

Walau pun waris ratusan orang tapi mereka sepakat tak bergaduh. Jadi mudah lah urusan. Kalau anda berdua saja waris tapi berbalah. Payah lah nak urus pusaka tu.

Ps : Anda perlu khidmat pengurusan harta pusaka? Klik link whatsapp ni >> https://kliksini.my/warismy

02/11/2023

Perlukan khidmat nasihat harta pusaka?

Klik link whatsapp rasmi kami dibawah & hantarkan butiran berikut

Nama :
Lokasi :
Isu pusaka secara ringkas :
( Jika ada )

>> https://kliksini.my/warismy

Pampasan insurans konvensional adalah bukan harta pusaka.
03/07/2022

Pampasan insurans konvensional adalah bukan harta pusaka.

Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar guru..
16/05/2022

Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar guru..

Tazkirah ringkas.Di antara kesalahan dalam beribadah di bulan Ramadhan.1. Tidak memohon keampunan2. Puasa tapi tak solat...
11/04/2022

Tazkirah ringkas.
Di antara kesalahan dalam beribadah di bulan Ramadhan.

1. Tidak memohon keampunan
2. Puasa tapi tak solat
3. Tak solat wajib tapi utamakan solat sunat
4. Tidak membaca Al-Quran
5. Tidak menjaga percakapan dan tutur kata

Rugi bagi mereka yang tak manfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan. Sebab kita pun tak pasti samada boleh bertemu Ramadhan yang akan datang.

Sharing is caring 💝

Address

Desa Pandan
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60187725663

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Waris.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share