Anda Tanya Peguam Syarie Jawab

Anda Tanya Peguam Syarie Jawab Merungkai persoalan dan menjelaskan isu-isu kekeluargaan Islam, hibah, wakaf, wasiat dan pusaka mengikut peruntukkan undang-undang dan hukum syarak.

Perintah Nafkah Tidak Dipatuhi, Ini Tindakan Yang Anda Boleh Ambil Sepanjang PKP.. Sekiranya suami atau bekas suami engg...
17/04/2020

Perintah Nafkah Tidak Dipatuhi, Ini Tindakan Yang Anda Boleh Ambil Sepanjang PKP..

Sekiranya suami atau bekas suami enggan membayar nafkah seperti mana yang telah diperintahkan, aduan pelanggaran perintah boleh dikemukakan kepada BSK, melalui laman sosial Facebook rasminya ‘Bahagian Sokongan Keluarga-BSK’ atau e-mel BSK Seksyen Negeri-negeri.

“Setiap aduan yang masuk akan disemak dan diproses oleh BSK.

“Suatu notis peringatan akan dikeluarkan kepada suami atau bekas suami, sebelum tindakan selanjutnya seperti runding cara, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah diambil oleh BSK, yang akan dilaksanakan selepas tempoh PKP tamat,” katanya.

Selain menerima aduan menerusi Facebook dan e-mel, pegawai dari BSK seluruh negara turut mengambil langkah proaktif dengan menyantuni klien mereka bagi mengetahui masalah masing-masing dan berjaya menyantuni 437 klien dalam tempoh empat hari sejak Isnin lalu.

Berdasarkan peruntukan Mahkamah Syariah sedia ada, sekiranya suami atau bekas suami tetap ingkar memberi nafkah walaupun perintah telah dikeluarkan, mereka boleh dikenakan hukuman pemenjaraan, kerana dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah tersebut.

“Mengikut prosedur untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah di Mahkamah Syariah, adalah seperti yang dinyatakan dalam Akta / Enakmen / Ordinan prosedur/ Tatacara Mal Mahkamah Syariah negeri-negeri.

Berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah boleh mengarahkan pihak penghutang membayar keseluruhan jumlah nafkah semasa, dan atau membayar jumlah tunggakan nafkah mengikut perintah dan cara yang ditentukan oleh mahkamah, sama ada membayar secara sekali gus atau ansuran bulanan.

Mahkamah Syariah juga boleh mengeluarkan perintah penahanan pendapatan atau potongan gaji bagi yang berpendapatan tetap dengan mengarahkan bayaran terus ke dalam akaun bank anak-anak dan isteri.

“...atau mengenakan hukuman pemenjaraan ke atas suami yang sengaja tidak mematuhi perintah nafkah tersebut, atau perintah penyitaan dan penjualan atau laksanakan prosiding hiwalah,”
......

Hubungi kami untuk sebarang Khidmat Nasihat Guaman Syarie / Konsultasi secara Call, WhatsApp atau Online Meeting sepanjang tempoh PKP ini.

Peguam Syarie,
018-4000455

KUALA LUMPUR: Aduan berhubung suami atau bekas suami tidak memberi nafkah kepada isteri atau bekas isteri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat berbanding sebelumnya.

Aduan Keganasan Rumahtangga Sepanjang Tempoh PKP.Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke polis di talian ...
16/04/2020

Aduan Keganasan Rumahtangga Sepanjang Tempoh PKP.

Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke polis di talian 019-2615999.......

Sepanjang tempoh PKP ini anda boleh dapatkan Khidmat Nasihat / Konsultasi berkaitan permasalahan kes anda terus daripada kami Peguam Syarie melalui call, WhatsApp atau online meeting dengan menghubungi kami di talian di bawah. Terima kasih.

Peguam Syarie,
018-4000455

Talian Kasih telah menerima 135 panggilan berhubung insiden yang melibatkan keganasan rumah tangga. | Berita Terkini, foto dan video, dunia dan Malaysia

Bagaimana Status Kes Di Mahkamah Syariah sepanjang tempoh PKP ini?Kes jalan atau tangguh?Kes apa yang boleh jalan?Bagaim...
14/04/2020

Bagaimana Status Kes Di Mahkamah Syariah sepanjang tempoh PKP ini?

Kes jalan atau tangguh?
Kes apa yang boleh jalan?
Bagaimana nak tahu tangguhan tarikh kes?
Dan lain-lain..

Boleh baca soalan lazim berkaitan di bawah..
......

Sepanjang Tempoh PKP ini anda boleh dapatkan Khidmat Nasihat / Konsultasi berkaitan permasalahan kes anda terus daripada kami melalui call, WhatsApp atau online meeting dengan menghubungi Peguam Syarie 018-4000455.

Terima kasih.

4 PERKARA YANG MAHKAMAH NILAI SEBELUM MELULUSKAN PERMOHONAN POLIGAMI. Seksyen 23,Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilay...
03/03/2020

4 PERKARA YANG MAHKAMAH NILAI SEBELUM MELULUSKAN PERMOHONAN POLIGAMI.

Seksyen 23,
Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan:

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

Peguam Syarie,
018-4000455

Anak tak sah taraf tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada nama bapa biologinya.. Alhamdulillah. Keputusan yang dina...
13/02/2020

Anak tak sah taraf tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada nama bapa biologinya..

Alhamdulillah. Keputusan yang dinanti. Moga memberi sinar kepada perundangan Syariah yang lain.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya.

Apa itu Cerai Taklik?Adakah automatik jatuh talak?Apa beza Cerai Taklik belakang sijil cerai yang dibaca lepas akad nika...
11/10/2019

Apa itu Cerai Taklik?

Adakah automatik jatuh talak?

Apa beza Cerai Taklik belakang sijil cerai yang dibaca lepas akad nikah dengan Cerai Taklik yang lain?

Apa perlu buat sekiranya berlaku?

Usaha murni untuk memastikan perintah nafkah diikuti dan dilaksanakan.
27/09/2019

Usaha murni untuk memastikan perintah nafkah diikuti dan dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata maklum balas positif diperolehi daripada beberapa rundingan untuk membolehkan tindakan diambil kerana perintah mahkamah tidak dipatuhi.

Secara umumnya, mengikut hukum syarak walaupun sesiapa yang mendapat hak jagaan anak, pihak yang tidak mendapat hak jaga...
22/09/2019

Secara umumnya, mengikut hukum syarak walaupun sesiapa yang mendapat hak jagaan anak, pihak yang tidak mendapat hak jagaan berhak melawat anak-anak tersebut mengikut kesesuaian anak-anak.

BARU-BARU ini, heboh diperkatakan tentang seorang ibu dipenjarakan kerana ingkar perintah mahkamah yang memberi hak lawatan anaknya kepada bekas suami.

Address

Makhamah Syariah
Kuala Lumpur
50480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anda Tanya Peguam Syarie Jawab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share