Hamidah & Rafidah KL

Hamidah & Rafidah KL Civil Litigation, Real Estate Property, Syarie Counsel

Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M
19/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M

06/09/2025
Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dir...
29/08/2025

Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.

Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu).

68 tahun usia kemerdekaan ini. Bukan lagi sekadar merayakan atau memperingati, tetapi teguh mengukuhkan paksi agar utuh berdiri biar berapa tahun pun nanti.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 68 tahun.

29.8.2025

Untukmu Agamamu, Untukku AgamakuMasih segar subjek isu undang-undang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang aku belaj...
25/08/2025

Untukmu Agamamu, Untukku Agamaku

Masih segar subjek isu undang-undang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang aku belajar semester lepas. Islam diiktiraf sebagai agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain bebas diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni. Kuasa Perundangan berkaitan agama Islam diberikan secara ekslusif kepada Kerajaan Negeri tertakluk kepada batas yang ditetapkan perlembagaan. Secara ringkasnya, penggubalan undang-undang Islam di negeri-negeri hanya untuk orang Islam dan berkaitan dengan perintah-perintah Agama Islam sahaja.

Manakala, penentuan hukuman dan penalti bagi kesalahan-kesalahan bertentangan undang-undang Islam yang dibuat tersebut adalah terhad dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah iaitu denda tidak melebihi RM5,000.00, penjara tidak melebihi 3 tahun dan tidak melebihi 6 sebatan (Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984)).

Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah menguatkuasakan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 terhadap kesalahan tidak menunaikan Solat Jumaat bagi Lelaki Islam di Terengganu. Sebelum pindaan, mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Kini, tidak hadir sekali pun sudah boleh dikenakan tindakan dan hukuman hanya akan dikenakan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan tidak diendahkan oleh golongan yang culas menunaikan kewajipan tersebut.

Walaupun telah jelas bahawa kesalahan ini adalah berkaitan Solat Jumaat dan umat Islam di Terengganu sahaja, muncul p**a suara sinis dan kritikan terbuka daripada individu bukan Islam termasuk dari seorang pengurus jenama makanan segera terkenal. Malangnya, komen itu membawa padah. Dia diberhentikan serta-merta dan syarikat berkenaan terpaksa mengeluarkan permohonan maaf terbuka.

Tindakan ini bukan sekadar reaksi spontan. Ia adalah peringatan bahawa dalam negara majmuk, sensitiviti agama adalah sesuatu yang perlu dihormati dan bukan dijadikan bahan sarkastik atau sindiran terbuka. Isu ini mengangkat satu perkara penting dalam hidup bermasyarakat tentang bagaimana kita menghormati sempadan kepercayaan antara satu sama lain? Undang-undang syariah bukanlah instrumen untuk menekan mana-mana pihak bukan Islam. Ia digubal dengan tujuan menjaga disiplin umat Islam dalam mengamalkan ajaran agama mereka. Maka tidak wajar jika ia dijadikan bahan sindiran, apatah lagi oleh mereka yang tidak tertakluk kepadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat terakhir yang bermaksud:

“Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”

Ayat ini bukan sahaja menjadi prinsip akidah, tetapi juga asas toleransi dan saling menghormati dalam masyarakat berbilang agama. Ia mengiktiraf perbezaan, tanpa memaksa dan tanpa mencela. Kita tidak perlukan lebih banyak suara keras tetapi kita perlukan lebih ramai yang memahami.
Mengetahui batas undang-undang, peranan institusi agama, dan lebih penting, menghormati apa yang dianggap suci oleh orang lain walau tidak kita imani.

25.08.2025

Ada yang bertanya hukum melafazkan cerai ketika isteri sedang haidh. Jatuh atau tidak talaq? Jika jatuh talaq, bagaimana...
22/08/2025

Ada yang bertanya hukum melafazkan cerai ketika isteri sedang haidh. Jatuh atau tidak talaq? Jika jatuh talaq, bagaimana kiraan iddah? Bila bermula dan tamat?

Surah At-Talaq : 1 yang bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar), dan hitunglah waktu iddah itu, serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dikisahkan, bahawa Abdullah bin Umar Ibnul -Khattab pernah mencerai isterinya waktu haidh. Kejadian ini sewaktu Rasulullah s.a.w. masih hidup. Maka bertanyalah Umar kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Nabi kepada Umar: "Suruhlah dia (Abdullah bin Umar) supaya ruju' kembali, kemudian jika dia mahu, cerailah sedang isterinya itu dalam keadaan suci sebelum disetubuhinya. Itulah yang disebut mencerai pada iddah, sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam firmanNya.

Maka, melafazkan cerai ketika isteri sedang haidh adalah haram dan berdosa. Namun, talaq tetap jatuh. Persoalan seterusnya adalah kiraan tempoh iddah, bila bermula dan tamat.

Tempoh iddah bagi isteri yang diceraikan adalah 3 quru' iaitu 3 kali suci (dari haidh). Ini berdasarkan Surah Al Baqarah : 228 yang bermaksud "Dan para isteri yang diceraikan (wajib) menahan diri mereka (menunggu) tiga kali quru`."

Bagaimana kiraan 3 kali suci? Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci dan sebelum disetubuhi, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

Di sini kita akan nampak hikmahnya kenapa jika menceraikan isteri hendaklah ketika tempoh iddah boleh mula dikira. Jika di dalam keadaan isteri suci dan tidak disetubuhi, tempoh iddah sudah boleh mula dikira sebagai 1 kali suci dan akan tamat sebaik sahaja haidh yang ketiga bermula. Berbeza apabila dilafazkan ketika dalam haidh, kiraan 1 kali suci hanya akan bermula selepas habis haidh tersebut dan tempohnya akan tamat apabila datang haidh yang keempat.

Walau apapun, iddah ini adalah tempoh menunggu bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami dan terkandung hikmah antaranya mengelakkan kecelaruan/kekeliruan tentang nasab anak. Dalam tempoh ini, pasangan suami isteri diberi ruang dan waktu untuk berfikir dan mempertimbangkan semula kepentingan-kepentingan yang ada terhadap keluarga dan anak-anak. Tempoh ini juga sebagai sebagai tanda kesedihan dan hormat kepada suami yang telah meninggal dunia.

22.08.2025

Sembang berisi di kedai kopi Ali, Ah Hock & Muthu. Sudah disemak terlebih dahulu sijil halalnya. Sambil menenyeh tandata...
11/01/2024

Sembang berisi di kedai kopi Ali, Ah Hock & Muthu. Sudah disemak terlebih dahulu sijil halalnya. Sambil menenyeh tandatangan atas dokumen perjanjian jual beli rumah, ibu muda ini membuka cerita.

"Adik saya bulan depan naik court."

"Kenapa naik court?" tanya puan peguam berminat.

"Nak buat pengeluaran duit KWSP yang arwah ayah buat penamaan atas nama adik. KWSP hold duit tu sebab adik belum cukup umur. Dah cukup umur baru boleh keluarkan".

Sambungnya lagi, "Arwah buat 3 penamaan, saya, adik dan nenek (ibu kandung ayah). Nenek tak nak bahagian dia dan tolak kepada saya. Jadi saya dah ambil 2 bahagian tu. Adik je belum dapat bahagian dia".

"Penama KWSP ni puan, hanyalah Pemegang Amanah dan bertindak sebagai Pentadbir. Simpanan KWSP adalah harta pusaka si mati. Tujuan penamaan dibuat untuk memudahkan pengeluaran segera kepada Penama. Menjadi kewajipan Penama untuk membahagikan harta ini kepada waris mengikut hukum faraid." Panjang lebar puan peguam menjelaskan.

Dia mengangguk faham. Tentang Penama wajib membahagikan simpanan KWSP kepada waris-waris mengikut hukum faraid terhenti di situ. Datang pelayan kedai kopi berbangsa India menghantar minuman.

"Barangkali, inilah Muthu!", detik hati puan peguam.

Barulah real!

Nota kaki:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa:

* Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

*Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.

(Sumber: JAKIM : E-SMAF V1)


Address

Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60341415342

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamidah & Rafidah KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hamidah & Rafidah KL:

Share