06/03/2026
ANAKGUAM TIDAK HADIR SAMBUNG BICARA PENUH PERJANJIAN PERSAHABATAN
Selesai Defendan Pertama memberi keterangan yang mana diwakili oleh peguam lain untuk sambung bicara penuh tuntutan Perjanjian Persahabatan [Friendly Loan] di Mahkamah Sesyen Sepang.
Firma Abang Azlan & Associates [3A] mewakili anakguam yang merupakan Defendan Kedua (seorang Individu) dan Defendan Ketiga (sebuah Syarikat Menjual Kereta) dalam bicara penuh ini.
Sinopsisnya, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bersama-sama Defendan Pertama telah membuat SATU (1) Pinjaman Persahabatan [Friendly Loan] dengan Plaintif melalui orang tengah iaitu Defendan Pertama (seorang Individu) untuk tujuan penambahan modal Syarikat.
Antara isu yang berbangkit ialah sama ada Plaintif berhak untuk menuntut Perkongsian Keuntungan (Profit Sharing) bagi Perjanjian Persahabatan tersebut.
Walaubagaimanapun, setelah Bicara Penuh ditangguh buat kali pertama sebelum ini dan telah memasuki Sambung Bicara, Defendan Kedua masih tidak menghadirkan diri untuk memberi keterangan.
Pelbagai alasan telah diberikan kepada peguam dan Mahkamah yang mana penangguhan kali ketiga tidak dibenarkan. Ini telah menyukarkan peguam untuk meneruskan kes tanpa kerjasama anakguam. Kes ditutup dan arahan untuk Hujahan serta tarikh Keputusan telah ditetapkan.