Khairul Azwan & Co.

Khairul Azwan & Co. The legal firm that you can rely on.

Dah lama tak bersiaran di page ini. Kekangan masa membuatkan page ni agak terbiar. Sedikit perkembangan mengenai proses ...
12/02/2026

Dah lama tak bersiaran di page ini. Kekangan masa membuatkan page ni agak terbiar.

Sedikit perkembangan mengenai proses jual beli hartanah.

Selaras dengan arahan KPKT, bermula 1 Jan 2026, kesemua Perjanjian Jual Beli adalah menggunakan konsep eSPA. Bermaksud Perjanjian Jual Beli ditandatangani secara online di dalam sistem yang disediakan oleh KPKT. Tiada lagi proses menandatangani Perjanjian Jual Beli secara manual di atas kertas.

Alhamdulillah firma kami telah mula menggunapakai sistem eSPA ni.

Gambar adalah antara anakguam terawal yang terlibat menandatangani eSPA di firma kami.

Firma kami mendapat jemputan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk hadir ke Sambutan Hari Integr...
06/11/2024

Firma kami mendapat jemputan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk hadir ke Sambutan Hari Integriti, Kualiti & Undang-Undang peringkat UPNM hari ini.

Selaku peguam panel UPNM, berkesempatan beramah mesra dgn Timbalan Naib Canselor UPNM ketika majlis tadi. Sempat memaklumkan status kes-kes melibatkan UPNM yang firma kami kendalikan.

Semoga firma kami terus dapat memberikan khidmat terbaik kepada UPNM dan anakguam-anakguam lain. InshaAllah.

30/10/2024

Sempena sambutan Hari Deepavali ini, adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami tidak akan beroperasi pada hari Khamis dan Jumaat (31 Okt 2024 dan 1 Nov 2024).

Pejabat kami akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 4 Nov 2024.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu di Malaysia.

“Iniya Deepavali Valthukal”
“இனிய தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்”.

Firma kami bukan sahaja memberikan khidmat guaman untuk kes-kes litigasi sivil dan urusan jual beli hartanah, sebaliknya...
23/10/2024

Firma kami bukan sahaja memberikan khidmat guaman untuk kes-kes litigasi sivil dan urusan jual beli hartanah, sebaliknya kami turut memberikan khidmat mewakili anakguam di dalam kes-kes jenayah.

Selain itu juga, bagi sesiapa yang memerlukan khidmat Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah, bolehlah hadir ke pejabat kami bagi urusan tersebut.

Anda digalakkan untuk menelefon dan membuat temujanji dgn menghubungi talian pejabat kami di 03-9171 7098 atau boleh secara Whatsapp di talian 016-925 9356.

INTERNFirma kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat utk menjalani program internship. Intern yang berja...
10/10/2024

INTERN

Firma kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat utk menjalani program internship.

Intern yang berjaya akan didedahkan dgn asas-asas perjalanan dan pengurusan pejabat, terutama berkenaan guaman.

Kemasukan Segera. Elaun bulanan dan elaun makan tengahari akan diberikan untuk setiap hari bekerja.

BERMINAT? Hantarkan CV/resume anda ke email [email protected] atau secara Whatsapp ke 0169259356.

Encik Azran telah bertanya kepada kami dan menyatakan niat beliau untuk memindahmilik rumah beliau ke atas nama anak-ana...
12/08/2024

Encik Azran telah bertanya kepada kami dan menyatakan niat beliau untuk memindahmilik rumah beliau ke atas nama anak-anak beliau.

Justeru, pihak kami telah menyediakan dokumen-dokumen serta kertas-kertas kausa berkaitan bagi merealisasikan impian murni beliau.

Alhamdulillah. Proses berjalan lancar. Dokumen hakmilik baru atas nama anak-anak beliau telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah & Galian.

Kami sekadar pemudahcara niat suci murni ini.

Klien ini berhadapan masalah dengan kontraktor utama yang menangguh bayaran kepada beliau walhal kerja-kerja telah lama ...
31/07/2024

Klien ini berhadapan masalah dengan kontraktor utama yang menangguh bayaran kepada beliau walhal kerja-kerja telah lama diselesaikan. Hampir 7 bulan lamanya.

Klien ini datang ke pejabat kami dan kami cadangkan suatu Letter of Demand dihantar kepada kontraktor utama, supaya membuat bayaran segera yang mana sekiranya gagal, suatu tindakan mahkamah akan diambil oleh klien kami.

Alhamdulillah. Tak sampai 2 minggu klien kami dah dapat bayaran tersebut. Tumpang gembira utk klien kami ini.

23/05/2024

Kepada semua pelanggan yang dihormati sekalian.

Adalah dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam akan bercuti sepanjang minggu hadapan (27 - 31 May 2024).

Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam akan kembali beroperasi pada 4 Jun 2024.

Harap maklum!

Kepada warga Bandar Sri Permaisuri, Dwitasik, Bandar Tun Razak dan penduduk sekitarnya. Firma kami menyediakan perkhidma...
16/05/2024

Kepada warga Bandar Sri Permaisuri, Dwitasik, Bandar Tun Razak dan penduduk sekitarnya.

Firma kami menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah:-

Surat Akuan ✅
Afidavit dan Eksibit (Mahkamah) ✅
Surat Ikatan Kuasa Wakil (PA) ✅
Borang JPN ✅
Borang A (Surat Kuasa Mentadbir) ✅
Borang DDA ✅
Dokumen Akuterimaan ✅
Deklarasi/Ikrar ✅
Surat Akuan Nikah dan Cerai Muslim ✅
Dokumen Mahkamah Shariah ✅
Dokumen urusan Umrah dan Haji ✅

Firma kami juga menyediakan perkhidmatan Notary Public (Notari Awam) untuk sebarang urusan berikut:-

CTC dokumen ✅
Pengesahan dokumen utk kegunaan luar negara ✅
Pengesahan dokumen PA, Ikatan Dokumen atau Perjanjian ✅
Surat Akuan, Affidavit dan Eksibit bagi kegunaan luar negara ✅

Sila hadir ke pejabat kami untuk sebarang urusan. Anda dinasihatkan utk membuat temujanji terlebih dahulu dgn menghubungi talian 03-9171 7098.

Terima kasih.

PERUBAHAN NO TELEFON BAGI TUJUAN WHATSAPPAdalah dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, nombor t...
24/04/2024

PERUBAHAN NO TELEFON BAGI TUJUAN WHATSAPP

Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, nombor telefon bimbit pejabat kami telah berubah kepada 016-925 9356. Nombor telefon bimbit yang lama iaitu 011-1532 7100 tidak lagi digunakan.

Mohon perhatian klien-klien atau anakguam kami untuk menghubungi nombor baru ini melalui Whatsapp atau hubungi kami di 03-9171 7098 untuk sebarang urusan.

Harap maklum.

15/04/2024

Pejabat kami telah kembali beroperasi hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Khidmat Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam juga kembali beroperasi hari ini bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Harap maklum.

Address

9-2, Jalan Danau Lumayan, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60391717098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairul Azwan & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khairul Azwan & Co.:

Share

Category