24/03/2019
TIP HARTANAH #2: ORDER TO PURCHASE
Sebagai individu bakal pembeli hartanah yang bercadang membeli dengan pinjaman bank, sebelum anda menandatangani Order To Purchase( OTP) dengan ejen hartanah yang mewakili penjual dan membayar " earnest deposit" sebanyak 3%, pastikan anda telah mengetahui kelayakan dan jumlah kelayakan pinjaman anda.
Jika anda belum bertanyakan pegawai bank, pastikan dalam OTP tersebut dimasukkan terma bahawa Perjanjian Jual Beli tidak akan diteruskan jika permohonan pinjaman tidak diluluskan dan earnest deposit akan dipulangkan.