17/12/2021
INI ADALAH CARA UNTUK MENGETAHUI PENGESAHAN ANAK TIDAK SAH TARAF DI MAHKAMAH SYARIAH.
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._
Anak adalah anugerah dan amanah yang diciptakan Allah kepada manusia yang bergelar ibu dan bapa..
"Cahaya mata" gelaran yang diberikan kepada anak-anak kerana merekalah cahaya kepada kegembiraan sesebuah keluarga.
Tapi sayangnya...disebalik pelbagai kisah kelahiran anak dan cerita pembesarannya, terselit dua tentang kisah anak tidak sah taraf yang dilahirkan.
Ketentuan Qada dan Qadar Allah kepada mereka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyayangi mereka tanpa prejudis kerana mereka tidak berdosa.
Kami kongsikan sedikit nota tatacara mahkamah syariah mengenai pengesahan di mahkamah.
*panjang sikit nota ni*
Undang-undang memperuntukkan, jika berlaku kelahiran anak selepas enam bulan atau lebih dari tarikh perkahwinan antara lelaki dan perempuan, maka lelaki itu dianggap sebagai bapa anak tersebut.
Manakala dari perspektif Hukum Syarak p**a, terdapat penambahan syarat bagi menentukan status anak, yang mana kelahiran anak tersebut mestilah dalam tempoh enam bulan dua saat (lahzoh) dari tarikh akad nikah perkahwinan dengan dua (2) syarat seperti berikut:-
-SYARAT PERTAMA-
Syarat pertama ialah dalam tempoh perkahwinan berkenaan, suami berkeupayaan tinggal bersama isterinya itu sebagai suami isteri.
-SYARAT KEDUA-
Syarat kedua suami berkenaan berkeupayaan melakukan persetubuhan dengan isterinya itu
Namun, antara perkara yang akan menjadi pertimbangan Mahkamah adalah samada anak berkenaan berada dalam kandungan isteri hingga dia dilahirkan oleh isteri dari waktu akad nikah perkahwinan pihak-pihak.
Namun sekiranya, anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tarikh akad nikah, adakah boleh kita menasabkan anak tersebut kepada bapanya?
Jawapannya adalah dengan membuat Permohonan Deklarasi di Mahkamah Syariah, bagi mensabitkan anak pihak-pihak yang dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan setelah waktu akad nikah.
Sekiranya dibenarkan oleh Mahkamah, status anak berkenaan adalah sekadar anak yang sah taraf mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan keduniaan sahaja.
Sebagai penjelasan, anak berkenaan adalah anak sah taraf kepada Pemohon (Bapa/Ibu) dalam kesemua perkara melainkan dalam kuasa kewalian dan hak harta pesaka.
Ini bermakna anak berkenaan itu hendaklah dinasabkan kepada bapa anak tersebut namun bapa tersebut tidak boleh menjadi wali kepadanya dan anak itu dan pemohon tidak boleh saling mempusakai.
Sekian..