Peguam Syarie

Peguam Syarie Solusi Syariah

Kekeluargaan
Perancangan Harta Pusaka Islam

https://t.me/PSNurainZahirah

𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 (𝗣𝗥𝗢𝗦𝗣𝗘𝗥)Apakah perasaan anda apabila melihat masyarakat Islam kita...
14/03/2023

𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 (𝗣𝗥𝗢𝗦𝗣𝗘𝗥)

Apakah perasaan anda apabila melihat masyarakat Islam kita bertelagah akibat perebutan harta dan pusaka?
Lebih-lebih lagi, apabila ianya terjadi dalam kalangan mereka yang dekat dengan anda?

Adakah anda hanya membiarkan sahaja atau anda merasakan perlu membuat sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana caranya?

Jika anda menjawab YA, kami berbesar hati menjemput anda untuk bersama-sama kami menjadi Pejuang Pewarisan.

Ayuh! Ambil PELUANG menjadi Perunding Perwarisan Harta Islam agar anda dapat membantu lebih ramai umat Islam merancang harta. Tagline kami, “Rancang Kerana Sayang”. Jom bantu kami selamatkan hubungan kekeluargaan dan membangunkan semula ekonomi umat Islam.

Temui kami di 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗣𝗘𝗥 pada:
🕰: *25 Mac 2023/3 Ramadhan 1444H*
☀️: *Sabtu*
🕒: *10.00 Pagi*
🖥: *Zoom Webinar*
Yuran Pendaftaran: PERCUMA.

Klik Link untuk Pendaftaran Kehadiran 👇

http://www.wasap.my/601113201282/NakJoinPROSPERWasiyyah

*Prinsip Kausar:*
• PRIHATIN
• SELESAI
• TAMBAH NILAI

Daulat Tuanku
13/01/2023

Daulat Tuanku

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H / 2022M bersamaan 9 Oktober 2022 buat semua Umat Islam....
09/10/2022

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H / 2022M bersamaan 9 Oktober 2022 buat semua Umat Islam.

Hari ini kita menyambut hari kelahiran sosok yang mulia, yang amat kita sayang dan rindui iaitu junjungan besar Rasullulah SAW.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud; “Orang yang bakhil ialah seseorang yang tidak berselawat ke atas diriku”.

Hadis lain diriwayatkan,

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Al-Tabrani)

Jom penuhkan hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak yang boleh tanda kita rindu dan tidak sabar bertemu baginda.

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞











📜*PROMOSI PENGURUSAN PUSAKA* *[MAHKAMAH TINGGI SIVIL]*- *Diskaun sebanyak 20%*Tempoh: *_1 Oktober - 31 Disember 2022_*Te...
04/10/2022

📜*PROMOSI PENGURUSAN PUSAKA* *[MAHKAMAH TINGGI SIVIL]*

- *Diskaun sebanyak 20%*

Tempoh: *_1 Oktober - 31 Disember 2022_*

Terma & Syarat:
▪️Potongan 20% terhadap caj perkhidmatan (Permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian Sahaja)
▪️Potongan 10% terhadap caj perkhidmatan (Permohonan Surat Kuasa Mentadbir/Probet Sahaja ATAU Perintah Pembahagian Sahaja)
▪️Potongan yang diberikan tidak termasuk caj-caj rampaian bagi pengurusan kes pusaka

Terima kasih.

3 sebab isteri yang boleh disabitkan Nusyuz(a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.(b) Apabila dia meninggalkan...
03/10/2022

3 sebab isteri yang boleh disabitkan Nusyuz

(a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.

(b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.

(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.

https://t.me/PSNurainZahirah

SHAH ALAM - Pensabitan isteri sebagai nusyuz hanya boleh dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya dakwaan oleh suami secara lisan. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah...

𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗚𝗜!Wasiat dari sudut hukum syarak ialah pemberian pada kadar maksimum 1/3 dan penerima was...
03/10/2022

𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗚𝗜!

Wasiat dari sudut hukum syarak ialah pemberian pada kadar maksimum 1/3 dan penerima wasiat ini p**a mestilah terdiri daripada 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 iaitu pihak yang tidak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid.

Contohnya ialah 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧, anak tiri, pusat tahfiz, persatuan, masjid, surau dan sebagainya.

Wasiat berkuatkuasa selepas mati dan ditolak daripada harta pusaka terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penerima wasiat berkenaan.

𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘄𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛. Maknanya jika anda berhasrat untuk beramal jariah selepas meninggal dunia hanyalah pada kadar maksimum 1/3 daripada nilai harta pusaka yang anda tinggalkan. Maka 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 adalah instrumen yang paling 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 mesti anda buat.

Sekiranya anda mahukan waris-waris seperti anak-anak dan isteri mendapat harta anda mengikut formula yang anda tetapkan, waris, 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 bukan solusi yang tepat kerana ia memerlukan persetujuan daripada waris-waris lain yang berhak kepada harta pusaka anda (khususnya golongan kritikal).

Sekiranya waris yang berhak tidak bersetuju dengan formula pembahagian harta yang anda wasiatkan, maka 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟! Dan agihan mengikut hukum faraid akan dilaksanakan.

Kesimp**annya, orang Islam yang perlu buat wasiat ialah orang Islam yang mempunyai hasrat untuk beramal jariah hanya pada kadar maksimum 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris.

Jika anda ingin mengagihkan harta mengikut 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 yang anda kehendaki, maka instrument yang paling 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 perlu disediakan adalah 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛!

Jadi, kenalpasti betul-betul adakah wasiat yang dimaksudkan ialah solusi pembahagian harta atau sebenarnya 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡?

Anda ingin tahu apa itu 𝗪𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

https://t.me/PSNurainZahirah

Harta yang telah dihibahkan, terkeluar dari pembahagiaan Faraid.Antara Harta yang boleh dihibahkan :1. Hartanah2. Kender...
26/09/2022

Harta yang telah dihibahkan, terkeluar dari pembahagiaan Faraid.

Antara Harta yang boleh dihibahkan :

1. Hartanah
2. Kenderaan
3. Emas
4. Tabung Haji
5. ASB
6. Unit Amanah
7. Saham Koperasi
8. Saham Syarikat
9. Hibah 'hibah' Takaful
10. Akaun Bank

Situasi :

Si Ibu berhasrat menghibahkan Emas kepada anak perempuannya. Bila si ibu meninggal, emas tersebut tak perlu di Faraidkan. Tapi terus dapat kepada anaknya.

Dengan syarat, bukan Hibah cakap saja. Tapi, Hibah hitam putih berserta Akad dalam perlaksanaan Rukun Hibah.

Join telegram :
https://t.me/PSNurainZahirah

Hibah dalam keadaan Marad al maut.Antara syarat Pemberi Hibah:- Berfikiran waras (tidak nyayuk)- Bukan dalam keadaan Mar...
21/09/2022

Hibah dalam keadaan Marad al maut.

Antara syarat Pemberi Hibah:

- Berfikiran waras (tidak nyayuk)
- Bukan dalam keadaan Marad al maut
- Tiada paksaan

Terdapat tiga ciri-ciri penyakit yang boleh dikategorikan sebagai marad al maut:

1. Tak mampu untuk mengerjakan aktiviti harian atau memenuhi kemaslahatan diri sendiri.
2. Perasaan takut kerana hampir kepada kematian.
3. Berlaku kematian dalam tempoh tertentu.

S : Siapa yang boleh mengesahkan seseorang pesakit itu berada dalam keadaan Marad al maut (sakit) ?
J : Pakar perubatan. Sebaiknya 2 orang lelaki muslim.

S : Jika Hibah dibuat dalam buat keadaan Marad al maut, apa kesannya?
J : Pihak Mahkamah akan mengesahkan Hibah tersebut sah atau tidak sah.

Hibahlah ketika sihat sebab itu adalah antara syarat sah hibah. Ajal bukan sahaja sebab sakit, covid-19 atau tua, bila tiba masanya kita akan meninggalkan dunia ini.

https://t.me/PSNurainZahirah


𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜, 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔!Inilah pemahaman umat Islam yang perlu diper...
20/09/2022

𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜, 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔!

Inilah pemahaman umat Islam yang perlu diperbetulkan. 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟! Selepas kita meninggal dunia, kita tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa lagi terhadap harta-harta yang telah kita tinggalkan. Ia akan menjadi milik waris sepenuhnya.

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔?

Pasti ramai yang akan berpendapat, biarlah warisnya yang menguruskan harta pusaka sedangkan 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 waris tidak tahu proses pengurusan pusaka dan cabaran yang bakal dilalui oleh mereka.

𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦?

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan urusan harta pusaka anda dirurus dengan baik. Antaranya, 𝗔𝗡𝗗𝗔 sebagai pemilik harta memberi didikan kepada waris tentang apa yang bakal dilalui oleh mereka setelah ketiadaan anda semasa hidup agar waris yang dipertanggungjawabkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔.

𝗔𝗧𝗔𝗨 anda boleh melantik pentadbir yang akan mengenakan caj sehingga 5% daripada nilai anda untuk menguruskan harta pusaka.

𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 adalah dengan melanggan 𝗔𝗟-𝗪𝗔𝗦𝗜𝗧𝗔𝗛. Perkhidmatan yang akan membantu waris menguruskan harta pusaka anda secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔!

19/09/2022

IDDAH SUAMI

Selalu kita dengar Iddah hanya untuk para Isteri.
Samaada Iddah berlaku atas perceraiaan atau disebabkan oleh kematian suami.

Iddah untuk suami bukanlah menghalang dari berhias, tidak boleh keluar rumah tanpa keperluan dll.
Tapi Iddah untuk suami adalah untuk Perkahwinan.

Antara situasi yang dikategorikan Iddah untuk Suami:

1. Apabila seseorang isteri diceraikan dan pihak suami dan dalam masa yang sama hendak berkahwin baru dalam tempoh iddah bekas isteri.

2. Apabila seorang suami telah menceraikan isterinya dan ingin berkahwin dengan mahram bekas isterinya seperti adik beradik perempuan bekas isteri, anak saudara bekas isteri dan lain-lain.

-----
S : Bagaimana jika Suami ingin berkahwin dalam tempoh tersebut ?
J : Pihak suami perlu memfailkan Permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

S : Bekas isteri baru 1 kali suci selepas diceraikan, tiba-tiba dapat dengar si suami berkahwin baru tanpa kebenaran isteri yang sedia ada atau yang diceraikan. Apakah kesannya ?
J : Berkemungkinan si suami berkahwin tanpa kebenaran mahkamah samada berkahwin di sempadan atau menggunakan jurunikah tidak bertauliah. Dan mereka perlu membuat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

S : Apakah hikmah Iddah untuk Suami ?
J : Untuk memelihara hak bekas isteri selepas diceraikan dan berkemungkinan suami/isteri masih ada hati untuk merujuk semula.

Semoga Allah beri kita kefahaman lebih dalam Ilmu Rumahtangga.

Refresh Ilmu !!!Nak berkahwin sila ke Pejabat Agama.Nak bercerai sila ke Mahkamah Syariah.Nak Rujuk sila ke Pejabat Agam...
10/03/2022

Refresh Ilmu !!!

Nak berkahwin sila ke Pejabat Agama.
Nak bercerai sila ke Mahkamah Syariah.

Nak Rujuk sila ke Pejabat Agama.
Nak buat Pengesahan Rujuk sila ke Mahkamah Syariah.

Nak Rujuk perlu berkata (Qauli) bukan melalui perbuatan (Fe'li)

Lafaz Soreh tak perlukan Niat.
Lafaz Kinayah perlukan Niat.

Faktor peningkatan kes Perceraiaan:

1. Orang ketiga
2. Ekonomi
3. Ego

Sesorang suami/isteri tidak berlaku begitu jika isteri/suami begini².
Berhenti salahkan pasangan 100%, muhasabah diri sendiri.
Jika perlukan Kaunselor boleh hadir di Pejabat Agama.

Take note :

Bila berlaku Lafaz Talak di luar Mahkamah, segera buat Pengesahan sebab boleh timbul masalah isu nasab anak jika isteri mengandung.

Tambahan:
Dokumen bertulis ❎
Dokumen bertaip boleh cari saya✅

Esok📌
09/03/2022

Esok📌

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601113201282

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie:

Share