11/02/2019
KENALI HARTANAH STRATA SECARA UMUM
1-apakah STRATA
Perkataan STRATA ni merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.
Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Dalam bahasa mudah, satu lot tanah ada banyak rumah. Pemilikan setiap rumah tu di beri pemilikan STRATA
2-Apa jenis rumah STRATA
Yang biasa kita jumpa ialah flat,apartment,kondominium dan townhouse. Tapi sebenarnya hampir semua jenis rumah ada pemilikan strata termasuk teres,semi d dan banglo..yang jenis ni kalau anda ingin beli, tanyalah dulu jenis hakmilik, sama ada strata atau tak
3-Apa beza rumah geran STRATA dengan rumah GERAN INDIVIDU BIASA?
-strata ada ruang gunasama. Hak pemilik hanya dalam rumah sendiri, semua bahagian luar adalah hak gunasama yang perlu di tadbir oleh JMB/MC. Rumah geran biasa, tiada
-kos selenggara (maintenance fee) gunasama di caj kepada pemilik selagi memiliki unit tersebut. Ini termaktub dalam Akta Pengurusan Strata. Rumah geran biasa, pepandailah selenggara sendiri
-hak pemilik strata adalah setakat ruang DALAM unit sahaja. Ruang luar atau 'facade building' merupakan ruang tadbir JMB/JMC. Untuk rumah geran biasa pemilik mempunyai hak luar atau dalam bangunan asalkan masih dalam pelan
4-Harga rumah STRATA lebih murah ke?
Tidak. Masih lagi tertakluk jenis rumah dan pasaran semasa
5-Ada beza sekatan khas HAKMILIK STRATA?
Hakmilik strata sama macam geran biasa. Perlu lihat di geran untuk pajakan atau pegangan bebas, rizab melayu atau tidak. Begitu juga sekatan. Perlu rujuk apa yang tertulis dalam geran.